Laporan kewangan suku tahunan sehingga 31 Mac 2016 menunjukkan Temasek Holdings telah kerugian lebih SD24 bilion (RM72.48 bilion). Entiti pelaburan dana persaraan CPF negara itu kerugian 9.02% dan kerugian tersebut hanya diumumkan tiga bulan kemudian iaitu pada 7 Julai.
Sekaligus sehingga tahun lalu, Temasek Holdings telah menokok kerugian dari SD242 bilion (RM730.84 bilion) menjadi SD266 (RM803.32 bilion).
Walaupun jumlah kerugiannya sangat besar, namun Singapura tidak bankrap. Tidak muflis dan tidak menunjukkan tanda-tanda kegoncangan politik. Bahkan isteri Perdana Menteri Singapura tetap terus memegang jawatan sebagai CEO Temasek Holdings biarpun pada masa yang sama, dia enggan mengulas berhubung kerugian besar Temasek Holdings dan hanya dijawab oleh Pengarah Urusan Temasek Holdings, Michael Buchanan bahawa kerugian tersebut adalah disebabkan oleh 'volatility' pasaran dunia.
Di Pulau Pinang, isteri Ketua Menterinya, Betty Chew menuruti jejak Ho Ching dengan penguasaan ke atas hartanah, pelaburan dan perumahan di negeri tersebut. Kes yang paling menjejaskan Lim Guan Eng adalah kes membabitkan pembelian sebuah rumah banglo yang asalnya dimiliki oleh Phang Li Koon yang merupakan 'sahabat karib' Betty Chew.
Kes tersebut menyebabkan Lim Guan Eng diheret ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Pada masa yang sama, beberapa isu membabitkan penggunaan wang cukai rakyat Pulau Pinang yang telah digunakan untuk pembiayaan projek terowong bawah laut yang sehingga ke hari ini tidak dibangunkan walaupun pembayaran telah dibuat untuk kertas laporan kajian kebolehgunaan yang mencecah ratusan juta ringgit.
DAP yang paling kuat menyalak tentang ketelusan dan rasuah, tidak berbunyi langsung walaupun pada masa yang sama, mereka cukup bangga membandingkan 'kejayaan' Singapura dengan Malaysia yang pada mereka jauh ketinggalan dalam serba-serbi terutama sekali pentadbiran dan pengurusan kewangan.
Prof Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak, Pengarah Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan, memang sepatutnya program seperti PERMATApintar yang menyediakan pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat diletakkan di bawah KPM. Namun terdapat kelompongan dalam polisi pendidikan yang tidak menjelaskan keperluan pendidikan pintar dan berbakat di Malaysia sehingga menyebabkan ramai antara keluarga yang mempunyai anak pintar dan berbakat mencari jalan keluar untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya di negara lain.
Bilangan dan kewujudan pelajar pintar dan berbakat adalah agak besar, 1 dalam 10,000. Jika mereka berterusan meninggalkan negara kita ini akan mengakibatkan negara kehilangan "the best brain" . Sedar dengan masalah ini, isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sedar akan masalah ini dan telah berjumpa dengan sebahagian besar anak-anak pintar dan berbakat ini di rumahnya pada tahun 2008.
Dari perjumpaan itu, dia secara serius telah mencadangkan supaya program pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat diadakan di Malaysia kerana sedar bahawa pelajar pintar dan berbakat memang ada di negara kita dan sebahagian mereka tinggal di luar bandar tanpa menerima sebarang sokongan dalam aspek pendidikan yang boleh melonjakkan potensi mereka.
Usaha telah dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini dapat dilancarkan dengan jayanya. Ini tidak akan mudah berlaku jika program ini diletakkan di bawah mana-mana kementerian.
Dia juga sentiasa berusaha membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membayar yuran dan tidak keperluan asas pembelajaran di PERMATApintar. Menurut Prof. Dr. Noriah, program itu dapat bergerak dengan pantas kerana ianya diletakkan di bawah JPM. Ini sama dengan program pendidikan pintar dan berbakat di Singapura yang meletakkan isteri Perdana Menteri Singapura sebagai penaungnya.
Dan rakyat Singapura begitu bersyukur kerana dengan adanya isteri Perdana Menteri Singapura sebagai penaung ia telah dapat bergerak dengan pantas demi membantu ramai pelajar pintar dan berbakat di negara tersebut untuk mendapat pendidikan yang terbaik.
Agak pelik kenapa pula di Malaysia ianya dipertikaikan sedangkan Rosmah Mansor telah membantu tanpa mengenal anak siapa. Bagi memastikan kesinambungan wujud dalam menyediakan pendidikan untuk anak-anak pintar dan berbakat, kini Kolej PERMATApintar UKM didaftarkan sebagai sekolah bantuan kerajaan dan diaudit oleh KPM.
Kita patut lihat negara sekeliling kita yang telah ada program pintar dan berbakat jauh lebih lama dari kita dan lihat peranan isteri ketua negara dalam membantu memastikan "the best brain" adalah kepunyaan negara tersebut.
Tidak salah seorang isteri ketua negara membantu suaminya memastikan negara menyediakan pendidikan terbaik untuk rakyat negaranya. Apatah lagi Rosmah Mansor belum lagi tercatat sebagai isteri Perdana Menteri yang telah merugikan wang negara walaupun ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan 'kerugian' 1MDB walaupun mereka sendiri tidak tahu, kerugian apa yang mereka maksudkan dan wang mana dari kantung negara yang telah dihilangkan.
1 comment:
Temasek kerugian $24 billion tetapi tidak se sen pun masuk kedalam akaun peribadi PM Singapura serta isteri tidak seperti di Malaysia yang mana 2.6biĺion masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib.
Sungguh memalukan.
Post a Comment