Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 18, 2016

DEMONSTRASI DAN KEGANASAN DI JALANRAYA, KAU SOKONG... KENA KAT BATANG TENGKUK KAU SENDIRI, TAHU PULAK KAU TAKUT YER MARIA CHIN?



Ketika para peserta BERSIH 3.0 membelasah anggota-anggota polis serta merosakkan kenderaan-kenderaan awam dan polis, alasan yang mereka berikan ialah POLIS MEMPROVOKASI MEREKA. Sebahagian daripada mereka telah ditahan, dan dibicarakan tetapi akhirnya, mahkamah memberikan kemenangan kepada mereka, bahkan polis dipersalahkan dan kerajaan terpaksa membayar gantirugi yang sangat besar kepada pemimpin-pemimpin pelaku BERSIH tersebut.

Dan mereka pun menjadi sangat angkuh!



Ketika BERSIH 4.0, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada Cina DAP melakukan provokasi melampau, termasuklah menghina para pemimpin Melayu seperti Najib Abdul Razak dan Haji Abdul Hadi Awang yang disifatkan sebagai pengamal rasuah dan pemakan rasuah, sekalipun bukan rahsia umum, siapa sebenarnya yang mengamalkan rasuah sepertimana yang berlaku kepada Lim Guan Eng yang sehingga ke hari ini, masih lagi cuba untuk tidak mengaku salah dan minta dibicarakan dengan harapan, sekali lagi mahkamah akan memihak kepada mereka.

Keganasan Baju Kuning atau BERSIH sememangnya menimbulkan rasa meluat, jelak dan menyampah yang amat sangat. Walaupun sebahagian besar orang Melayu tidak menunjukkan reaksi secara berlebihan sepertimana Melayu yang menyokong DAP dan PKR, tetapi semakin lama, semakin ramai yang tidak dapat menyimpan lagi perasaan marah tersebut.


Kemunculan Baju Merah, disambut baik, walaupun pemimpinnya, Jamal Mohd Yunos mempunyai pelbagai isu yang seringkali diperkatakan. Baju Merah muncul kerana Baju Kuning. Kemarahan semakin meluap-luap apabila pihak polis pula dilihat lebih memihak kepada Baju Kuning walaupun mereka melanggar undang-undang dan peraturan Akta Perhimpunan Aman dengan menyekat Baju Merah.

Hakikatnya, polis sekadar cuba mengelakkan masalah yang lebih besar sekiranya Baju Merah bertempur dengan Baju Kuning yang rata-ratanya adalah orang Melayu itu sendiri walaupun di belakang Baju Kuning adalah pemimpin-pemimpin DAP dan Yahudi.

Lazimnya, apabila suatu provokasi dimulakan, maka akan berlakulah tindak balas yang lebih keras.


Itulah yang berlaku kepada Maria Chin. Dia memimpin dan menghasut rakyat agar melanggar segala undang-undang demi memastikan kemenangan DAP pada PRU akan datang. Walaupun dia cuba berselindung di sebalik demonstrasi aman, tetapi perarakan di jalanraya tidak pernah berakhir dengan aman walaupun tanpa provokasi daripada pihak-pihak bertentangan sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 4.0.

Dan di sebalik PERLU DAN WAJIBNYA MARIA CHIN membuat laporan polis tentang gambar edit yang tersiar di media sosial, menggambarkan dia dikerat tengkuk atau disembelih oleh DAESH, sesuatu yang lain perlu juga diambil kira.

Mengapa dalam isu yang terang-terang dan nyata seperti serangan ke atas anggota polis, selain momokan penghinaan kematian ke atas Najib Abdul Razak, Abdul Hadi Awang dan Rosmah Mansor, langsung tidak mendapat reaksi yang sama daripada Maria Chin?


Apakah kerana ancaman nyawa membabitkannya, maka dia melompat dan marah-marah tetapi apabila perkara yang sama dibuat ke atas pihak lain, dia hanya ketawa dan kemudian dengan rasa tanpa bersalah, memberitahu itu semua hanyalah gurauan semata-mata?

Kalau sudah menghasut rakyat untuk memberontak dan melakukan keganasan, mengapa pula takut kalau dia sendiri yang dijadikan sebagai bahan 'gurauan gasar' seperti itu?

Sama seperti Hishamuddin Rais yang kalau berucap, dialah yang paling berani, paling handal, paling hebat tetapi apabila berhadapan dengan situasi sebenar, walaupun sekadar digertak dan dikepung, dia menjadi begitu gelabah dan berkemungkinan besar juga terkencing-kencing dalam seluar.

Majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong keganasan. Malah kumpulan-kumpulan pengganas yang menggunakan nama agama seperti DAESH atau ISIS atau IS adalah satu default dalam sebuah masyarakat bertamadun yang dipercayai lahir daripada kumpulan musuh Islam tetapi menggunakan nama Islam dan keganasan untuk mengotorkan imej agama ini dan umatnya. Namun provokasi demi provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak seperti Maria Chin, sudah pastinya akan melahirkan lebih ramai pengganas termasuklah mereka yang membuat gambar edit tersebut!!!


5 comments:

Anonymous said...

Sesuatu yang menimbulkan isu bolehlah diarak. Contohnya perarakan "black lives matter" yakni ada isu yang halal diarak. Apakah berarak atas dasar suka-suka dan berulang-ulang kali atas isu yang sama akan dibiaqpikan begitu saja?

Dalam konteks demokrasi, apakah maknanya berarak setiap kali adanya PRU seolah-olah kemenangan di PP, Selangor dan Kelantan adalah kemenangan tidak suci? Bayangkan kalau Republikan berarak cuma kerana berasakan pemilihan presiden di"rigged" oleh pihak lawan?

Lebih meluat ialah kalau dibayangkan Beersih akan jadi acara rutin dan kekal sampai bila-bila. Apakah ia boleh dikategorikan sebagai kebebasan bersuara atau kebebasan untuk menentukan calon pilihan menempah kejayaan menerusi protes jalanan?

Anonymous said...

Banyak perkara yg tersirat dlm Bersih yg perlu diteliti terutama umat Islam. Lebih baik jauhi mereka.

Anonymous said...

hanya ilusi gambar dah terketar2..hingga baru sedar ada pihak berkuasa untuk mengadu..kalau tidak polis akan dianggap "anjing" dan sebagainya..tapi diri sendiri tak sedar rakyat yang tak suka huru-hara sedang memerhati tingkah laku kau..bara kemarahan tak mungkin hanya disimpan tanpa apa2 tidakan..

Anonymous said...

Mahkamah tidak adil dalam isu Bersih ini. Dah tentu2 Bersih selama ini mempamirkan adegan barbarik dan ganas tapi sebaliknya kerajaan dan polis yg mahu menjaga keamanan dipersalahkan. Adakah hakim berkenaan mengamalkan rasuah atau perkauman atau pro Bersih/pembangkang? Layakkah individu sedemikian menjawat jawatan hakim? Kerana itulah, Bersih naik tocang dan menjadi semakin selesa dan rajin berdemonstrasi. Ia seolah2 menjadi NGO yg akan berdemonstrasi asalkan dapat bayaran. Tersangatlah bosannya dengan kerenah ini.

Anonymous said...

Org2 melayu adalah binatang ternakan wahabi Al Saud.

 
Blogger Templates