Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 14, 2016

DR.VIDA DAN GST... PRO DAN KONTRA TAPI YANG PASTI, LARI CUKAI ADALAH KORUPSI!!!



DARI FACEBOOK: KHAIRUL AZRI


Lari Cukai itu Korupsi.

Di antara komen-komen bila Vida kena masuk mahkamah bila tak bayar GST.

1. 'Aida Suhaida' xpelah, biarla die xbyr GST pon..sape yg untung? yg penting die xlupe byr zakat..dan bantu org2 susah. 2,367 Like


2. Penn Rell Org susah2 berniaga...kerajaan sonang2 nk gst...bodoh punyo kerajaan nk mkn hasil titik poloh org.... 1,161 Like

3. Lyna Kamil Dato vida bukan tak mampu byr cukai , tapi dia benci je nak byr cukai.. dia lebih suka taja sesuatu yg dia nampak hasilnya cth gv.. bola sepak kondem dah.. lebih suka derma sedekah anak yatim drpd bg anak razak.. 1,101 Like

4. Muhammad Sulaimy Incometax kena..gst kena..roadtax kena,tol kena,cukai pintu kena..brapa bnyak cuka nak kena byar? tuh blom masuk lgi yg cukai org tak nmpak,bukak kafe nak psang lagu kena byar,nak letak signboard kena bayar,bnyak lah jugak yg kena byar,ko apa tahu macai.. Dok jilat bontot org jee buat ape,, ko gaji 50k bleh laa senyum jee dok ckap org kata bsing psal tax niee..
macaibabi
macainajib
palebuto

Komen-komen lain boleh la rujuk gambar. Tak lalu aku nak "copy paste"
____________________________________________________
.
1. Pertama sekali, tolonglah faham, bila dia masuk mahkamah sebab tak bayar GST kepada Kastam, ada 2 kemungkinan:

(a) Dia tak kutip GST daripada pelanggan dan dia tak bayar kepada Kastam. Tapi dalam masa yang sama dia masih jual barang dia dengan harga sama yang ada SST yang telah dimansuhkan.

Or

(b) Dia kutip GST daripada pelanggan tapi dia xdeclare kat kastam. Dia masuk poket dia.

Antara salah satu.

Dengan kata lain dia telah terkutip dan dia 'tersimpan' SST yang telah dimansuhkan.(Kecuali kalau dia ada turunkan harga barang lepas pengenalan GST) ataupun bayaran GST yang telah dikutip daripada pelanggan dia.

Senang kata dia dah caj kau lebih, dia amik duit kau, kau bela dia.

Apakah ketahian ini?

2. "Vida bukan tk mampu bayar, dia bayar zakat, sedekah, anak yatim blabla..dan kalau dia bayar siapa yang untung? "

Yang ni memang bebal, Full stop.

Kenapa aku cakap bebal? sebab kalau dia bayar zakat, sedekah sekian sekian dia akan dapat pengecualian cukai.



TIDAK banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Punyalah mesra umat Islam law kat Malaysia ni. Jadi apa lagi kau mau?

Tapi harus diingat, pengecualian cukai bila bayar zakat secara total hanyalah untuk income tax bukannya sales tax/corporate tax/cukai perniagaan(ada limit).

Jadi buat ape ada GST?Siapa untung?

SIAPA UNTUNG KAU KATA?

Yang kau gi hospital singgit, yang kau gi sekolah percuma, yang kau pakai public transport, yang kau masuk IPTA tu apa?

Kau mahukan subsidi, pendidikan murah/percuma, pengangkutan awam kelas A, bagus macam Jepun, Singapura, tapi kau tolak cukai.

Duit untuk semua tu bukan tiba-tiba timbul tengah laut,jatuh dari langit. Duit cukai la bang.

Omputeh panggil tax revenue.

Kalau dah tax revenue kurang sebab ramai kaki evade macam Vida ni, macamana nak buat semua benda tu.

FYI, Salah satu reason Greece defaulted adalah sebab ni, ramai rakyat dia macam Vida, kaki evade tax. (Rujuk Gambar 2)

Kau kata kau taknak Malaysia bankrupt macam negara Greece tapi sekarang kau sokong pula kaki lari cukai macam Vida ni.

Apemende ni der?





3. GST Malaysia tinggi, kejam, semua benda cukai..

Ini teknik falasi logikal jenis:Red Herring.

Kita sedang bercerita pasal Vida menipu lari cukai. Bukan pasal GST sekian sekian..

Tapi layankanlah jugak.

Wahai sedara, ada 160 negara yang amalkan GST. BANGLADESH yang miskin tu pun ada GST. Bukan 6%. 15% bai. Sekian.(Rujuk Gambar 3-4, Rate-rate GST didunia)

FYI, GST ni la masa untuk kerajaan balas dendam terhadap kapitalis - kapitalis yang lari dari cukai sejak bertahun-tahun lamanya masa kita guna cukai lapuk/rimba SST.

Nah aku quote dari Tax Justice Network (Sapa tak paham boleh google translate),

"Among the ASEAN-5 economies Malaysia ranked fourth with total tax evaded of USD11.2 billion; after Thailand USD25.8 billion, Indonesia USD17.8 billion and the Philippines, USD11.7 billion."

Billion bai.


Berapa banyak cukai/tax dorang dah evade selama ni.
(Rujuk Gambar 5, contoh berapa banyak lari masa 2012)

Siapa yang rugi? kitalah rugi sebab tak dapat revenue tersebut untuk subsidi segala mak nenek keperluan rakyat dan negara.

Cuba-cubalah rajinkan diri google pasal illicit money/shadow economy vs GDP. Mudah-mudahan kau boleh paham sikit.



4. Kadang-kadang aku tak boleh nak 'brain' orang Malaysia ni, kata benci rasuah/korupsi, tapi kau sokong vida ni tak bayar cukai.

Fahamilah bahawa tak bayar cukai/ tax evasion juga boleh di klasifikasikan sebagai rasuah/korupsi.

FYI, aktiviti Illicit money/shadow economy juga menjadi tanda aras banyak badan-badan anti rasuah di seluruh dunia untuk measure sama ada sesebuah negara itu negara kaki rasuah atau tidak.

Makanya, kalau kau sokong Vida tak bayar/lari cukai, maksudnya kau sekarang sedang bela golongan tersebut dan kau suka Malaysia kena cop sebagai sebuah negara rasuah.
.
.
Lari Cukai itu Korupsi. Titik.


18 comments:

pak pandir 2020 said...

Dia orang tu komen samada ada pilitical agenda atau ikut emosi tanpa research. Kalau research pun takat baca blog ilmu tak de tauliah.
Rasanya sekali sekala dia orang bila berjalan keluar negara membeli belah tak pernah tengok resit.

Unknown said...

larikan duit cukai yg telah dipungut tu apa namanya.

Unknown said...

Nak subsidi bagai,hospital,sekolah..bayarlah cukai..titik

Anonymous said...

ADIL bererti apa yang orang lain buat maka anda juga kena buat. Dalam konteks bisnes, kalau entiti-entiti lain tidak culas bayar cukai makanya demi keadilan anda juga harus tidak culas bayar cukai.

Anonymous said...

negara luar kutip cukai dapat balik kat rakyat,negara kita kutip cukai pastu bawak lari..beli jet,beli beg mahal2,beli rumah...aku tak cakap aku sokong dr vida tak bayar cukai,tapi dalam situasi negara kita sekarang ni dgn korupsi pada tahap pentadbiran tertinggi,aku rase rugi bayar cukai tu..duit tu takkan dapat balik kat rakyat..terimalah hakikat dan buka fikiran tak berpihak pada mana2 politik then kau akan nampak situasi negara kita..terok dah malaysia ni..yg bayar lebih,yg susah nak mkn,yg bayar harga barang yg semakin mahal tu siapa..kamu,kamu dan kamu jgk..klau masih tak terasa aku pn x boleh nak cakap ape lg..kita hidup ni ade pilihan..cuma tindakan je yg nk kena buat

Unknown said...

APA SUDSAH X NAK BAYAR CUKAI KITA SOKONG RAFIZI,,,,,,,,,,,,

Anonymous said...

Semuanya tolol. Baik yang menyokong atau menentang. Yang tak bayar gst ialah syarikat yang berniaga bukannya vida sebagai individu. Dia kena mungkin atas kapasiti sebagai pengarah

Unknown said...

Good info..

Anonymous said...

Kalau tak bersalah kastam tak dakwa....kalau bayar zakat tu urusan dia ngn Allah tapi kalau tak bayar cukai tu urusan dia dgn kerajaan...so kita orang luar tak perlu masuk campur takut jadi penyebar fitnah...ada mata pandang ada telinga dengar ada mulut diam ada tangan jgn gatal nak komen yang bukan bukan...

Anonymous said...

masa mula2 perkenal GST, ada sorang menteri bebal tu kata GST akan menurunkan harga barang... pembohong!!! tengok keadaan hari ni... putarbelit pihak kerajaan bagi alasan... akhirnya yg tanggung beban adalah rakyat...

Anonymous said...

Duit cukai dah dikutip tapi tak dibayar ke kastam...tu namanya songlap. Songlap tu maknanya menyamun ditengah hari. Zakat dan cukai pendapatan adalah suatu perkara yg berbeza kerana ia dikira berdasarkan kepada keuntungan perniagaan tersebut.

Anonymous said...

TIPU DUIT RAKYAT 1MDB DAN ORANG UMNO YANG MAKAN SUAPAN HASIL DARINPENIPUAN 1MDB TAK KORUP!!???

WHAT THE FUCK!!!!

Anonymous said...

Sekurangnya dia meniaga sendrik dan tak menipu Rakyat saperti Najib dan puak UMNO!!!

Anonymous said...

Wah...sedap mulut mengata umno dan Najib menipu rakyat...bang jangan cakap jer bang..bukti mana... Bukti mana...takat cakap komen senang...so saya sebagai ahli Umno..minta Allah jadi saksi..bahawa anon 9.28 am ni...tuduh Umno tipu rakyat..sedangkan saya hidup cari nafkah yang halal..dan tuduhan tu amat berat..kami orang Umno tahu halal haram lah kami juga tahu dosa pahala dan kami juga tahu bila2 Allah boleh cabut nyawa kami..Begitu juga Najib dan Rosmah...so kalau nak tuduh tu fikir dulu kalau tak kesian.. Kau ni nanti muflis di akhirat.. Yerlah Ahli Umno ada berapa juta orang dan kau tuduh kami semua ni menipu...ossh berat...fitnah kau tu

Anonymous said...

Nak bela vida pun agak2lah bangang2 sekalian . cerita kat aku , zaman skrg , tahun 2016 ni , negara mana dlm dunia yg tak gunakan sistem cukai ? tak kiralah sistem SST atau GST . BAGI 1 Contoh spesifik cukup. yg membebel meroyan pasal harga barang mahal , menteri penipu , itu sebab kau sebagai rakyat tak jalankan tugas membantu kerajaan. Kau dah kena tipu dengan peniaga yg mencatut harga barangan , kenapa kau diamkan dan terus membeli dekat kedai yg sama ? mana sensetiviti kau sebagai rakyat prihatin dgn isu kenaikan harga barangan dan isu peniaga mencatut harga ini ? apa tindakan kau buat ? NOTHING . kau cuma mengeluh , melalak dlm laman sosial. sedangkan medium untuk mengadu kpd pihak berkuasa telah lama disediakan . kau saje bodoh malas nk mengadu. mampus kau sana sorang2.


duit rakyat mana ada duduk dlm 1MDB ? yg komen pasal 1MDB ni , kau tau ke kronologi kes 1MDB dan keputusan kes itu skrg ? kalau tak tahu , membaca. cari sumber , tanya kpd pihak2 yg mahir tentang tadbir urus sykt korporat , pengamal undang2. bukan dgr sembang kedai kopi kemudian kau menyasau menggila dlm laman maya . itu bodoh namanya . sbb kau tak ubah mcm lembu. makan rumput . tak boleh berfikir sendiri nak cari sumber ke dua . hanya bergantung kpd 1 sumber sahaja , iaitu berita Fitnah . mampus kau sana sorg2. esok akhirat merangkaklah cari org yg kau fitnah skrg.

Anonymous said...

Betul tuh...

Anonymous said...

anon 11:02 bodoh nak mampos, tu la mak bapak hantar sekolah untuk english education dia bantai ponteng, sekarang sepatah haram english dia xpaham. dok baca utusan dgn berita harian je manjang. berita kat luar dah belambak bagi bukti, sendiri baca dan sendiri pikir la bro.. kat sini semua ruang perundangan dah kena block dgn najib. bukti mana, bukti mana.. ptuiii!!!

Anonymous said...

kah kah kah kah, rafizi yg dikatakan mempunyai bukti berkotak2 tu pun tak berani nak dakwa najib@rosmah, drM dh bawak kat mahkamah pun takde bukti hanya HEARSAY sebagai bukti dia, macam mana mahkamah nak layan... yaaa saya putar lagi halim... wahkakaka...

 
Blogger Templates