Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 2, 2016

KISAH AZIZAN OSMAN, DATUK PALSU, SULTAN PALSU, NABI PALSU, MALAHAN TUHAN PALSU!!!



Kegilaan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap gelaran, mencetuskan satu fenomena yang tersendiri dengan kewujudan pelbagai jenis orang bergelar. Dan kerana gelaran-gelaran itu jugalah, satu industri yang sangat menguntungkan muncul iaitu JUALAN GELARAN SECARA BESAR-BESARAN dan BULANAN.

Di Malaysia sahaja, 9 orang Sultan dan 4 Yang Dipertua Negeri serta Kementerian Wilayah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar pingat-pingat kebesaran 'terulung' di seluruh dunia. Ditambah pula dengan penganugerahan daripada Yang Di-Pertuan Agong, golongan bergelar cukup meriah, sehinggakan ada lelucon yang berbunyi, 'kumpul ramai-ramai, campak seketul batu, kesemua yang terkena batu tersebut adalah orang bergelar.'

Itu baru yang penerima gelaran dan pingat yang sah. Bagaimana pula dengan penerima pingat tidak sah daripada Datuk Naning, 'Sultan Melaka', 'Sultan Sulu', 'Sultan Kampuchea', 'Sultan Langkat', 'Kerinchi', dan seribu satu macam bangsawan yang lain. Belum lagi pecahan-pecahan sultan, termasuklah sultan yang ditabalkan di bawah pokok yang turut mengeluarkan dan menganugerahkan pingat.

Itu baru gelaran kebesaran.

Bagaimana pula dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan besarnya otak seseorang itu kerana kebijaksanaan mereka. Profesor, Dr, Sir, Ir, Raden, PhD dan sebagainya juga seringkali bersaing dengan gelaran-gelaran kebesaran.

Sehinggakan tok bomoh yang diketahui SRP pun tidak pernah ambil, turut bergelar Dr. Kumpulan pseudosains yang menjual pelbagai peralatan atau bahan pelik-pelik yang diberi nama saintifik, malah membuat rawatan-rawatan tidak konvensional yang sebenarnya lebih bersifat menipu minda, turut menggunakan gelaran pelik-pelik.

Mengapa ini semua berlaku?


Sudah tentu ianya bergantung kepada permintaan dan strategi pemasaran.

Jadi jangan hairanlah apabila pendedahan 'mengejut' tentang keberanian individu tertentu untuk menjual air liur dengan harga mahal, disokong dengan pembuktian Doctorate, Phd Kehormat, PhD dan sebagainya.

Sebabnya, itulah yang dikehendaki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia amat mudah teruja dan terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang mempunyai gelaran. Apatah lagi seandainya seseorang itu mempunyai gelaran Ustaz atau digelarkan sebagai ulama sehingga memunculkan pula golongan Nabi Palsu bahkan Tuhan Palsu!

Kegilaan ini akan berterusan sampai bila-bila kerana wujudnya permintaan dan kepercayaan. Ia tidak sahaja berlaku dalam bentuk penipuan komersial, bahkan juga dalam bidang politik, agama, mahupun untuk diri sendiri!




1 comment:

Anonymous said...

Itu kiranya dah menipu...menipu berapa ribu orang pulak tu..so..cepatlah minta maaf..klau tak tunggu lah kt padang mahsyar nanti

 
Blogger Templates