Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 29, 2016

SAH, BERSIH, MALAYSIAKINI DAN HUMAN RIGHT WATCH TERIMA DANA DARIPADA GEORGE SOROS!!!



Berbanding 'pendedahan' yang dibuat oleh Sarawak Report atau Wall Street Journal dan New York Times, pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, kurang mendapat perhatian, malah cuba dipejam mata oleh mereka yang sangat sensitif dengan laporan-laporan negatif antarabangsa membabitkan Malaysia.

Barangkali kerana pendedahan tersebut melibatkan figura-figura dan entiti-entiti utama yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak, maka ia perlu disenyapkan begitu sahaja. Bahkan perlu disokong dan diberikan bantuan.



DC Leaks berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. DC Leaks juga merupakan organisasi sama yang telah menggodam e-mel Hillary Clinton yang mendapat liputan media dan kini sedang disiasat oleh FBI. 

Menerusi dokumen-dokumen yang digodam dari OSF, nama Malaysia dan 'Malaysia Program' kerap disebut. Namun yang paling menarik ialah membabitkan kegiatan George Soros yang sangat aktif ke arah 'pilihanraya yang bebas dan adil' di Malaysia sekaligus mengesahkan bahawa George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.


Dokumen itu juga mengesahkan George Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia dan mahukan pembangkang menang tetapi tidak begitu berani untuk menunjukkan sokongan ketara. (RUJUK SINI)

Namun, sesuatu yang menarik ialah terdapat satu nama yang amat menarik, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan George Soros dan Malaysia. Orang tersebut adalah John Pang. John Pang dilaporkan bekerja di bawah George Soros di mana kedua-duanya menggunakan pengaruh Soros untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi menyingkirkan Najib. 

John Pang juga merupakan orang yang telah memberikan input dan maklumat-maklumat yang salah kepada Raja Petra Kamaruddin, sebagaimana yang diperakui oleh blogger tersebut dalam usaha memburuk-burukkan dan menganiayai Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

John Pang adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Open Society Foundation. (RUJUK SINI)

George Soros dan John Pang saling berkait menerusi OSF dan NED. Kedua-dua entiti tersebut merupakan dalang utama di sebalik kewujudan BERSIH, Maria Chin, Ambiga dan DAP secara keseluruhannya.

OSF memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan andaian PRU akan diumumkan pada tahun 2011, dua tahun sesudah Najib menggantikan Ahmad Badawi. Pelobian aktif George Soros ke atas ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib, menunjukkan konco-konconya di Malaysia bekerja untuk 'mengubah' Malaysia dengan perancangan rapi dan pembiayaan besar. 

Dalam dokumen itu juga, OSF mengakui bahawa sokongan mereka adalah untuk membolehkan pembabitan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil selain menggerakkan ratusan ribu anak-anak muda bagi tujuan menggulingkan kerajaan. 

Sekaligus, OSF telah mengesahkan apa yang didakwa selama ini iaitu GEORGE SOROS adalah dalang di sebalik demonstrasi BERSIH.

Seperti yang diketahui, George Soros merupakan individu utama di sebalik banyak revolusi atau penggulingan kuasa di seluruh dunia termasuklah menerusi parti-parti politik. Pendedahan yang dibuat oleh DC Leaks adalah bukti jelas tentang pembabitan serta campurtangan serius George Soros ke atas politik di Malaysia. 

Dan apabila memperkatakan tentang George Soros, bermakna, banyak jugalah wang tunai yang dialirkan. Berbilion wang telah disalurkan kepada NGO-NGO berkenaan sama ada secara langsung mahupun dalam bentuk membiayai projek-projek mereka, termasuklah dalam projek di Sarawak dan Sabah membabitkan sebuah parti politik pembangkang yang turut terlibat secara langsung dengan BERSIH.

Malaysiakini, portal berita yang dibiayai oleh George Soros, dalam usaha mengalihkan perhatian terhadap DAP, turut melaporkan bahawa Wikileaks telah mendedahkan e-mel-e-mel rahsia yang menunjukkan Geoge Soros dan OSF miliknya bekerjasama dengan individu-individu tertentu di Malaysia yang melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak. 

Soros memiliki kepentingan sebanyak 29% dalam MalaysiaKini. Dan Soros membiayai 100% Human Right Watch yang sentiasa menghentam Malaysia. 

Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros. 

Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung. (RUJUK SINI)


Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.

Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

9 comments:

Anonymous said...

Mcam mathir sepakat dgn anwar sekarang..
Adakah mathir juga dah sepakat dgn soros juga?

Anonymous said...

Pakatan BRICS Brazil Russia India China South Africa sudah mengugurkan dollar USD sebagai tukaran perdagangan.. mansuhkan petrodollar dengan emas sbgi tukaran... Vladimir Putin dah arahkan supaya George Soros dan Dynasty Rothchild ditangkap dan dibunuh... Ekonomi Russia meningkat 300% dlm pakatan BRICS.... Russia tiada lagi berhutang dng IMF dan World Bank.. semua elits oligarth Russia yahudi ditangkap dan dibunuh di Russia...Filipina president Duertate sudah meningkat dagangan dengan China dan BRICS ... pangkalan USMarine di filipina akan ditutup.. Malaysia prrlu mrnjadi anggota BRICS

Anonymous said...

Berbaik dgn penyangak mata wang...ossh...atuk tua memang dah lupa...atau buat biat lupa demi boboi

Anonymous said...

Org politik dia bleh kejap jadi musuh kejap jadi kawan sbb satu je...nakkan dunia...agenda rakyat semua tu wayang je...

Anonymous said...

Baguslah tu. Pakai duit soros. Daripada samun duit rakyat ..eloklah pakai duit org kafir.

Anonymous said...

Tanya sekalilah mana jamal pak tongkol dapat duit pulak ..barulah betul.

Anonymous said...

Kalau Melayu UMNO ada telur tangkap sahaja lah Soros. Boleh tunjuk belang di Malaysia tapi kecut dgn Soros. Kita sokong shjlah Soros sebab UMNO itu parti Penyamun.

Anonymous said...

cakap x pkai akal....pikir senang ke nk dakwa org luar...nk tgkp guan eng pun susah...sokong lah si yahudi laknatullah tu...sje nk hancurkan negara islam wlaupun islam di msia ni msih lemah...

Anonymous said...

ckap x pkai akal.....ingat senang ke nk tngkap org luar...nk tgkap guan eng pun susah...elok lah sokong yahudi laknatullah tu klau nk islam trgadai di msia ni...

 
Blogger Templates