Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 25, 2016

UPDATE KES KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU!!!



Satu letupan dan kebakaran telah berlaku pagi tadi melibatkan Jabatan Kecemasan (ICU) Hospital Sultanah Aminah yang berpunca daripada tong gas.

Pelbagai andaian dibuat termasuklah menyalahkan Pentadbiran Najib Abdul Razak kerana kononnya mengabaikan keadaan hospital-hospital kerajaan yang uzur menerusi pemotongan bajet ke atas Kementerian Kesihatan. Biarpun pada masa yang sama, pemotongan tersebut melibatkan latihan, kursus, seminar dan sebagainya yang berkaitan, tetapi para pembuat andaian lebih cenderung untuk menimbulkan persepsi bahawa pemotongan tersebut melibatkan aspek keselamatan, perubatan dan rawatan di hospital-hospital Kerajaan.



Dalam kejadian pada jam 8:56 pagi tadi, berdasarkan laporan media massa, 6 orang disahkan terbunuh manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. (RUJUK SINI)

Netizen memberikan reaksi yang berbeza-beza berhubung insiden berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.

Kerajaan Negeri Johor dalam masa yang sama, berjanji akan memberikan dan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan kesediaan hospital-hospital swasta untuk menempatkan sementara para pesakit yang terlibat dalam insiden berkenaan.


Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri pula menyatakan, siasatan rapi dan terperinci akan dibuat untuk mengenalpasti punca kejadian selain berjanji akan meningkatkan aspek-aspek keselamatan di hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu KDYMM Sultan Johor mengarahkan agar para pesakit yang terlibat dalam kejadian tersebut dipindahkan ke Wad Diraja HSA.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO Johor telah sepakat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa dan kakitangan hospital yang terlibat. Justeru, Pemuda UMNO Johor menyeru semua sukarelawan di bawah Pemuda atau syarikat swasta yang mahu menyalurkan bantuan dari segi tenaga kerja atau kewangan, boleh terus menghubungi Sheikh Nafiq, Ketua Pemuda UMNO Pulai selaku penyelaras program bantuan tersebut di talian, 019-7199949.


4 comments:

Anonymous said...

Satu soalan: ada tak alat pemadam kebakaran di premis yang malang itu?

Anonymous said...

Takziah kpd semua mangsa kejadian itu dan setinggi penghargaan kpd semua kakitangan hospital yg bertungkus lumus menyelamatkan pesakit dlm kejadian tersebut.

Anonymous said...

insiden menyayat hati tetapi yang peliknya kenapa jururawat dan para doktor sahaja yang membantu menolak katil pesakit sambil ratusan mata yang memandang semacam peluk tubuh saja.

Anonymous said...

Innalillahi.....

 
Blogger Templates