Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 12, 2016

MAHA DEWA MAHATHIR MURKA SEBAB PAS TETAP TAK MAHU AKUR DENGAN DAP, TUDUH PAS BEKERJASAMA DENGAN NAJIB!!!



Saifuddin Abdullah, bekas pemimpin UMNO yang ditolak oleh pengundi Temerloh kerana masalah sikap dan gayanya, dan kini merupakan salah seorang penyokong kuat Mahathir, PKR dan DAP, cuba mengulangi tekanan agar PAS terus tunduk kepada DAP dan PKR.

Usahanya untuk menimbulkan 'rasa bersalah' di kalangan pucuk pimpinan PAS, sekaligus akhirnya menyebabkan PAS kembali menjadi pak turut Guan Eng dan DAP, tidak lain dan tidak bukan untuk menaikkan namanya semula. (RUJUK SINI)

Nama Saifuddin Abdullah semakin tenggelam walaupun dia kini merupakan salah seorang pemimpin utama PKR.

Ketidakpercayaan kepada keupayaan sendiri, menjadi enigma kepada PKR, DAP apatah lagi Cap Bunga yang dipimpin oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Justeru, mereka mengharapkan PAS akan bersama-sama mereka, bersedia untuk mengorbankan kerusi-kerusi yang ditandingi bagi memberi laluan kepada PAN dan Cap Bunga.


Untuk menunjukkan betapa berkuasanya DAP ke atas PAS, Guan Eng dan DAP berlagak seperti tuan besar dan PAS pula adalah hamba abdi yang hanya perlu diarah dan dituding dengan jari. Apabila PAS enggan lagi menurut kehendak DAP, PAS dihalau keluar dari Pakatan Rakyat. Bahkan Pakatan Rakyat dilupuskan dan digantikan dengan Pakatan Harapan.

Ternyata, tanpa PAS, Pakatan Harapan hanya tinggal harapan. DAP dan PKR sendiri berasa bahang masalah yang lebih besar kerana tiada lagi PAS sebagai pelindung dan perisai mereka. Justeru PAS perlu dipujuk semula.

Apabila PAS terus berdegil, DAP menuduh Abdul Hadi Awang telah didedakkan oleh Najib. Sekarang ini, Hadi Awang dan PAS adalah pembela Najib. Tujuannya ialah supaya PAS dan Abdul Hadi Awang cepat-cepat menepis dan untuk membuktikan kebenaran PAS, parti itu akan kembali melutut di kaki DAP.

Namun berulang-ulang kali pucuk pimpinan PAS mengatakan, mereka tidak akan menyertai DAP semula.

Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah menggunakan pihak lain.


Pihak lain itu sudah tentulah Dr. Mahathir, orang yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kekacauan dan kejatuhan ekonomi serta kewangan Malaysia pada penghujung 1990-an kerana amalan kronisme, korupsi dan nepotismenya tetapi kemudian menjadikan PAS sebagai mangsa apabila PAS dilabelkan sebagai kumpulan pengganas dengan menggunakan semua media yang dikawal sepenuhnya.

PAS sudah tentu tidak dapat melupakan apa yang telah Mahathir lakukan ke atas parti itu sepanjang 22 tahun dia berkuasa. PAS tidak pernah lunak dengan UMNO di bawah Mahathir berbanding semasa zaman Almarhum Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Najib Abdul Razak. Di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri itu mengambil tanggungjawab menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional walaupun individu sebenarnya yang tidak mahu PAS dalam dalam Barisan Nasional yang sama-sama ditubuhkan oleh PAS adalah Dr. Mahathir.

Ironinya, Mahathir, Muhyiddin dan Boboi yang sebelum ini bukan main kuat mengecam Anwar Ibrahim, kini sama-sama memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim walaupun semenjak tahun 1974, yang bermasalah dengan Anwar Ibrahim adalah Mahathir iaitu bermula dengan AUKU sehinggalah ISA dan Akta Hasutan 1948.



Cuma agak menghairankan, Mahathir yang begitu banyak menzalimi golongan yang menentangnya, bersungguh-sungguh mahukan PAS bersama-samanya, walaupun semasa dia Presiden UMNO dahulu, PAS jugalah yang ditemberangkan kononnya amat merbahaya kepada umat Islam di negara ini.

Sesuatu yang pasti ialah, PAS sudah berulang-ulang kali mengatakan, mereka tidak akan bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional tetapi akan menjadi pengimbang dalam mengamalkan politik matang, malah PAS akan terus menentang UMNO dan Barisan Nasional dan menyuburkan budaya check-and-balance bukannya menyuburkan budaya politik fitnah serta kezaliman seperti yang dilakukan oleh DAP, PKR dan Mahathir sendiri!

Tapi kalau pun PAS 'membantu' Najib dan UMNO, apa sakitnya Mahathir dan Guan Eng?




7 comments:

juragan69 said...

Bhai tfk..tp klu tngk pd cara blogger belaan maha dewata najib 1mdb mmpropa tntng pas dgn mnjdkn pas seolah2 bayi yg baru umno lahirkn spti mngiyakn apa yg hangat diperkatakn tntng hubungan sulit umno vs pas...
mana ada lg kutukkn cercaan apatah makian dr blogger belaan maha dewata najib..jika dulu isu pas mnjadi modal utk lu org buat duit..jika dulu (hujung 90an-sehingga tun keluar umno)bkn kh semua tindakkn pas tkda yg betul..hj hadi jd bahan...mat sabu modal besar..hj mustapa( spender putih) husam mahfus semua jd bahan para blogger sprti lu,pisau.Net,kariparpu dll... lu nk nafikan??? Bhai..aku antara org yg masuk blog lu utk mncaras komen2 puak pas...hahaha lu cukup hebat sbgi blogger propa...

Anonymous said...

Lari dari tajuk sikit. Matawang malaysia jatuh menjunam mencecah rm5 = 1usd dipasaran matawang,,,, dan jatuh bertenang di sekitar rm4.4
Dijangka matawang terus jatuh di sekitar rm5.
Implikasi amat besar kepada ekonomi rakyat tempatan keseluruhannya



Anonymous said...

Dulu kan Madey beria ia supaya rakyat jgn sokong Dap. Macam2 kenyataan telah dibuat ttg keburukan Dap. Skrg lain plk dah...dedak apa yg Madey makan dgn Dap ni...atau kau dah lupa..

Anonymous said...

lihat lim kit siang pegang plakad 'free anwar' tidaklah lawak. lihat gobind singh pegang plakad yang sama juga tidak lucu. mereka konsisten. tetapi bila melihat muhyiddin dan mukhriz pegang plakad 'free anwar'...ohhh, macam dunia dah terbalik! tahun lepas kutuk dan katakan anwar memang layak menghuni sungai buluh sebab 'kelakuannya yang luar biasa'. kini, 'kelakuan luar biasa' pulak sudah menjangkit kepada penama-penama di atas....

Anonymous said...

Takpe ..runding perlahan2. Najib bapok pun tak berani nak bubar parlimen pun. Masih lagi menari macam sundal tepi jalan. Kau sokong terus presiden kau tu bai. Sokong bagi melingkup

Anonymous said...

Belum cukup penggal nak bubar parlimen buat ape..? Kau ni kalau bodoh elok jangan tunjuk sangat.. Baru tumbuh bulu ke bai..?

Anonymous said...

Selama ni pun tak cukup penggal pun dah buat pilihanraya bahlol. Kalau bodoh pun tak boleh lawan bodoh kau bai. Kalau tumbuh bulu pun bangang macam kau pun buat apa. Kau ni bangang macam jamallah bai

 
Blogger Templates