Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 22, 2016

MAHATHIR SALAHKAN KABINET KERANA KEPUTUSAN BAGI KONTRAK RM507.7 JUTA KAT KRONI SELEPAS DIDEDAHKAN KETUA AUDIT NEGARA!!!



Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


No comments:

 
Blogger Templates