Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 1, 2016

SUDAH-SUDAHLAH SEMBANG PASAL NAK AMBIL TINDAKAN TEGAS... SEMUA ITU HANYALAH POYOOO SEMATA-MATA!!!



Desakan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang digunakan oleh pihak asing untuk mencampuri dan menghancurkan negara ini sebagai sebuah negara koloni kapitalis tertentu, sudah lama dibuat. Desakan-desakan itulah yang membuatkan tindakan yang dilihat sebagai tindakan populis dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan digantikan dengan SOSMA yang tidak efektif, menjadikan pentadbiran Najib sebagai sasaran kecaman sehingga ke saat ini.

BERSIH sebagai contoh...

Beberapa pendedahan sama ada melibatkan dalam negeri atau di luar negara menunjukkan entiti tersebut dibiayai oleh dana asing bagi tujuan menimbulkan ketidakpercayaan dan ketidakstabilan negara, seperti dibakulsampahkan dan langsung tidak dipedulikan.

Tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas BERSIH sebaliknya yang dilihat sekarang adalah tindakan ke atas penentang BERSIH.

Dan kini BERSIH yang pada mulanya sebuah pertubuhan haram, telah menjadi sebuah syarikat perniagaan yang teras perniagaannya masih kabur.

Pendedahan DC Leaks mengundang komen dan reaksi pihak berkuasa Malaysia. Dan seperti biasalah, lagu-lagu lama kembali didendangkan untuk menyedapkan telinga dan menenangkan hati.

Daripada Menteri sehinggalah Ketua Polis Negara bahkan segelintir pemimpin politik yang mencari nama agar muka dikenali dan tempat terjamin sebagai calon PRU, kembali kedengaran cerita kononnya siasatan perlu dilakukan. Tindakan perlu dibuat. Negara ini perlu dipertahankan daripada campurtangan asing dan sebagainya.

Hakikatnya yang berlaku ialah, semua ikrar  dan desakan tersebut hanya untuk mengisi ruang-ruang pemberitaan dalam media semata-mata. Yang pasti tiada tindakan yang lebih tegas untuk merealisasikan ucapan berapi-api yang mahu menghalang campurtangan asing ke atas negara ini.

Zaman di mana kuasa besar menggunakan senjata untuk mengawal dan menguasai sesebuah negara sudah mula berlalu. Sebaliknya yang berlaku masakini adalah penjajahan yang dimulakan menerusi media dan persepsi.

Malaysia sudah lama berhadapan dengan 'serangan' tersebut. Tetapi Malaysia tidak langsung kelihatan cuba untuk menanganinya. Bahkan sebahagian besar rakyat Malaysia pula menjadi bidak-bidak pihak asing untuk menjadikan negara ini neraka dunia dengan label-label muluk seperti 'Selamatkan Malaysia', 'anti rasuah', 'pilihanraya adil dan saksama' mahupun 'hak samarata' dan 'hak asasi kemanusiaan'.

Pentadbiran lemah lembut dan gentleman yang ditunjukkan oleh pentadbiran Najib masakini akan hanya mengundang masalah lebih besar pada masa akan datang. Pentadbiran Najib sudah perlu untuk mengubah gaya ke arah kaedah yang lebih tegas dan tidak bertolak ansur keterlaluan terutama sekali yang membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

Terlalu mengikut kata puak-puak peguam yang berasakan mereka lebih tinggi dari undang-undang akan hanya menjadikan negara ini sebagai sebuah lagi negara Pakistan. Puak-puak peguam seharusnya ditunjukkan bahawa mereka yang bekerja untuk undang-undang bukan undang-undang bekerja dan menghasilkan laba untuk mereka!


2 comments:

Anonymous said...

ZAMAN LEMAH LEMBUT RASANYA PATUT JADI SEJARAH... KALAU RASA SEMUA PILIHAN DENGAN OBAMA.. USA... IMF DAN SEBAGAINYA... DUNIA ADA SATU LAGI PILIHAN PAKATAN IAITU PAKATAN *BRICS*.... TIDAK LAGI BERGANTUNG PADA DOLLAR USD LAGI... PETRODOLLAR BUKAN PILIHAN REGIM TUKARAN WANG ANTARABANGSA LAGI... TAK BOLEH MEMBALAS DENGAN KEKERASAN GUNA AKAL YG SIHAT TINDAKAN MELALUI DAGANGAN DAN EKONOMI... TAK CUBA TAK TAHU... BUKTI EKONOMI PAKATAN BRICS NNPK JELAS ... DI MALAYSIA BANYAK BARUA DAN TALIBARUT YAHUDI IMF.. ROTHCHILD DALAM KERAJAAN APATAH LAGI PEMBANGKANG .... BERTINDAKLAH CARA BIJAKSANA....

Anonymous said...

org yg no 1 pun org depa juga, sbb tu mana ada tindakan, ISA dihapus pun sbb ikut orang asing punya pandangan. dua2 komponen yg dok main peranan sbg perintah dan pembangkan adalah bidak2 yg bertuankan tuan yang sama, rakyat msia terutama Islam lah yg pening mikir, nak harapkan yg sepatutnya diharapkan tak menjadi mcm tak dipeduli,
dok main wayang 1malaysia2, habis terlingkup, yg hilang pergantungan org Islam, dihina, dicaci agamanya pun tak dipeduli langsung oleh org no 1, media2 setan msiakini, malaymail bagai raja ditanah melayu.

 
Blogger Templates