Walaupun Anina tidak dipecat dari parti yang baru berusia 3 bulan itu, sebaliknya hanya jawatan 'picisan' yang dilantik sahaja ditarik balik daripadanya, namun ianya telah membangkitkan kemarahan Anina Saadudin.
Kata Anina, jangan ditanya tentang perasaannya apabila jawatannya di dalam Cap Bunga dilucutkan sebaliknya tanyalah Mukhriz dan Muhyiddin bagaimana mereka dipecat daripada jawatan yang disandang sebelum keahlian mereka pula dipecat.
Malah Anina turut mengungkit, sebelum ini dia tidak pernah peduli dengan perasaan Muhyiddin dan Mukhriz sebaliknya membuta tuli menyokong mereka walaupun kedua-dua pemimpin utama Cap Bunga itu ada banyak skandal termasuklah skandal seks meruntuhkan rumahtangga orang lain.
"Hanya parti bodoh yang akan tunduk kepada skandal bodoh," katanya.
Isu skandal seks Anina hanyalah berdasarkan kepada transkripsi perbualan WhatsApp yang belum dapat disahkan dan boleh dipalsukan.
Sebaliknya isu skandal seks yang membabitkan Muhyiddin Yassin pula adalah berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) yang memperincikan perlakuan seks fizikal oleh suami Nika, yang juga merupakan seorang peguam dan bekas timbalan pendakwaraya. SD tersebut turut diperakui secara rasmi di dalam mahkamah dalam pengurusan kes cerai mereka.
Suami Nika tidak mungkin sengaja melakukan perbuatan tersebut dan mengheret ke mahkamah kerana ia juga akan memalukan dirinya sendiri. Ironinya, Muhyiddin tidak pernah menyaman suami Nika kerana hal ini. Malahan Muhyiddin juga sekadar membuat penafian kosong, walaupun mahkamah telah menggunakan SD tersebut untuk mengesahkan perceraian Nika dengan bekas suaminya.
Sama seperti Muhyiddin yang tidak berani membuat sebarang penafian, Anina juga tidak menafikannya.
Namun di sebalik perbezaan kekuatan dan kesahihan bukti terhadap dakwaan skandal seks, hanya Anina sahaja yang disingkirkan manakala Muhyiddin pula dikekalkan serta tiada sebarang tindakan ke atasnya.
Mungkin kerana inilah Anina berasakan kesnya, PARTI BODOHNYA telah melayannya secara tidak adil.
12 comments:
Padan muko ko!!!
Yes.. padan muka kau...duli kau pun tukang kipas..mengapi apikan agar benci Najib..kan Allah bayar cash..
Mungkinkah akn brlaku u turn slps ni
Dah le bodoh, bebal pulak tu.
tikam agama dan bangsa sendiri lambat laun kena juga habuan...;-) ;-) ;-)
bersetongkol dgn komunis habuan komunis la yg kamu trima..
tikam agama dan bangsa sendiri lambat laun kena juga habuan...;-) ;-) ;-)
bersetongkol dgn komunis habuan komunis la yg kamu trima..
Allah akan bayar cash kat najib penipu ...kita sesama berdoa.
Hehhee ..betul tu. Bebal sama macam kau
Kau tunggu ke pru hai blogger bangang. Lingkup umno kau ni
kau la lingkop melayu barua komunis manusia tak kenang d untong ;-) ;-)
umno memerintah urusan Allah...kalau nkau tak puas hati maknenye ngkau tak puas hati dgn takdir Allah bukan begitu...renung2 la
kalau umno lingkup hidup ngkau senang ke?..ingat cina senang2 nak bg org melayu memerintah?..contoh penang...nak harapkan melayu pkr...contoh selangor...kene tarik hidung...mahathir?hahaha mamak tu...sejarah mengajar kita semue tahu...siapa lagi...umno juga...jahat2 umno pun belum ada lagi melayu kebulur...besyukurla nikmat yg tuhan bg..ni ngkau org ngutuk tengah bersantaikan menikmati keselasaan yg diberikan umno kan hahahah
Post a Comment