Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 13, 2016

HARAP-HARAP KALI INI PAKATAN HARAPAN BENAR-BENAR BERDAFTAR DAN ADA SATU LOGO, BUKANNYA RETORIK MACAM PAKATAN RAKYAT DULU!!!



Para penyokong DAP begitu seronok apabila satu lagi perjanjian 'PAKATAN' ditandatangani membabitkan DAP-PKR-PAN-Cap Bunga.

Sekaligus perjanjian berkenaan telah menghapuskan semua perjanjian sebelum ini untuk Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP-PKR-PAS.

Dan seperti biasa, timbullah kembali cerita lama iaitu satu logo untuk satu Pakatan.

Pakatan itu sendiri belum didaftarkan secara rasmi. Walaupun logo Pakatan Rakyat masih lagi wujud, tetapi ia tidak pernah dapat digunakan kerana ianya tidak berdaftar. Dan sekalipun logo berkenaan diperkenalkan kepada para penyokong, namun Pakatan Harapan yang tidak pernah didaftarkan, maka logo tersebut sekadar menjadi satu retorik sehingga kini.

Kepimpinan Pakatan Harapan, khususnya dari PKR telah memberikan pelbagai alasan mengapa Pakatan Harapan tidak pernah didaftarkan dan logo mereka tidak pernah dapat digunakan untuk PRU-13.


Hari ini gabungan baru Pakatan Harapan juga telah dirasmikan. Dan sekali lagi, satu logo, satu slogan, menjadi jerit pekik untuk menunjukkan kesemua parti-parti yang bergabung dalam pakatan baru itu, sudah sebulat suara untuk menggunakan satu logo.

Pun begitu, pembahagian kerusi masih lagi huru-hara. PAN dan Cap Bunga yang merupakan parti baru terpaksa mengendeng dan mengharapkan belas kasihan daripada PKR dan DAP. Di Selangor, PKR terpaksa terus bergantung harap kepada PAS sehingga mewujudkan satu pakatan 'autonomi' yang terpisah dari Pakatan Harapan, walaupun pada masa yang sama, ahli 'bersekutu' pakatan PKR-PAS di Selangor adalah DAP.

Di Parlimen Batu, wakil PAN meminta agar kerusi Parlimen tersebut ditandingi oleh PAN, manakala para penyokong PKR pula menyokong PAN. Kerusi Parlimen Batu selama dua penggal dipegang oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR. Kerusi yang sama, turut diintai oleh PAS.

Harap-harap kali ini, Pakatan Harapan benar-benar menjadi satu realiti dengan penggunaan satu simbol dan slogan seperti Barisan Nasional. Soal siapa yang akan menjadi dominan dan siapa yang akan memerintah siapa di kalangan parti-parti komponen tersebut, kita tunggu sahaja DRAMA seterusnya.

Yang pasti, DAP menerusi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak akan mudah mengalah sepertimana yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13.

Kecualilah jikalau DAP sedar, mereka kini semakin kehilangan sengat dan mereka memerlukan bantuan daripada Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk terus memberikan nyawa politik buat kedua-dua beranak tersebut.

Persoalannya ialah, mahukah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menurunkan dan menjatuhkan ego mereka untuk pemimpin-pemimpin Melayu dalam komponen Pakatan Harapan menjadi lebih dominan?


2 comments:

Anonymous said...

Sibuk betul jaga tepi kain org..

Anonymous said...

Ya Allah... selamatkan lah negara Malaysia.. jangan ianya diperintah oleh kaum kafir dan munafik...

 
Blogger Templates