Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 16, 2016

JAWAPAN ANINA KETUA SRIKANDI CAP BUNGA BERHUBUNG SKANDAL SEKS YANG DIKAITKAN DENGANNYA... SALAH UMNO JUGA?!!



Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin menganggap skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.

“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia.

“Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab: “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks.

“Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini, lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.

“Apa yang penting bagi saya, kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik,” katanya.

Anina mengulas tuduhan skandal seks terhadapnya.

Beberapa laman web didapati menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah didakwa melibatkan Anina bersama seorang lelaki.

Anina berkata, sebagai ketua srikandi, beliau bersedia dengan cabaran dan dugaan bakal ditempuhi.

“Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.

“Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti ditunjangi Tun Dr Mahathir (Mohamad) adalah penghormatan besar bagi saya, namun lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang, malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya di seluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya,” katanya.



7 comments:

Anonymous said...

Mana ayat dia cakap salah umno?
Kaki fitnah btol la kau ni.m

Anonymous said...

Wah..parti cap bunga ni..berbunga bunga rupanya..presiden dgn.skandal bini orang..ketua wanita...pulak...oops...

Anonymous said...

Belum lagi sampai tahap pendekar umno. Umno lagi hebat. Macam2 ada. Nampak bersatu belum sampai tahap kehebatan umno.

Badine Halim said...

Tu ler keja org ameno...agaknya yg semua pemimpin ameno masih dlm ahli tu mesti kaki sex kan..? Asal keluar dr ameno jer mula lah ungkit pasal skandal sex..dah mcm tradisi pulak...betul gak org ckp ameno fitnah dan sex berpisah tiada...haha...lepas ni kita tunggu pemimpin korup dia pahlawan bugis kepit telo letak jawatan..kompom berlambak skandal sex puak2 melayu bangsat ni buka cerita lebih2 lg nk pilihanraya...huhu

Anonymous said...

Cerita yg dibuat oleh SB atas arahan UMNO. Kalau nak menentang UMNO kena siap badan.

Anonymous said...

Sedih bangsa ku.Nama aje Islam tapi bertuhankan manusia.Penat ustaz2 beritahu , takutlah pada Allah saja, bukan manusia.Takut kita mati dlm syirik(kafir!), tanpa kita sedar.Melayu syiah pun pun takut Allah . . .terutama membuat kerja2 fitnah dan yg bercanggah dgn ajaran Nabi saw. Marilah kita ingatkan sedaramara
& sahabat handai kita ttg perkara ini.

Anonymous said...

skrip jawapan dari orang politik, yes bukan, no pun bukan. sampai masuk kot pun nak gunakan skrip jawapan yang sama. lepas tu buat rayuan demi rayuan. hasilnya? muahahaha

 
Blogger Templates