Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 12, 2016

KEMARUK SOKONGAN UNTUK 17 DISEMBER 2016, SAMPAI AKHIRNYA ISTANA PERLIS PUN CUBA DIPERGUNAKAN PUAK CAP BUNGA!!!



Dua program Cap Bunga di Perlis dalam Siri Jelajah Malaysia telah diadakan di Perlis pada 9 Disember lalu menampilkan orang kuat Cap Bunga termasuklah Muhyiddin Yassin, Hamidah Osman dan seluruh kepimpinan Cap Bunga Perlis yang diketuai oleh Haji Amer Haji Hassan yang merupakan Ketua Pendaftar Cap Bunga Perlis.

Program pertama diadakan dari jam 4:55 petang sehingga 6:45 petang di Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia, Jalan Persiaran Wawasan, Kangar. Manakala program kedua pula diadakan di Cafe Hotel Seri Malaysia yang hanya melibatkan Amer Hasan dan Muhyiddin Yassin serta Kumpulan Bikers Loqlaq Perlis.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Chan Ming Kai, ADUN Indera Kayangan dari PKR.


Jumlah kehadiran hanyalah lebih kurang 250 orang yang menghimpunkan pemimpin, ahli dan penyokong Cap Bunga dan ahli Pakatan Harapan seluruh Perlis.

Seperti biasa, Muhyiddin Yassin masih lagi gila talak dengan UMNO. Masih lagi bercerita tentang dia di dalam UMNO dan masih lagi terkilan kerana dia dipecat dari UMNO serta disingkirkan daripada jawatan. Dan seperti orang lain yang tiba-tiba kehilangan jawatan dan kedudukan, Muhyiddin Yassin terus dilanda penyakit meroyan dengan menyalahkan bekas ketua dan ahli majlis yang telah memecatnya.

Muhyiddin Yassin mengulang kembali alasan 'standard' orang yang kehilangan jawatan secara tiba-tiba, iaitu dia dipecat kerana dia memperjuangkan kebenaran dan pemecatannya dibuat kerana ada skandal dan penipuan yang cuba disorokkan oleh ketuanya.


Sesuatu yang pasti ialah, Muhyiddin Yassin tidak berani langsung bercakap tentang rakaman suara bagaimana dia tergagap-gagap dan kemudian berputar-putar belit menyalahkan orang lain dalam satu rakaman 'curi' mesyuarat tertinggi. Rakaman suara tersebut kemudiannya menjadi viral di Internet dan sehingga kini, Muhyiddin mahupun orang-orangnya tidak berani langsung menyentuh tentang rakaman suara tersebut.. (RUJUK SINI)

Muhyiddin dalam kedua-dua program tersebut, turut menceritakan kononnya dia sebagai TPM, telah menegur Najib abdul Razak, malah etlah berjumpa dengan Gabenor Bank Negara selain mempersoalkan kelulusan wang oleh Bank Negara untuk keluar negara telah diselewengkan demi 1MDB. Muhyiddin juga berasa kesal dengan siasatan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Ketua Hakim Negara yang katanya telah menolak kes demi melindungi Najib Abdul Razak.

Sesuatu yang amat menarik ialah dalam keseronokan Muhyiddin menghiburkan para penyokong dan pemercayanya, Muhyiddin terlupa tentang protokol apabila sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia tidak boleh sewenang-wenangnya bertemu dengan Gabenor Bank Negara seperti yang diceritakannya. Sekaligus Muhyiddin telah menimbulkan kembali cerita KONSPIRASI yang telah cuba dinafikannya beberapa kali walaupun dalam cerita terbaharunya, Muhyiddin menceritakan tentang pertemuan sulit dengan Gabenor Bank Negara.


Ironinya, Muhyiddin seronok memberitahu kononnya, dia tidak pernah menyangka Najib Abdul Razak seorang pembohong dan setahunya tidak ada seorang Perdana Menteri di dunia ini yang kuat berbohong seperti Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, Muhyiddin yang diasak dengan skandal dengan isteri orang selain skandal Bestari.Net yang turut melibatkan anak lelakinya selain isu tanah di Johor sehingga dia 'ditarik' Mahathir menjadi Menteri Pusat, hanya mampu menyatakan negara ini telah dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang rasuah da penyeleweng.

Kedua-dua program berkenaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada Konvensyen Cap Bunga yang pertama yang akan diadakan di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2016. Walaupun jumlah kehadiran di Perlis agak baik, namun sambutan hangat yang diharapkan, tidak menjadi.

Sesuatu yang amat pasti ialah, Cap Bunga terpaksa menumpang PKR untuk memperlihatkan sokongan kepada parti tersebut meluap-luap, ekoran kehadiran lebih ramai ahli-ahli PKR berbanding Cap Bunga seperti yang berlaku di Perlis, mahupun yang turut melibatkan Mukhriz Mahathir yang melakukan jelajah seluruh Kedah.


Barangkali kerana terlalu terdesak itulah juga, Istana Perlis dan Raja Perlis telah cuba dijadikan sebagai umpan kononnya, Cap Bunga disokong oleh Istana Perlis dan Raja Perlis sehingga Istana Perlis terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa PUBLISITI MURAHAN yang dibuat oleh juak-juak Muhyiddin adalah satu fitnah semata-mata. (RUJUK SINI)


1 comment:

Anonymous said...

Parti situa2 celaka

 
Blogger Templates