Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 17, 2016

MUKHRIZ MAHATHIR IBARAT KUPANG TEMBAGA KEPADA LIM KIT SIANG... TAK ADA NILAI LANGSUNG!!!



Rupa-rupanya skandal Ainina yang dibela oleh Lim Kit Siang juga telah membuatkan pendiriannya bertukar. Mahathir yang beria-ia mahu menjatuhkan Najib bagi tujuan membela anak dan kroni-kroninya yang banyak mengeluh kerana pentadbiran Najib yang tidak lagi memberikan mereka keistimewaan seperti yang dinikmati masa Mahathir 22 tahun jadi Perdana Menteri dahulu, nampaknya tidak lagi menjadi kekasih Kit Siang. 

Sebaliknya, dalam satu kenyataannya di Pulau Pinang, Lim Kit Siang mengumumkan yang Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang. 

Bagaimanapun, untuk menyedapkan hati, Kit Siang memuji empat orang Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu termasuklah Dr. Mahathir. Malah paling menakjubkan apabila Kit Siang berkata, Almarhum Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama dengan DAP untuk mewujudkan kerajaan yang lebih demokratik, bersih dan bertanggungjawab.

Sesuatu yang amat menarik ialah apabila sebelum kewujudan DAP, Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan yang ramai sesali sehingga ke hari ini iaitu menyingkirkan Singapura dari Tanah Melayu walaupun Singapura merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu hanya kerana gagal menangani Lee Kuan Yew dan PAP pada tahun 1965. Manakala DAP pula hanya wujud setahun selepas PAP keluar dari Malaysia dan hanya bertanding pada PRU buat kali pertama pada tahun 1969. 

Kempen-kempen subversif DAP dan Lim Kit Siang selain membabitkan beberapa buah parti lain, akhirnya mencetuskan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. 

Kerana tragedi tersebut, Tunku Abdul Rahman 'dipetisejukkan' walaupun kekal berjawatan Perdana Menteri. Pentadbiran negara dijalankan oleh Mageran sehinggalah Parlimen dipulihkan semula pada tahun 1971. Tunku melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970.

Jadi, bila masanya yang Tunku Abdul Rahman bekerjasama dengan DAP seperti yang didakwa oleh Lim Kit Siang? Atau Lim Kit Siang juga sama seperti Mahathir yang sudah diserang penyakit nyanyuk dan mudah lupa?

Hanya jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja yang dikhaskan untuk Muhyiddin Yassin, Presiden Cap Bunga. 

Bagaimanapun jawatan Perdana Menteri yang akan disandang oleh Wan Azizah hanyalah bersifat sementara memandangkan jawatan tersebut hanya dikhaskan untuk Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR yang kini sedang menjalani baki hukuman penjara lima tahunnya selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya baru-baru ini. 

Kesian Mukhriz!

Kesian Mahathir!


1 comment:

Anonymous said...

Itulah, kalau tak fikir balik apa yg dia pernah cakap dulu. Kit siang hanya nak jadikan mahathir dan mukhriz sebagai kuda kepang sahaja. Bila2 lempar keluar tingkap.

 
Blogger Templates