Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 22, 2016

NAJIB NAK SELAMATKAN SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG MEMBOSANKAN INI? BAIK RENTIKANLAH!!!



Ura-ura Selangor dan Kelantan untuk menarik diri daripada Liga Bolasepak Malaysia menjadi tajuk-tajuk berita utama. Dan seperti biasa, pro dan kontra pun berdebat. Seperti biasa juga, sentimen mengatasi realiti. Sikap bertongkat menjadi darah daging dan sukar untuk dihapuskan bahkan beranggapan, mereka perlu terus disuap dan diurut perut masing-masing selepas kenyang.

Kenyataan Perdana Menteri yang kesal dengan apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak Kelantan sehingga memaksa KAFA memberikan kata dua untuk menarik diri daripada terlibat dengan Liga pada tahun hadapan, sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah pun.

Status SEMI-PRO diberikan pada pertengahan 1980-an, kemudian liga profesional diperkenalkan pada awal 90-an, mutu dan tahap bolasepak negara tidak pernah berubah, tidak pernah meningkat bahkan tidak pernah mendatangkan sebarang keuntungan dalam apa-apa aspek sekalipun di negara ini. Sebaliknya berbekalkan glamour yang dibuat-buat daripada publisiti murahan, pelbagai gambaran hebat dibuat untuk menarik perhatian peminat.

Yang pasti, kemajuan sukan bolasepak Malaysia yang telah disuap pelbagai kemewahan, tidak ke mana pun. Bahkan menurun dengan teruk sehinggakan pasukan-pasukan belasahan dahulunya seperti Kemboja dan Myanmar pun jauh lebih baik daripada pasukan Malaysia.

Najib mungkin berniat baik apabila menyatakan Kerajaan pimpinannya akan cuba membantu persatuan-persatuan bolasepak negeri yang bermasalah kewangan memandangkan bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat Malaysia.

Namun ada pula yang menyatakan, Najib sekadar bermain politik kerana seperti mereka, Najib juga tahu sukan bolasepak negara ini tidak akan ke mana-mana pun, sebaliknya sekadar syok sendiri.

Seharusnya, persatuan-persatuan bolasepak di negara ini yang sudah bergelar profesional, apatah lagi perbelanjaan pengurusan melebihi pencapaian, seharusnya mencari jalan dan memecahkan kepala sendiri bagaimana mahu menjanakan pendapatan untuk persatuan masing-masing.

Sudah sampai masanya kerajaan menarik diri daripada terus menyuap dan memberikan tongkat untuk pasukan-pasukan tersebut. Dan seharusnya juga keupayaan dan pencapaian perlu dijadikan sandaran berbanding

Prasarana sukan di negara ini berkelas dunia, tetapi mutu sukan di negara ini, majoritinya berkelas amatur.

Daripada Najib membazirkan ratusan juta untuk sukan bolasepak yang tidak ke mana-mana pun, apatah lagi sekadar untuk mengenyangkan dan membuncitkan pegawai-pegawai persatuan, lebih baik Najib gunakan peruntukan tersebut untuk masyarakat di luar bandar, terutama golongan petani!

Lagipun, masing-masing berebut nak jadi pegawai persatuan, biarlah mereka berebut-rebut pula memecahkan kepala mencari dana untuk persatuan masing-masing. Kalau perlu mereka menjual kacang putih untuk mencari dana, biarkan sahaja....

Yang pasti, sukan bolasepak di Malaysia sudah sampai ke TAHAP YANG PALING MEMBOSANKAN!



8 comments:

Anonymous said...

Kegagalan kafa menguruskan dana bola sepak perlu diberi perhatian.

Anonymous said...

Liga bermakna perlu ada lebih dari satu pasukan ambil bahagian. Kalau satu pasukan tiadalah liga. Lebih banyak pasukan lebih meriah dan lebih lumayan. Kemeriahan jalan seiring dengan tahap kesengitan pertandingan.

Sengit ujud apabila semua pasukan sama atau hampir sama taraf dan paras. Tak guna kalau satu pasukan saja yang tinggi dan menonjol sedangkan lain-lain masih rendah dan lemah kerana impak akhirnya ialah pasukan yang tinggi tadi akan terencat dan mungkin kembali ke asal jua.

Anonymous said...

Mana2 pasukan yg nak menarik diri dpd liga super tahun depan, biarkan. Biarkan yang mampu sahaja terus bersaing. Selagi diberi tongkat selagi itulah mereka malas untuk berdikari. Pegawai pasukan adalah mereka yang dipilih untuk berkerja membentuk pasukan, termasuk mencari dana. Jika gagal, letak jawatan. Biarkan pasukan tarik diri daripada hidup mengharapkan ehsan orang lain.

Anonymous said...

Suroh Najib Lanun Bugis Antarabangsa selamatkan diri sendiri sudah...

Ganti balik duit 1MDB yang dia Samun!!!

Quantum Metal Consultant said...

Selamatkan dulu parti, bola tidak akan tenggelam.

Anonymous said...

Najib salah kerana naikan harga getah dan kelapa sawit.
Mari kita tanam getah dan sawit atas padang bola pulak. Baru ada hasil.
Macai tak bising ke...ohhh...macai cuma bercukur saje....

Anonymous said...

Balik ke semi pro lag...ataupun mcm sblm semi pro. Sabtu main bola, Isnin masuk keje biasa ala2 zaman super mokh dulu. Baru kompetitif.

Anonymous said...

Najib tak payah menyelamatkan bola sepak bab sukan itu kira dah mati. Lebih baik dia menyelamatkan diri dari skandal2yg menyelubungi dia, sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Muka tak malu.

 
Blogger Templates