Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 13, 2016

PENGASAS MALAYSIAKINI DIDESAK JELASKAN KENAPA NAMANYA DI DALAM OSF-SOROS!!!



Pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran seharusnya menerangkan bagaimana namanya boleh tersenarai dalam artikel yang dibocorkan oleh DC Leaks yang mendakwa dia berperanan sebagai penasihat OSF, kata Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang juga merupakan seorang blogger. 

Bekas pegawai TUDM itu berkata, berbanding sekadar menafikannya, Premesh seharusnya memberikan penjelasan mengapa namanya tersenarai di dalam dokumen itu terlebih dahulu. 

"Premesh perlu menerangkan mengapa dokumen dalaman OSF meletakkan namanya sebagai pengerusi kepada Lembaga Penasihat bagi Malaysia. Bukan saya yang meletakkannya di dalam dokumen-dokumen terbabit tetapi daripada dokumen-dokumen OSF sendiri," katanya.

Abdul Rahmat turut merujuk kepada laporan polis yang dibuatnya pada Khamis lalu berhubung dokumen-dokumen DC Leaks yang bocor yang mendakwa OSF milik George Soros menyalurkan dana kepada organisasi-organisasi tempatan. 

"Oleh kerana itu, tidak perlu untuk Premesh Chandran sekadar membuat penafian, sebaliknya  membenarkan polis melakukan siasatan," katanya sambil menambah Soros juga diketahui mempunyai kepentingan tidak langsung sebanyak 29% dalam pemilikan MalaysiaKini. 

Khamis lepas, Premesh menafikan perananya sebagai penasihat di dalam Open Society Foundation (OSF). 

"Saya tidak pernah melihat dokumen ini. Saya juga tidak terlibat dalam sebarang perbincangan tentang 'rangka kerja' atau pun enjadi pengerusi kepada mana-mana jawatankuasa yang berkaitan dengan OSF," katanya yang dipetik oleh Malaysiakini.

Menerusi laman sesawang merkea, Malaysiakini mengakui telah menerusi dana dan pelaburan daripada beberapa entiti yang berkaitan dengan Soros. Salah seorang daripada pemegang saham terbesar mereka terkini dan juga ahli lembaga pengarah adalah Harlan Mandel, yang sebelum itu berkhidmat sebagai Timbalan Konsul Besar untuk yayasan Soros. 



4 comments:

Anonymous said...

Bangkai nak ditutup dgn nyiru.. Terhidu juga baunya...kan.dah kena

Anonymous said...

Patut la malaysiakini jdi mcm tu.

Anonymous said...

Untuk memudahkan propaganda...yahudi mesti menguasai segala macam saluran media dan maklumat seluroh dunia...
Itu adalah strategi mereka...
dah lama tahu cuma macai perkakas yahudi sahaja yg tak sedar..

Anonymous said...

Mari kita semak Protokol Zionis...mrk ini inilah antara anak2 tempatan yg.dipergunakan utk menjaywkan rancangan Zionisme

 
Blogger Templates