Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 15, 2016

SKANDAL PENYELEWENGAN MEGA RM46 BILION DAP-PULAU PINANG, AHLI BERKELULUSAN PHD KELUAR PARTI!!!



PENULIS: AHMAD ABIDIN 

Ahli DAP yang bernama ROGER TEOH mengambil tindakan keluar parti kerana dikatakan tidak tahan dengan skandal yang telah dicipta oleh DAP di Pulau Pinang.

ROGER TEOH yang merupakan lepasan kelulusan PHD dari Centre for Transport Studies, Imperial College London, begitu terkejut setelah kajian yang dilakukannya mengenai projek mega yang melibatkan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang mempunyai unjuran yang tidak realistik yang bermaksud daya maju projek itu akan menjadi satu persoalan.

Projek terowong tersebut yang menjangkau kos sebanyak RM46 billion setelah tersasar dari jangkaan kos asal iaitu sebanyak RM27 billion didapati menggunakan kontraktor yang sama dengan kontraktor yang membuat kajian kebolehlaksanaan projek PTMP.

Maklumat yang diperoleh ROGER TEOH dari Ketua Pegawai Eksekutif kontraktor utama, beliau memaklumkan bahawa pihak kontraktor berkenaan tidak pernah mendengar tentang kenaikan kos pembiayaan dari RM27 billion kepada RM46 Billion.

Namun Kerajaan DAP memaklumkan kos projek berkenaan telah meningkat daripada RM27 bilion kepada RM46 bilion selepas pihak kontraktor selesai membuat kajian awal.

Di sini kita dapat melihat bahawa kerajaan DAP dengan sengaja mengambil kesempatan dengan meningkatkan jumlah kos berkenaan agar wang tambahan tersebut dapat masuk terus ke poket individu yang berkepentingan serta dapat disumbangkan ke dalam tabung DAP.

Apa yang lebih mengejutkan Kerajaan DAP juga akan meminjam dari bank-bank untuk membiayai peningkatan kos ini. Pada masa yang sama ianya akan menambahkan beban hutang kerajaan Pulau Pinang seterusnya akan menyusahkan serta membebankan rakyat.

Apabila ROGER TEOH dan beberapa orang yang lain sedar akan hal ini, mereka cuba untuk membangkitkan kepincangan dan mempersoalkan projek tersebut.

Namun parti DAP dan Kerajaan Pulau Pinang akan menyerang mereka tanpa belas kasihan walaupun mereka mempunyai niat yang murni kerana tidak mahu DAP terpalit dengan unsur-unsur rasuah, salahgunakuasa dan sebagainya walaupun mereka ini adalah ahli DAP.

Tindakan ROGER TEOH harus dipuji kerana berani mempersoalkan kepincangan perjalanan pentadbiran partinya sendiri iaitu DAP. Sebagai graduan yang terpelajar ROGER TEOH memang patut bertindak sedemikian dan bukan "Yes Man" sebagaimana sesetengah pemimpin pembangkang. Kelulusan PHD yang diperolehinya betepatan dengan kajian yang dijalankannya.

Manakala kerajaan Pulau Pinang yang begitu komited dan tegas melaksanakan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) nampaknya telah mengingkari serta membelakangi dasar berkenaan.

Semoga segala kepincangan pentadbiran yang dilakukan DAP selama ini membuatkan rakyat celik dan dapat melihat siapa pemimpin DAP yang sebenarnya. Mereka hanya bercita-cita tinggi namun perlaksanaannya gagal dan hanya sia sia sahaja.


6 comments:

Anonymous said...

Penduduk pulau hanya satu juta tapi nak buat LRT. Unjuran penumpang sengaja ditambah nak bagi projek nampak viable. Projek ini hanya untuk memperkayakan Guan Eng dan mengbankrapkan Penang. Btw, where is the feasibiliy study report of the tunnel which has been paid RM300 million over by Guan Eng. Jangan main sorok2. Harap UMNO buat report supaya SPRM boleh buat siasatan. SPRM boleh bagi IKRAM nilai tengok feasibility study yang bernilai RM300+ juta tu. Saya rasa kalau ada pon report tu nilainya tak sampai RM50 juta. Lagi RM250 juta sapa sapu???

Anonymous said...

Pan akan pertahankan Dap. Jgn risau...

Anonymous said...

penulis berkata pujian harus di beri kepada roger teoh,bukannya "yes man".adakah ia berlaku dlm umno.jadi apa yang boleh dipelajari dari kes ini kita mesti tegas dalam amanah yang telah diberi rakyat .yang salah tu salah dan yang betul tu kita sokong .jangan "YES MAN" semuanya.ini akan menghancurkan parti.hormat rakyat akan hilang.biar hilang jawatan tapi amanah yang diberi rakyat tidak dikhianati.kita hanya hilang jawatan didunia yang sementara ini,asalkan tidak kekal di neraka selamanya.

Anonymous said...

Terowong belum dilaksanakan, sibuk buat apa. Dulu UMNO ada buat kajian ke bila nak buat proton, akhirnya rakyat kena bagi subsidi utk gajah putih ini.

Anonymous said...

RM 46 b - RM 27 b = RM 19 b kalau benarlah ......
berbanding RM 2.6 b (tidak dapat dibuktikan kebenarannya)
pelajar sekolah atap nak kira pun tak tahu mana satu lebih banyak ?

el halim said...

Mmg la terowong belum buat ngok, tapi duit 300 juta belum ada apa-apa dah lesap ngok

 
Blogger Templates