Rupa-rupanya ada kalut tertentu yang menyebabkan Mahathir perlu memenangi perlumbaan masa dan persepsi ini. Bukan kerana 1MDB, bukan juga kerana mahu Selamatkan Malaysia sebagaimana yang didakwa.
Sebaliknya seperti biasa, MAHU MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK LELAKI dan kaum kroninya.
Skandal BMF tahun 1983 merupakan skandal kewangan terbesar melibatkan sebuah bank milik penuh kerajaan, Bank Bumiputera dan sebuah syarikat dari Hong Kong, Carrian Group. Skandal tersebut berakhir dengan penemuan mayat juruaudit Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim dan berkuburnya Bank Bumiputera.
Skandal kewangan tersebut, tidak pernah selesai sehingga kini. Mahathir lepas tangan dan berkata, yang hilang adalah wang bank, bukan wang negara.
Portal Asian Correspondent mendedahkan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) telah menyahklasifikasikan 13 juta dokumen bagi membolehkan ditatap dan dibaca oleh orang awam di atas talian, termasuklah yang membabitkan SKANDAL BMF yang merupakan antara skandal kewangan terbesar di bawah pentadbiran Mahathir.
Skandal kewangan terbesar lain di bawah pentadbiran Mahathir termasuklah MAMINCO, PERWAJA dan FOREX.
Mahathir tidak pernah menjawab atau memberikan sebarang penjelasan berhubung skandal-skandal kewangan yang dilaporkan bernilai lebih RM100 bilion itu walaupun membuat penafian kosong.
Minggu lepas, CIA mendakwa, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka miliki, dalam tempoh terawal Mahathir berkuasa, Malaysia telah berhadapan dengan masalah rasuah dan salahguna kuasa yang sangat besar membabitkan bank yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Bank Bumiputera. Reputasi bank tersebut tercemar dengan operasi yang diragui. (TERUSKAN BACAAN DI SINI).
Justeru tidak menghairankan bagaimana Mahathir menjadi sangat kalut dan membuat pelbagai tuduhan serta dakwaan dengan hanya bersandarkan kepada hujah HEARSAY. Semuanya dilakukan untuk melindungi pendedahan yang dibuat oleh CIA.
Dan tidak menghairankan juga apabila Mahathir mula meniupkan semangat patriotik, sama seperti yang dilakukannya ketika Barry Wain membuat pendedahan menerusi bukunya, "The Malaysian Maverick' tentang pelbagai skandal dan penyelewengan di bawah pentadbiran Mahathir.
Skandal kewangan terbesar lain di bawah pentadbiran Mahathir termasuklah MAMINCO, PERWAJA dan FOREX.
Mahathir tidak pernah menjawab atau memberikan sebarang penjelasan berhubung skandal-skandal kewangan yang dilaporkan bernilai lebih RM100 bilion itu walaupun membuat penafian kosong.
Justeru tidak menghairankan bagaimana Mahathir menjadi sangat kalut dan membuat pelbagai tuduhan serta dakwaan dengan hanya bersandarkan kepada hujah HEARSAY. Semuanya dilakukan untuk melindungi pendedahan yang dibuat oleh CIA.
Dan tidak menghairankan juga apabila Mahathir mula meniupkan semangat patriotik, sama seperti yang dilakukannya ketika Barry Wain membuat pendedahan menerusi bukunya, "The Malaysian Maverick' tentang pelbagai skandal dan penyelewengan di bawah pentadbiran Mahathir.
9 comments:
KAHKAHKAH............So desperate.
Usaha lagi, kalau tak cybertrooper BN tinggal 2%!!!!
Sehari dua lagi kita skan mula diperdengarkan nyayian lagu patriotik oleh Tun supaya rakyat menolak campurtangan polis dunia..... terlupa dia sendiri menyanyi lagu berlirikkan media dan laporan barat...... Cuba Lagi
korek jgn tak korek..asal bukan 2.6 billion sudahlah...
Quote "the CIA said although there had been no direct connection found between Tun Mahathir and the banking scandal..."
Makna nya tiada direct connection antara Madey dan scandal bank.
Tapi scandal 1MDB sgt jelas, bertan2 bukti pembabitan Jlow dgn MO1. Malah mahkamah S'pura juga dgn jelas menunjukkan wang di salur ke akaun Jibby. Siapa Pak Arab, Eric Tan?
Anjing2 UMNOnok yak putus asa memfitnah!!
Spesis Anak Haram!!
taip2 malam, TV suku 3, heboh kan fasal beg plastic di Selangor & keburukan Madey...kah..kah..kah...
Berita ekonomi semua baik2 belaka...
Tak pula cerita fasal pebicaraan 1MDB di mahkamah Spura.
Tun boleh jawap satu persatu kes ini...no hal..
Bukan mcm Jibby kaki pembohong...
yg sedang kelam kabut membandingkan dakwaan cia dan doj tu, mesti belum lahir lagi masa kes bmf ni. agak2 nama bank bumiputera malaysia berhad pun tak pernah dengar.
aku ingat lagi masih kes auditor bank bumiputera di bunuh di hong kong dan kes ini mengegarkan kerajaan masa itu, beratur orang ramai untuk menarik keluar akuan mereka. sampai bank ini muflis.
ada yg berkata rm240billion itu boleh memuatkan sebanyak 7 buah treler. gitu lah hebatnya kes tersebut.
yg nak banding2 dgn najib tu cuba lagi. kes ini lg hebat lah...kah kah kah...
Melayu UMNO secaranya amnya sudah pun terjebak dlm aktiviti rasuah secara total kerana sikap bertanding secara adil tidak di tanam dari mula. Mereka sekarang ini hanya tertumpu memperbanyakkan harta. Kalau ini lah asas DEP yg dicanangkan oleh Razak, sebenarnya makluk Ni adalah sial betul kerana kita melihat akibatnya sekarang Negara ini dijual satu demi satu kpd PRC.
Post a Comment