Ramai yang menyalahkan individu tersebut. Malahan kecaman selain caci nista turut dilemparkan kepadanya.
Bagaimanapun individu tersebut telah memohon maaf dan memberitahu perkara sebenar. Dia terpengaruh dengan mesej-mesej di WhatsApp yang sampai kepadanya.
Sebenarnya, pegawai tentera tersebut (kalau benarlah dia seorang anggota tentera), tidak boleh dipersalahkan sama sekali. Sama seperti anggota polis, tanggungjawab dan taat setia mereka adalah kepada negara, bukan kepada pemimpin parti politik. Mereka bertindak berdasarkan keperluan negara, membabitkan keselamatan dan kesejahteraan negara, bukan seperti orang politik yang kebanyakan tindakan mereka lebih kepada keuntungan, kalau tidak peribadi pun, untuk kroni sebagaimana yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya.
Kenyataan Kapten Mohd Zulhelmi sebenarnya merupakan bahkan mewakili kebimbangan sebilangan besar anggota tentera yang terpinggir daripada maklumat sebenar isu-isu semasa negara.
Kapten Mohd Zulhelmi sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sama sekali. Maklumat tentang 1MDB dan pengambilalihan Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi oleh 1MDB sebenarnya telah diselewengkan. Bahkan sehingga ke saat ini pun, puak-puak berkenaan masih menggambarkan penutupan Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi itu adalah disebabkan NAJIB TELAH MENJUAL TANAH TERSEBUT KEPADA CHINA.
Ramai yang percaya dengan pembohongan tersebut.
Apa-apa sahaja berita tentang 1MDB lebih cenderung untuk diselewengkan dan difitnah oleh pihak pembangkang terutama sekali yang membabitkan Mahathir. Umum mengetahui, antara sebab utama Mahathir menentang 1MDB adalah kerana pencantasan dan penamatan kontrak serta tiada lagi kroni-kroninya yang terlibat dalam menguasai operasi 1MDB sepertimana yang mereka nikmati dalam pelbagai projek mewah kerajaan seperti 22 tahun Mahathir memerintah.
Maklumat-maklumat seperti itu kurang sampai dan kalau sampai pun, ia tidak begitu menarik untuk dibaca dan dicerna kerana kurang sensasi. Masyarakat Malaysia yang menerima hanya berita-berita sensasi, biasanya akan melihat berita seperti itu sepintas lalu, bahkan tidak membaca pun isi kandungannya.
Kapten Mohd Zulhelmi telah pun mengakui keterlanjurannya. Dia sedar implikasi yang akan diterimanya sedangkan pada masa yang sama, kenyataannya telah diviralkan dan dimanipulasikan oleh kaum pembangkang. Bahkan ada di kalangan mereka yang cuba menimbulkan persepsi kononnya Kapten Mohd Zulhelmi adalah salah seorang anggota tentera pro-pembangkang.
Dia tidak boleh dipersalahkan kerana penjelasan dan penularan maklumat sebenar tentang Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi yang diambilalih oleh 1MDB adalah TERLALU LEMAH dan dibuat secara sambil lewa sehingga mudah dimanipulasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Kapten Mohd Zulhelmi tidak bersendirian dalam hal ini. Bahkan ramai lagi yang tetap percaya Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi telah 'dirampas' oleh 1MDB untuk diserahkan atau digadaikan atau dijualkan kepada Republik Rakyat China!
4 comments:
Bekas menteri pertahanan pun membuat kenyataan yg paling bodoh dlm sejarah manusia.
Palauuhhhhhh
dah tahu awak tu berada dan berkeja dalam sektor keselamatan negara...sepatutnya jgn lah tulis benda ni dlm FB...
tak ada cerita lain ke nak tulis...??? sekarang kan dah susah...!!!
Kalau rasa boleh tersepit jgn keluarkan sebarang komen yang boleh menyusahkan diri, fikir dulu sebelum buat apa2. Dah tau sebarang komen boleh di eksploit oleh banyak pihakl, kenapa keluarkan juga. Tapi jika berani keluarkan komen, terimalan kesannya. Takyah dolak dalik. Fikir dan fikir dulu sebelum buat sebarang tindakan. Pangkat besar, akai kecik.
Yess..setuju anon 9:26 am
Post a Comment