Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 8, 2017

KENYATAAN TERBUKA ZULKIFKLI NORDIN KEPADA SHAHRIL SAMAD TENTANG SALAH LAKU DALAM FELDA!!!



Assalammualaikum.

Alasan alasan kenapa kami mahu Pengerusi Felda merombak Felda Technoplant @ FTP.

1. Terdapat 3 orang Pengurusan Tertinggi yang telah di cadangkan untuk dikenakan tindakan tatatertip oleh pihak Pengurusan Felda/ FTP. tetapi ianya telah dihalang oleh DG. Felda melalui arahan yang dikeluarkan secara bersurat oleh COO. FTP.

2. Sebanyak RM1juta duit levi Pekerja Asing telah gagal dikembalikan oleh pihak yang telah diberi tanggung menguruskan kemasukkan Pekerja Asing. Kegagalan ini telah menyebabkan beliau diberi surat tunjuksebab tetapi kes tidak diteruskan kerana ada arahan dari DG.

3. Pengurusan Tertinggi di FTP. telah bersengkongkol sesama sendiri dengan menaikan grad gaji 8 Orang Pegawai tanpa kelulusan pihak Tertinggi di Menara Felda. Kes juga telah dibatalkan atas arahan DG. Felda. Walau bagaimana pun semua 8 orang yang terlibat telah diarahkan membayar semula jumlah kenaikan gaji yang dibayar tanpa kelulusan Felda.

4. Ketidakcekapan seorang Pengurus Kanan FTP telah menyebabkan FTP telah disenarai hitamkan oleh CTOS dan ini menyebabkan ALP. FTP. termasuk Tan Sri Pengerusi Felda ketika itu telah disenarai hitamkan oleh CTOS.

5. Ketiga tiga Pengurusan Kanan FTP. ini yang pernah diberi surat tunjuk sebab malah ada yang pernah ditukar tetapi telah diambil semula bertugas dan ketika ini msh. bertugas di FTP malah telah diberi kenaikan gaji dan bonos oleh FTP/ Felda.

6. CEO. FTP telah berbohong dengan pihak kami JKB. SGK2F. bila mana tidak mengakui bahawa Penyata Hutang Peneroka dibawah tanggungjawabnya semasa diawal perjumpaan kami dengannya bulan April, 2015. Siasatan kami selepas itu mendapati bahawa beliaulah yang sebenarnya bertanggungjawab menjaga kewangan/ Penyata Hutang Peneroka sejak FTP. dibawah FASSB. lagi sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO FTP.

7. CEO. FTP telah gagal memberikan penjelasan kepada kami kenapa Penyata Hutang Peneroka tidak disediakan sejak 2003 lagi ? Setelah didesak barulah Penyata Hutang Peneroka dikeluarkan (setelah lebih 10 tahun) dan ianya amat meragukan kami dengan tercatat butiran lambakan hutang yang tinggi sehingga ada yang mencecah sehingga RM200K.

8. CEO. FTP gagal memberikan jawapan kepada kami terhadap kenyataannya sendiri kepada pihak kami berkaitan isu Penyata Hutang Peneroka 2005 hingga 2008 tidak dapat dikesan ! Beliau pada awalnya mohon agar Penyata Hutang yang hilang dikira pukul rata tapi kami membantah kerana ianya akan menganiaya emak ayah kami Peneroka Felda !

9. CEO. FTP. juga gagal menjelaskan kepada kami kenapa FTP. mengutip faedah 6,25% daripada Peneroka Felda sedangkan tercatat dalam perjanjian hanya 4% sahaja boleh dikutip oleh FTP. daripada Peneroka Felda.

10. FTP. juga gagal mengurus tadbir ladang Peneroka Felda dengan kaedah terbaik. Ini terbukti bila;

- Diakui sendiri oleh TS. Isa Samad Mantan Pengerusi Felda dalam Akhbar Sinar Harian pada Ogos, 2016 bahawa Urustadbir Ladang FTP. memang lemah.
- Hasil ladang yang jatuh menjunam sehingga Peneroka dilambakkan dengan hutang yang banyak.
- Aduan dari Peneroka dan anak anak Peneroka sendiri melalui FB. Group SGK2F dengan paparan gambar sebagai bukti dan disahkan oleh RGM dan Pengurus bahawa apa yang diadukan adalah benar!

Pihak kami telah menyerahkan segala bukti salahlaku diatas ke pihak SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, SGK2F. sangat berharap YB. Tan Sri dapat meneliti kenyataan kami diatas dan dapat bertindak segera mengatasi masaalah yang yang dihadapi oleh emak ayah kami Peneroka Felda yang telah ditimbulkan hasil dari kegagalan FTP. sendiri mengurustadbir ladang Peneroka Felda.

Cadangan kami adalah ROMBAK DAN SUSUN SEMULA FTP. !

Terima kasih.

Yang Ikhlas

Dato' Zulkefli b. Nordin
Penasihat SGK2F.
zn8055boss@hotmail.com
Whatsapp 0126071158.

@ Felda Soeharto


2 comments:

Ricesaffron@gmail.com said...

Apa Sharil boleh buat.? SOS pd MOF,,
Belum ada bukti Shahril berjaya dalam bidang dan kementerian yg pernah di terajui,,
Hanya berjaya dpt RM1juta dari PM yg di akui sendiri olh PM
Felda dah hancur,, pengurus pentakbiran dan kewangan Felda hanya budak budak muda yg tiada pengalaman
Jadi tukang angguk,,, macam main main pondok,,,
Felda terlalu banyak anak sykt,, Sebenarnya Felda sudah terkeluar dari landasan penubuhan Felda,,
Tengok pegawai pegawai felda yg bermewah... Nauzubillah....
Gatrie bila lagi nak goyang hutang pun blh tahan,, tun musa tak mahir cari keuntungan sykt berpolitik boleh lah

megat panjialam said...

Saffron rice. PM telah memberikan kepercayaan dgn melantik TS Sharil sbgai Pengerusi FELDA. Anda siapa utk pertikaikan perlantikan ini sdgkan masa sama anda sendiri gagal membezakan antara TADBIR DAN TAKBIR. Siapa anda utk menghakimkan org lain yg telah dilantik sdgkan ayat anda sendiri lintang-pukang. Muhasabah diri.

 
Blogger Templates