Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 9, 2017

LAGI TANGKAPAN MEMBABITKAN PEMILIKAN MYKAD PALSU OLEH WARGA ASING... KENAPA TAK BERKURANG, TAPI MAKIN BERTAMBAH?



Operasi OPS ID telah dijalankan di dua (2) lokasi sekitar Segambut, Kuala Lumpur oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Ibupejabat Putrajaya hasil daripada aduan awam.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Mohd Yazid bin Ramli menyatakan hasil pemeriksaan di Pos Pengawal sebuah pangsapuri di sini telah menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki memiliki Kad Pengenalan milik seorang warganegara Malaysia. Ini merupakan tangkapan yang ketiga di lokasi yang sama selepas OPS ID tahun 2016.

Individu yang ditahan telah mengaku berasal dari Sabah dan didapati beliau memiliki Kad Pengenalan milik seorang warganegara Malaysia yang beralamat di Sabah. Hasil siasatan lanjut telah membawa pengakuan individu berkenaan mengaku berasal dari Filipina dan berusia 33 tahun dan baru sebulan berada di Malaysia.

Pemeriksaan di lokasi kedua telah dijalankan di sebuah pangsapuri dan telah menahan sepasang warganegara Filipina masing-masing berusia 41 dan 32 tahun yang disyaki menggunakan Kad Pengenalan palsu sebagai pengenalan diri.


Semasa pemeriksaan dijalankan, pasangan ini cuba untuk melarikan diri melalui pintu belakang rumah yang didiami setelah menyedari kehadiran Pegawai Penguatkuasa JPN. Walau bagaimanapun, kedua-duanya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati mereka menggunakan Kad Pengenalan palsu untuk bekerja di Malaysia yang masing-masing bekerja sebagai pekerja binaan dan pembantu restoran di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.

Pasangan ini juga mendakwa mendapat Kad Pengenalan palsu tersebut di Kota Kinabalu kira-kira 2 bulan lepas dengan harga RM1,200 setiap satu.

Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 25(1)(o) dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana Memiliki kad pengenalan milik orang lain dan menggunakan Kad Pengenalan palsu sebagai pengenalan diri yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Ketua Pengarah JPN menegaskan JPN akan berterusan menjalankan pemeriksaan secara mengejut di mana-mana lokasi yang disyaki terdapat warga asing yang menyalahguna serta memalsukan dokumen rasmi JPN terutamanya Kad Pengenalan yang berleluasa sekarang ini.

Beliau juga menasihatkan agar Syarikat Kawalan Keselamatan lebih berhati-hati dalam pemilihan dan pengambilan pekerja bagi memastikan pekerja mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan oleh JPN.


2 comments:

Anonymous said...

apakah terdapat lompong dan ketirisan yang sukar ditutup? apakah hukuman tidak mampu menyedarkan pesalah? atau predator terlalu materialistik hingga tidak pedulikan apa hukuman yang bakal menanti?

Anonymous said...

Kat kawasan Pandan dan Ampang pun sama..ramai Indon dan Filipna tapi mengaku orang Sabah sbb percakapan orang Indon dan Filipina kan mcm orang Sabah...pergilah buat ambush kat pprt kat kawasan Cheras indah dekat ngn sek keb cheras indah...ramai mereka menyewa kat situ...dan ada pusat sukan dijadikan markas utk mereka brniaga ada bukak kedai makan..kedai runcit.tak caya...saya yahulah sbb saya.duduk di kawasan..berhampiran...dah tahu sangat

 
Blogger Templates