Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 5, 2017

PERLANTIKAN SEBAGAI PAKAR STRATEGI DAP BUKTIKAN DAP ADALAH BOSS PKR!!!



Perlantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai Pakar Strategi DAP yang bekerja sebagai Penasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tugasnya ialah menangani isu-isu kaum Melayu dan Islam di Pulau Pinang selain memastikan strategi DAP meluaskan pengaruh di kalangan orang Melayu-Islam di seluruh Malaysia.

Secara tidak langsung, Zairil Khir Johari dan Mat Sabu yang sebelum ini ditugaskan untuk menangani masalah sokongan Melayu kepada Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang, telah gagal dalam menjalankan tugas mereka.

Pulau Pinang sedang mengalami perubahan yang sangat besar termasuklah komposisi kaum. Kawasan-kawasan yang dahulunya merupakan majoriti Melayu, kini telah ditukar. Perkampungan-perkampungan Melayu telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah pangsa yang bernilai lebih RM600 ribu, yang sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu Pulau Pinang.

Suara-suara lantang masyarakat Melayu dan India Pulau Pinang selain pendedahan demi pendedahan rancangan kotor DAP di bawah Lim Guan Eng, telah menyebabkan satu strategi baru diperlukan bagi menangani masalah tersebut.

Saifuddin Nasution dianggap orang yang paling layak untuk mengatur strategi tersebut bagi pihak Lim Guan Eng dan DAP memandangkan Saifuddin sendiri adalah orang Melayu, pernah berada dalam saf kepimpinan UMNO yang sudah tentu dibekalkan dengan taktik dan maklumat untuk menangani setiap masalah mikro orang Melayu, selain turut pernah berada di dalam PAS dan seterusnya PKR di mana keseluruhan kemenangan dan keberadaannya di dalam politik adalah bertunjangkan orang Melayu.

Berbanding Mat Sabu dan Zairil Khir Johari, Saifuddin Nasution mempunyai akses yang lebih besar memandangkan dia adalah Setiausaha Agung PKR.

Tahniah buat Saifuddin Nasution yang telah menjawat jawatan Pakar Strategi DAP walaupun pada masa yang sama, dia adalah Setiausaha Agung PKR. Bekerja untuk dua parti yang berlainan, bukanlah sesuatu yang asing kepada Saifuddin Nasution!


4 comments:

Anonymous said...

Berapa pulak dia dibayar utk menjadi penkhianat bangsa dan agama???

Anonymous said...

Pakar Saraf seperti kebiasaannya, taklah mampu membawa kemenangan yang besar. Ciput aja. Sebenarnya ada satu pakar yang mampu menmgubah nasib parti cauvinist tetapi tak terfikir oleh 'anjing suruhan' dan cai-cai yang ada. Kalau pakar yang satu ini di pilih dan bukannya si Mamat ini, bolehlah dijamin kemenangan 99.9% di PRU 14. Apapun saya simpan dulu nama pakar ini sebagai rahsia bernilai tinggi. Hanya tawaran tertinggi akan berjaya mendapatkan rahsia berkenaan. Kik kik kik.

Anonymous said...

Berkerja utk dua parti mmg tak jadi hal utk si kitol ni. Dulu pun dia ni jadi penjilat tegar kepada Raja Liwat @ Raja DUA ALAM.

Johan said...

Azmin patut lantik LGE lancau sebagai penasihat strategic Selangor pulak.

 
Blogger Templates