Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 29, 2017

"SILAKAN SAMAN PRESIDEN DAN PAS SEKALI, KIT SIANG!" - KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS!!!



Lim Kit Siang mungkin mendapati sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan sambutan yang paling tidak menyeronokkan. Bukan sahaja Lim Kit Siang dapat melihat sendiri bagaimana para penyokong DAP yang begitu berleluasa di media-media sosial sudah mula surut dan susut walaupun PRU-14 semakin hampir, bahkan magiknya juga turut hilang selepas dia berbaik-baik dengan Mahathir.

Ancamannya untuk menyaman Presiden PAS, rupa-rupanya bukan sahaja tidak ditakuti malah dia dicabar agar mempercepatkan proses saman.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memang menanti-nantikan saman Lim Kit Siang ke atas Hadi Awang. Ini akan memudahkan PAS untuk menterjemahkan dan merangkan kepada mahkamah apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP terhadap umat Islam.

"Tolonglah, Kit Siang. Saman Hadi. Kit Siang memang anti-Islam. Dia telah melampau batasan dalam menentang pindaan usul Mahkamah Syariah sekaligus menentang Islam di negara ini," kata Khairuddin.

"Kami mencabar Kit Siang untuk memanjangkan perkara ini ke mahkamah. Tolonglah saman. Kami akan mendedahkan semuanya tentang tindakan DAP menentang Islam," kata Khairuddin lagi.

Menurut Khairuddin, PAS seblum ini mrupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat sebelum DAP yang anti-Islam bertindak menyingkirkan PAS.

"Terpulanglah kepadanya untuk menafikan perkara ini. Semua tindakan DAP, walaupun sepanjang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat, menunjukkan mereka anti-Islam. Itulah yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat."

Menurut Khairuddin, daripada penggunaan Kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, isu pemelukan agama Islam oleh si bapa yang dibenarkan di bawah Perlembagaan sehinggalah ke beberapa isu lain, semuanya menunjukkan penentangan dan sikap anti-Islam Lim Kit Siang serta DAP.

"Setiap kali wujud tindakan untuk memperkukuhkan Islam, Kit Siang akan cucuk dan buat provokasi," kata Khairuddin lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pula menyelar Lim Kit Siang dan menyifatkan pmimpin supremo DAP itu sebagai orang yang TIDAK TETAP OTAK. Malah dia juga menyifatkan pelan dan strategi DAP sebagai 'Strategi Serba Tak Menjadi'.

Keinginan dan cita-cita DAP untuk memusnahkan PAS awal-awal lagi telah dipatahkan apabila kelompok pemimpin PAS yang menyembah DAP kecundang dalam pemilihan parti setelah akar umbi PAS memilih untuk wala' kepada Presiden PAS.

DAP kecundang ketika berasakan PAS akan hancur apabila pemimpin-pemimpin PAS pro-DAP memilih untuk keluar parti dan menyertai PAN yang ditubuhkan oleh DAP berketuakan Mat Sabu.

Sama seperti Khairuddin, Nasruddin juga mencabar Kit Siang agar menyaman Presiden PAS!

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Hisdup islam.
Hidup PAS.
Kira cabar bapak kapir laknatullah saman.
Pas skrg. Bukan pas dulu

Anonymous said...

Biar lks saman. Bnyk akan trdedah di mahkamah nanti.

Anonymous said...

JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...

Anonymous said...

KES FOREX BILA BANK NEGAEA YG RUGI 30 BILLION MASIH TIADA SIASATAN DIJALANKAN.. INI YG DATUK MURAD JELASKAN DI MEDIA ARI INI... KES FOREX TIDAK MELIBATKAN WSJ...DOJ...FBI...CIA...SWISS BANK..SPORK BANK.. PANAMA NEWS...LGBT DAN GAY

DATUK MURAD WARGA MALAYSIA. .. ANAK BINI DUDUK DI MALAYSIA... MAMAK KUTTY...ALJUBOORI DAN TUN DAIM KENAPA DIAM...?
... SAMAN SEGERA DATUK MURAD ....
BMF KES BAILOUT PERTAMA YG MERAGUT NYAWA SYUHADA ABD JALIL DAN KES FOREX JUGA DI LAKUKAN OLEH PENYANGAK DAN BARUA YANG SAMA... ADAKAH NASIB DATUK MURAD SEPERTI ARWAH SYUHADA ABD JALIL... RAKYAT BIASA YG JADI KORBAN SI PENYANGAK DAN BARUA SENANG GAMPANG 7 KETURUNAN......

 
Blogger Templates