Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 6, 2017

TAK BERANI TAKUT DILONDEHKAN TUNKU AZIZ, KIT SIANG MEMILIH UNTUK SAMAN MEDIA YANG MENYIARKAN KENYATAAN TUNKU AZIZ!!!



Yang mencabar dan membuat pendedahan adalah Tunku Abdul Aziz tetapi Lim Kit Siang memilih untuk menyaman Utusan, NST dan mana-mana media massa serta elektronik yang menyebarkan 'berita palsu' tentang pakatan rahsianya dengan Mahathir. 

Alasan yang diberikan oleh Lim Kit Siang ialah, dia tidak berminat hendak berurusan dengan orang yang disifatkannya telah hilang kehormatan, kredibiliti dan tidak layak dihormati seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. 

Pada 3 Disember, Tunku Abdul Aziz telah mendakwa wujudnya pakatan rahsia antara Kit Siang dan Mahathir untuk mengangkat Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang PRU-14 nanti.

Serentak dengan itu, Tunku Aziz turut mencabar Kit Siang dan Mukhriz untuk membuat akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan tersebut atau menyamannya sekiranya tuduhan itu adalah fitnah. 

Justeru, apabila Kit Siang memilih hanya untuk menyaman media kerana menjadi pengantara tetapi TIDAK BERANI LANGSUNG MENYENTUH TUNKU ABDUL AZIZ yang pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP selama 3 tahun dari 2009 sehingga 2012, adalah sesuatu yang amat menggelikan hati.

Timbul persoalan, mengapa Kit Siang lebih berminat untuk mengenakan media yang hanya melaporkan tuduhan Tunku Abdul Aziz, tetapi langsung tidak berani untuk berhadapan dengan Tunku Abdul Aziz. (RUJUK SINI)

Adakah satu kesalahan bagi media untuk melaporkan sebarang tuduhan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap DAP?

Mengapa DAP terlalu takut dengan sebarang laporan atau tuduhan negatif yang dibuat oleh sesetengah pihak kepada mereka terutama sekali yang membabitkan batang tubuh Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng?

Sedangkan pada masa yang sama, mereka pula bebas membuat sebarang tuduhan ke atas orang lain, terutama sekali UMNO dan para pemimpinnya, khasnya Najib Abdul Razak. Media telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk menghalalkan sebarang tuduhan ke atas pemimpin UMNO dan UMNO sendiri. 

Tindakan Najib Abdul Razak menyaman Malaysiakini kerana dua artikel fitnah, bukan sahaja dikecam oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, bahkan beberapa aktivis dan pro-DAP bukan main lagi menuduh Najib cuba menyekat dan menyerang kebebasan media.

Tetapi dalam kes Lim Kit Siang, semua yang lantang bersuara itu, tiba-tiba sahaja senyap sunyi!

Sebelum ini, Lim Guan Eng telah menyerang media-media berbahasa Cina dan mempersoalkan mengapa akhbar-akhbar tersebut enggan menyiarkan kenyataannya, bahkan mempersoalkan mengapa berita tentang dirinya tidak diletakkan pada muka hadapan akhbar masing-masing.

Pengarang Sin Chew kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan memberitahu Lim Guan Eng, dia tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa atau apa yang harus disiarkan oleh akhbar tersebut.

Kit Siang sendiri, setahun lepas telah bersungguh-sungguh menyatakan, dia akan menyaman Ketua Penerangan PAS kerana mendakwa DAP telah diberikan RM1.2 bilion sebagai pertukaran mendapatkan kemudahan pangkalan laut di Port Dickson kepada Israel sekiranya DAP memenangi Kerajaan Pusat pada PRU-13. (RUJUK SINI)

3 comments:

Anonymous said...

Mana-mana profesional memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki boleh digunakan secara positif tapi ada juga yang menggunakannya pada jalan yang salah dan songsang bagi mengenakan orang lain. Apa yang boleh mengubah sikap ini? Tak ada apa-apa yang boleh menukar sikap insan sebegini melainkan bakal mangsa harus berhati-hati agar insan tadi tidak mudah mengenakan mangsanya di masa-masa depan.

Anonymous said...

Kata nakkan demokrasi tulen tapi dok gegalak saman sana dan saman sini. Kalau itulah gayanya, setanjaknyalah dinamakan parti cakap tak serupa bikin (PCTSB). Meskipun sikap PTCSB bakal memeberikan impak negatif pada reputasi dirinya namun di sisi yang lain pulak PCTSB menggunakan kelembutan lidah apabila mahu berbuat baik atau bertahaluf siyasi dengan siasapa yang dimahukan. Makanya atas sebab itulah PCTSB sentiasa ada kawan baru selepas kehilangan satu kawan. Waima seteru yang paling besar akhirnya jadi kawan jua. Tiada yang aneh kerana pepatah ada mengatakan insan yang tersedak tak nampak apa-apa kecuali kemampuan dalam melegakan ketersedakan. Siapa yang mampu akan ditagih tangannya itu. Lain-lain karekter akan ditolak ketepi oleh si tersedak. justeru betullah apa yang diulang-ulang selama ini iaitu: "Melayu mudah lupa". wakakaka

Anonymous said...

Takkan berani punya Dap nk saman Tunku Aziz tu...nanti tersembur banyak lgi rahsia Dap. Mana pembela Dap di kalangan Pan..belalah Dap tu.

 
Blogger Templates