Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 4, 2017

TANDA TANYA BAHRI LETAK JAWATAN... SRC-NAJIB, MAHATHIR-488 SYARIKAT ATAU KOLEJ KIST?!!!



Selepas netizen menviralkan senarai lebih 400 buah syarikat yang dimiliki Mahathir dan empat orang anaknya, reaksi yang diberikan oleh para penyokong Mahathir amat menyedihkan. Senarai syarikat dengan nombor pendaftaran dan beberapa netizen pula mendedahkan sijil SSM yang menunjukkan pegangan saham Mahathir di dalam beberapa buah syarikat yang wujud semasa dia masih menjadi Perdana Menteri dan diketahui mendapat projek mewah Kerajaan, langsung tidak mendapat reaksi.

Kecuali lima infografik yang terdapat beberapa pengulangan nama syarikat sahaja yang cuba dijadikan hujah. Hujah bahawa senarai tersebut boleh direka oleh musuh Mahathir (baca: sibertruper UMNO) langsung tidak meyakinkan memandangkan rujukan tentang syarikat tersebut boleh dibuat berdasarkan nombor pendaftaran syarikat yang turut diberikan.

Dalam ketika inilah, Bahri Mohd Zin, Ketua Bahagian Operasi Khas SPRM membuat keputusan bersara awal.

Ada tiga laporan selain satu penafian yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam tempoh tidak sampai 24 jam.


Laporan pertama menyebut, Bahri meletak jawatan kerana kecewa kes SRC tidak disiasat dan Najib Abdul Razak tidak diambil tindakan. (RUJUK SINI)

Kenyataan pertama itu kemudiannya disokong oleh Malaysiakini yang menyebut sumber mereka adalah daripada Bahri sendiri berbanding 'sumber terdekat SPRM' oleh FMT. (RUJUK SINI)


Laporan ketiga pula menyebut, Bahri meletak jawatan kerana kecewa apabila Mahathir dan anak-anaknya didedahkan memiliki lebih 400 buah syarikat termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Laporan itu juga menyebut, seandainya benar Bahri kecewa dengan kes SRC, sepatutnya dia meletakkan jawatan tahun 2015, bukannya penghujung tahun 2016. (RUJUK SINI)


SPRM kemudiannya membuat kenyataan rasmi yang mengatakan, Bahri telah menafikan dia mengeluarkan kenyataan kecewa dengan kes SRC sebagai punca dia melepaskan jawatan. (RUJUK SINI).


Dalam percanggahan-percanggahan tersebut, Bahri kemudiannya dilaporkan oleh Malaysiakini berkata, dia tidak seharusnya dicabar kerana dia tahu semua penerima dan pemberi rasuah. (RUJUK SINI). Walau bagaimanapun, dalam laporan tersebut, Bahri telah mengesahkan dia meletakkan jawatan kerana tidak betah lagi dengan UNDANG-UNDANG SARANG LABAH-LABAH dan menyelar pihak media serta Menteri yang telah mengadilinya secara 'separuh masak' dan tidak mengambil kenyataan daripadanya sendiri, Bahri tidak mengulas langsung tentang kenyataan rasmi SPRM membabitkan dirinya.

Portal MyNation pula mempersoalkan tentang kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Portal berkenaan menyatakan, FMT mempunyai asas yang kukuh kerana mempunyai printscreen perbualan Bahri yang menyebabkan perletakan jawatannya. (RUJUK SINI)


Bagaimanapun, portal tersebut juga mempersoalkan sikap Bahri yang cuba mendahului kuasa pendakwaraya yang tertakluk kepada Perkara 143 (5) yang perlu sentiasa dipatuhi dan tidak boleh dikompromi oleh mana-mana agensi penguatkuasa di mana sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan pendakwaan menjadi tidak sah dan terbatal.

Contoh PRECENDENCE yang diberikan adalah membabitkan kes PDRM vs Chua Choo Kian pada tahun 1988 di Mahkamah Tinggi Melaka yang berakhir dengan pembebasan lelaki berkenaan daripada dakwaan kesalahan pemilikan dadah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya apabila PDRM membuat keputusan mendakwa tertuduh dengan mengabaikan kuasa Pendakwaraya.

Januari tahun lepas, Bahri mendahului kuasa Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim apabila mengeluarkan kenyataan, SPRM akan membuat rayuan keputusan Peguam Negara membebaskan Najib Abdul Razak daripada sebarang pendakwaan.

Tan Sri Abu Kassim kemudiannya bersara daripada jawatannya dan digantikan oleh Dzulkifli Ahmad pada Jun 2016.


Isu Bahri dan Kolej KIST Kelantan yang direbutkan oleh isteri keduanya dengan ipar isterinya, mendapat perhatian apabila dua laporan polis yang dibuat oleh ipar isterinya itu, tidak diambil tindakan oleh polis.

Portal Malaysia Today milik RPK mendedahkan:

Isteri keduanya yang bernama Haslina dikatakan telah merampas Kolej KIST yang dimiliki abangnya daripada kakak iparnya. Malah bersumpah tidak akan memberikan sesen pun kepada kakak iparnya yang bernama Noraihan Che Ali. Haslina kemudiannya didakwa telah meminta Bahri mengarahkan orang-orangnya (SPRM Putrajaya) melakukan serbuan ke rumah dan pejabat Noraihan bagi menghalang Noraihan daripada memasuki premis-premis berkenaan. (RUJUK SINI)






Insiden tersebut telah menyebabkan Noraihan membuat laporan polis ke atas Bahri dan Haslina di Balai Polis Kota Bharu pada 21 Februari 2016. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan daripada polis berhubung laporan berkenaan.

Timbul pula persoalan, adakah persaraan awalnya itu ada kena-mengena dengan kes Kolej KIST apabila dia dan isteri keduanya didakwa telah menyalahgunakan kuasa awal tahun lepas.


4 comments:

Anonymous said...

Masalah peribadi pun melonggok camana nak settle masalah negara

Ted Manoff said...

Untong bini boleh banyak tikam merata2

Anonymous said...

Kakak ipar yang teraniaya tu...akhirnya termakbul doanya.
Kesiankan...mentang2 laki orang kuat Sprm...hbis diganyangnya kakak ipar tu

Cencaluk said...

Dengan jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak telus kerana mengetahui adanya jenayah tetapi membiarkan.

Adakah beliau mendapat laba?

Atau beliau membiarkan jenayah sebagai POLISI sekiranya dalam kesusahan?

Apa-apa pun apa yang dilakukan adalah salah dan bertentangan dengan integriti sebagai seorang yang berkuasa dlm SPRM

Ada sesiapa yang boleh membuat laporan POLIS sebab Dia dah kantoikan diri sendiri.

 
Blogger Templates