Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 16, 2017

DAH JADI SEKUTU PUN, KIT SIANG TETAP KATA MAHATHIR ADALAH BLACK-OPS UMNO-BN!!!



Kesian betul Mahathir!

Dulu-dulu masa dia melawan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian disingkirkan dari UMNO setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail mengesan tindakan Mahathir yang akan memusnahkan UMNO kerana keserakahannya, Mahathir lari ke pentas PAS untuk berceramah. Begitu juga ketika Mahathir marahkan Abdullah Badawi sekali lagi Mahathir ke pentas ceramah PAS untuk berkempen menjatuhkan Abdullah Badawi. 

Tetapi selepas itu, Mahathir kembali menghentam PAS macam tak ingat dunia. 

Sekarang, apabila Mahathir mahu menunggingkan Najib, Mahathir tidak berpaling kepada PAS seperti kebiasaannya walaupun rekod telah menunjukkan, dua kali dia di pentas PAS, dua kali jugalah dua orang Perdana Menteri turun dan meletak jawatan. 

Sebaliknya Mahathir berpaling kepada Lim Kit Siang dan DAP, entiti yang suatu ketika menjadi bahan kempennya agar orang Melayu terus memberikan kuasa kepadanya. 

Ada yang berkata, Mahathir sengaja tidak mahu menggunakan pentas PAS lagi kerana tidak mahu Najib jatuh, sebaliknya menggunakan DAP dalam usaha menjahanamkan Pakatan yang diketuai oleh DAP dari dalam. 

Barangkali atas sebab itulah juga, Lim Kit Siang menulis di dalam blognya (RUJUK SINI) dan menyalahkan Barisan Nasional kerana menghantar serta melaksanakan operasi black-ops ke atas partinya dalam usaha menghancurkan DAP. 

Kata Lim Kit Siang, para pemimpin dan tukang propaganda telah 'diupah' untuk menghasilkan politik ugutan, kebencian dan pembohongan, membabitkan menteri-menteri dan bahkan Perdana Menteri sendiri.

"Kami melihat operasi black-ops yang sangat bercita-cita tinggi oleh para pemimpin dan tukang propaganda UMNO-BN untuk memusnahkan DAP sepanjang tempoh empat dekad," kata Lim Kit Siang di dalam sidang medianya yang paling pendek.

40 dekad? 40 tahun?

Eloklah Kit Siang dan Mahathir bergabung... mereka berdua sama-sama nyanyuk!

Selama ini, DAP selalu mengejek-ngejek MCA, MIC dan GERAKAN kerana 'berabang-besarkan' UMNO. Bertahun-tahun ejekan tersebut dibuat, sehingga ramai pemimpin MCA, MIC dan GERAKAN terutama yang berbangsa Cina menjadi rendah diri dan kemudian bertindak lebih DAP daripada DAP yang akhirnya menyaksikan mereka kehilangan undi-undi Melayu.

Anehnya, apabila BN mengatakan DAP adalah ketua atau taukeh sebenar Pakatan, Kit Siang mengomel tentang black-ops dan propaganda. 

Walhal, Mahathir sendiri mengatakan DAP adalah parti terbesar dalam Pakatan dan kerana itulah, dia mahu bekerjasama dengan DAP untuk menumbangkan Barisan Nasional berbanding bekerjasama dengan PAS.

Tambahan pula, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua yang kuat menyokong kumpulan pengganas, P.Ramasamy yang kini mempunyai nama timang-timangan, Dramasamy, bercakap besar kononnya DAP adalah parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO.

Habis semua orang Kit Siang nak salahkan. Sehinggakan Mahathir yang menjadi rakan sekutunya pun, dia kata black-ops UMNO juga. Namun, melihat kepada apa yang berlaku kebelakangan ini, terutama yang membabitkan anak lelakinya, Lim Guan Eng yang sangat cerah bakal dipenjarakan kerana rasuah dan salahguna kuasa, selain perpecahan Pakatan dan kegagalan mendapatkan sokongan daripada PAS, tidak hairanlah kalau sel-sel otak tua Kit Siang yang cukup tebal dengan kebencian terhadap Melayu, Bumiputera dan Islam sehinggakan slogan Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh Lee Kuan Yew, masih dipegang kukuh sehingga kini. 

Ada juga yang berpendapat, Kit Siang mengakui kekalahan tentera-tentera siber upahannya yang dikenali sebagai RBA. Namun lebih ramai yang berpendapat, RBA sebenarnya masih sama seperti dahulu, cuma mereka agak takut kerana beberapa tindakan yang diambil oleh SKMM dan PDRM membuatkan mereka lebih berhati-hati dan tidak lagi agresif seperti sebelum ini.

Pun begitu, ramai pula yang berpendapat, Kit siang sengaja berbuat begitu dengan harapan, akan menimbulkan kepercayaan, DAP sudah lemah dan serangan terhadap DAP tidak perlu dilakukan lagi.

No comments:

 
Blogger Templates