Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 13, 2017

DIPERINTAH BAYAR RM70,000 KERANA FITNAH FELDA, WAN AZIZAH HILANG KERUSI DUN KAJANG DAN PARLIMEN PERMATANG PAUH?!!



Jumlah denda yang dikenakan kepada Wan Azizah dan dua yang lain kerana memfitnah FELDA hanyalah RM70,000. Jumlah tersebut terlalu kecil berbanding kerosakan yang telah dilakukan oleh Wan Azizah, Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat.

Dinisbahkan dengan masa selama 7 tahun sebelum keputusan Wan Azizah dan dua orang itu melakukan fitnah, jumlah denda yang dikenakan sebenarnya terlalu kecil dan langsung tidak berbaloi dengan kerosakan serta kejahatan yang telah dilakukan.

Secara tidak langsung, daripada kerosakan dan kerugian yang beratus juta ringgit kesan daripada fitnah yang dibuat, gantirugi yang diputuskan oleh mahkamah, hanyalah RM10,000 setahun. 

Tidak hairanlah mengapa para pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli langsung tidak takut dan jeran dengan tindakan undang-undang. Mungkin mereka berasakan mahkamah akan 'menyebelahi' mereka sekiranya diheret ke mahkamah. 

Wan Azizah dan kedua-dua orang telah disaman berhubung dua artikel dan tuduhan fitnah oleh PKR pada tahun 2010 yang bertajuk, "FELDA Bankrap' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan 3 Individu' yang disertai sekeping gambar yang disertakan kapsyen 'Kontrovers'. 

Pembohongan dan penipuan serius selama 7 tahun rupa-rupanya hanya bernilai RM70,000 atau kurang RM10,000 setahun, kurang separuh daripada elaun dan gaji tidak bercukai bulanan Ahli Parlimen. 

Perkara yang sama berlaku kepada Rafizi Ramli yang didenda RM300,000 kerana membuat fitnah ke atas NFC 'Lembu Dalam Kondo' yang mengambil masa selama 5 tahun untuk diselesaikan. Rafizi hanya perlu membayar RM60,000 setahun sedangkan pada masa yang sama, industri tersebut telah diranapkan dan kerugian kepada NFC bernilai berbilion Ringgit.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berterusan berlaku, bahkan ia seperti memberikan sokongan dan galakan kepada para penfitnah terutama di kalangan pembangkang untuk meneruskan perbuatan jahat mereka. 

Sama ada hakim atau mahkamah awam, seharusnya mengenakan denda dan penalti yang lebih berat atau memberikan keputusan kehakiman secara lebih pantas dalam tempoh 6 bulan atau kerajaan perlu mengubah atau memperkukuhkan undang-undang bagi memudahkan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap jenayah fitnah, termasuklah hukuman penjara yang perlu dijalani terutama sekali bagi golongan yang memperemehkan kepercayaan terhadap institusi awam atau mensabotaj ekonomi negara.

Jumlah wang dan masa yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membuat penjelasan mahupun menafikan fitnah-fitnah liar Pakatan jauh lebih tinggi berbanding denda yang dikenakan. Apatah lagi rakyat Malaysia hanya mengetahui perkara sebenar 5 atau 7 tahun kemudian.

Apa pun, satu perubahan drastik perlu dilakukan atau pembangkang dan penfitnah akan berterusan menipu dan membuat pelbagai tuduhan liar. Apabila keputusan seperti yang diputuskan hari ini dibuat, kerosakan sudah pun berlaku dan sudah pun terlambat untuk memperbetulkannya semula.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika taksiran ganti rugi dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili plaintif manakala peguam Francis Pereira mewakili Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel tersebut Rusnizam Mahat selaku defendan.

Pada 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR ‘Suara Keadilan’.

Nor Emelia ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan kesemua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua defendan membayar faedah 8 peratus dari tarikh penghakiman pada 17 Okt 2014 hingga penyelesaikan kes itu hari ini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Pada 30 Sept 2014, bekas editor ‘Suara Keadilan’, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu.

Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh ‘Suara Keadilan’ dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.


4 comments:

SolitaireHunter said...

Sama bengapnya dgn Hj Hadi.. x dpt dpt beakan kes sivil dan jenayah

Anonymous said...

Hadi ok je..
Jijah.. hmmm.. dlm parlimen.. mcm tak tahu punca bila bercakap.. what a joke as an ahli parlimen.. she is not fit/tak layak jadi pemimpin.. period!

Unknown said...

Lain kali waspada bila bckp.. Gunakn otak !! Bukan guna lutut atau niat nk pancing undi..

Anonymous said...

Betullah itu Felda nak bankrup kena jual aset utk hidup.

 
Blogger Templates