Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 19, 2017

KESIAN PUAK-PUAK LIBERAL UMNO YANG SEKARANG JADI PENTAKSUB MAHATHIR... MACAM BERUK KENA GIGIT KERENGGA GARA-GARA RUU355!!!



Era UMNO di bawah pentadbiran dan pengaruh Mahathir kian hilang ekoran ramai pentaksub-pentaksub Mahathir, bakan pemimpin-pemimpin UMNO ternakan Mahathir, menyeberang untuk bersama-sama Mahathir dalam Cap Bunga bagi menggulingkan Najib, sekaligus meneruskan dasar Mahathir yang mengagih-agihkan kekayaan negara kepada sekelompok kecil proksi, anak-anak dan kaum keluarganya sahaja.

Namun yang paling penting, era UMNO dilihat sebagai penentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam yang dibawa oleh PAS, sedikit demi sedikit dihakis menerusi pentadbiran dan sikap lebih terbuka Presiden UMNO yang baru.

Walaupun di sebalik pelbagai tohmahan dan fitnah, kepimpinan utama PAS yang sekarang ini diketuai oleh Abdul Hadi Awang tanpa bayangan Allahyarham Nik Abdul Aziz yang dibayangi pula oleh Husam Musa, mula membuka pintu kepada kerjasama bahkan sikap mesra yang tidak pernah wujud pada zaman pentadbiran 22 tahun Mahathir.

RUU355...


Ia adalah salah satu daripada beberapa himpunan sebelum ini yang menggandingkan UMNO dan PAS walaupun tidak dibuat atau diisytiharkan secara rasmi. Malah ianya jauh lebih besar berbanding pertemuan antara Mahathir dan Allahyarham Fadhil Noor hampir dua dekad lalu dalam isu Palestin. Himpunan kali ini jauh lebih berjaya kerana ia melibatkan akar umbi berbanding hanya dua orang pemimpin tertinggi bergambar di hadapan wartawan dan jurugambar.

Maka sudah pastilah, bekas-bekas pemimpin UMNO yang memperlekehkan Najib, tidak senang dengan kejayaan Najib menyatupadukan umat Islam daripada dua fikrah politik yang berbeza. Di sebalik hujah kononnya, orang PAS mahupun orang UMNO akan kekal bermusuhan dengan undi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti selain parti sendiri, kemesraan antara pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hanyalah bersifat plastik.

Bahkan mereka cuba mempertahankan LEGASI MAHATHIR yang menentang apa-apa sahaja berkaitan memperkukuhkan dan memperkasakan kedudukan Islam di negara ini dengan gambaran gandingan NAJIB-HADI cuba mengislamkan Malaysia dan membawa Malaysia untuk menjadi sebuah negara 'SAUD' yang menggunakan hukum pancung, rejam dan potong tangan sekaligus merosakkan struktur negara ini yang dikatakan terdiri daripada himpunan pelbagai kaum dan agama walaupun asasnya adalah TOLERANSI masyarakat Melayu-Bumiputera (Islam mahupun bukan Islam) terhadap golongan bukan Melayu yang hanya memperolehi kerakyatan mereka pada tahun 1957 bagi tujuan kemerdekaan negara ini, selain kegagalan majoriti bukan Melayu untuk mendapatkan kerakyatan United Kingdom.



Jadi, tidak hairanlah bilamana golongan liberal dalam UMNO yang selama ini cukup takut dengan Islam dan bersembunyi di sebalik fahaman liberalisme dan kemudian hanyut bersama-sama Mahathir dalam fahaman mereka, mengeluarkan pelbagai kenyataan sehingga ada yang memalukan mereka sendiri.

Himpunan RUU355 seperti jarum yang mencucuk mata dan hati mereka. Tanpa sedar, mereka mempamerkan asbab sebenar mereka 'dikeluarkan' dari UMNO - sama ada mereka sendiri yang keluar atau disingkirkan - sama seperti yang berlaku di dalam PAS apabila sebilangan besar pemimpin PAS yang berhati serigala keluar parti untuk bersama-sama DAP di bawah PAN.

Dunia telah berevolusi namun para pentaksub Mahathir masih lagi berkhayalkan tentang masa silam mereka yang tidak mungkin akan kembali!


6 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ruu-355-wakil-penganut-hindu-gesa-hormati-undang-undang-hak-umat-islam/

link aras penganut hindu pun mints rakyat hormati unadanh hak umat islam.... mamak bang non kutty dan macai sekelian ... mno nk taruk muka kamu... klu x malu pada diri sendiri ... malu la kat saudara mara dan mak bapak sendiri...

JOM UBAH... INI KALI LAH...!!!

Anonymous said...

Mana ada pemimpin Islam dibicara menerusi undang2 Islam sbg contoh sheikh2 arab Saudi tak kena pun dlm hal berzina. Tidak praktikal dan hipokrasi lebih menonjol.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ruu-355-wakil-penganut-hindu-gesa-hormati-undang-undang-hak-umat-islam/
Link atas
Penganut hindu pun mintak rakyat Malaysia hormat hak orang Islam. ... mano nk taruk muko la puak liberalism dan pluralism ... bawak la bertaubat... klu tak malu kat diri sendiri ... malu la kat mak bapak dan saudara mara.....

Jom UBAH... INI KALI LAH....!!!

Anonymous said...

Kesian tengok situa liberal haramjadah dgn si kapir dapigs laknatullah

Anonymous said...

Penyatuan umat Islam amat perlu saat kuffar dan munafik di setiap pelosok dunia menekan dan menghina Islam.

Anonymous said...

Semoga Allah membantu UMNO & PAS untuk membawa Msia ke arah kemajuan yang sebenar. Benamkan Mahathir dan kroni2nya

 
Blogger Templates