Kata Salehuddin Ayub yang pernah digelar sebagai Salehuddin Puduraya suatu ketika dahulu di kalangan pemain-pemain siber, PAS sedang menghampiri tempoh akhir hayat kerana berbaik-baik dengan UMNO.
Menurut Salehuddin Ayub, PAS telah merelakan diri mereka menjadi alat dan bantuan pernafasan terakhir kepada UMNO yang sekarang ini sudah berpecah dan sangat lemah ekoran tertubuhnya Cap Bunga.
Dan seperti biasa, makhluk-makhluk dari PAN seperti Salehuddin Ayub akan menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dan Allahyarham Fadhil Nor tanpa sedikit pun mahu mengaitkan penentangan kedua-dua pemimpin besar PAS itu kepada UMNO mempunyai kaitan rapat dengan Mahathir.
Banyak buku-buku tentang PAS dan sejarah perjuangan PAS mengaitkan keputusan Barisan Nasional menyingkirkan PAS pada tahun 1977 dengan Dr. Mahathir. Pada tahun itu, PAS bukan sahaja disingkirkan dari Barisan Nasional, bahkan kehilangan Kelantan.
Bermula dari tahun 1977 sehinggalah berakhirnya 'pentakhtaan' Mahathir selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada tahun 2003, PAS menunjukkan sikap yang sangat keras terhadap UMNO apatah lagi, pentadbiran Mahathir berusaha pelbagai cara untuk mengaitkan PAS sebagai sebuah pertubuhan militan dan menangkap serta menahan tanpa bicara ramai pemimpin muda PAS.
Bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang mula menunjukkan sikap yang lebih mesra apabila UMNO dipimpin oleh Abdullah Badawi, bahkan kemesraan itu lebih terbukti apabila Najib Abdul Razak mengambilalih UMNO daripada Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Mahathir.
Operasi rahsia yang dilaksanakan oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin kanan PAS yang cukup mudah mendapat pendedahan dan publisiti daripada media-media pro-DAP, memperlihatkan cubaan rampasan kuasa di dalam PAS. DAP enggan melihat PAS mengulangi dan membantu kejayaan besar PRU tahun 1974 yang menyaksikan penguasaan kerusi Parlimen oleh Melayu-Islam dan Bumiputera. Justeru, PAS perlu dipecahkan dan PAS perlu terus berada di bawah tapak kaki Dinasti Lim dengan bantuan daripada para pemimpin PAS pro-Dinasti Lim sendiri termasuklah Salehuddin Ayub sendiri.
Bagaimanapun, kesilapan jangkaan menyaksikan pada tahun 2015, Salehuddin dan konco-konconya termasuklah Mat Sabu yang lebih awal 'makan atas tangan Guan Eng', tidak sahaja gagal memperolehi sebarang jawatan penting di dalam PAS menerusi pemilihan parti sekalipun mereka dibantu secara logistik dan kewangan oleh TAIKO BESAR, tetapi mereka akhirnya terpaksa keluar PAS untuk menubuhkan PAN dengan harapan, ahli-ahli PAS akan beramai-ramai meninggalkan PAS dan mengikut jejak langkah mereka menyertai PAN.
Malangnya, sekali lagi puak PAN tersalah jangka. PAS tidak lemah. Bahkan semakin kuat kerana ramai parasit yang dikeluarkan, sama ada secara sengaja atau kerana keyakinan mereka, PAS tidak akan bertahan lama kerana tiada sokongan DAP lagi.
Salehuddin Ayub sepatutnya mencermati situasi itu kerana ia adalah perkara yang sama berlaku di dalam UMNO. Kekagumannya terhadap Mahathir, Muhyiddin apatah lagi Mukhriz Mahathir, amat keterlaluan sehingga menimbulkan ilusi yang membohongi dirinya sendiri.
Apa yang pasti ialah, hubungan PAS-UMNO yang lebih baik, bukan sahaja akan memusnahkan impian Dinasti Lim untuk menguasai Putrajaya sekaligus mengubah pelbagai teras negara ini seperti yang berlaku di Singapura, bahkan di Pulau Pinang, sebaliknya yang akan pupus tidak berkubur nanti adalah PAN dan Salehuddin sendiri.
Kesian Salehuddin... dalam dia mengqiyaskan hubungan UMNO-PAS sebagai tanda-tanda berlakunya kiamat, dia terlupa bahawa tindakannya dan parti barunya mahu mengangkat Dinasti Lim untuk menjadi penguasa ke atas Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini, sebenarnya lebih menepati tanda-tanda semakin hampirnya kiamat!!!
2 comments:
Pak Din sdg bermimpi partinya kuat.
jika kamu taati yang 'kafir itu'
3:149 Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
3:150 Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong.
3:151 Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim.
Post a Comment