Daripada maklumat yang disampaikan, Mukhriz tidak berkempen bersendirian, sebaliknya dia turut mengheret bapanya bagi memastikan aura bapanya akan memberikan sokongan kepadanya, seperti yang dinikmati sewaktu dia di dalam UMNO dan kemudian menjadi Menteri Besar di sebuah negeri yang amat asing kepadanya apatah lagi kepada isteri dan anak-anaknya.
Mukhriz baru-baru ini telah membuat jelajah di pulau-pulau sekitar Langkawi. Langkawi pula diisytiharkan sebagai kubu kuat Cap Bunga. Bahkan dikata bakal menyumbang kerusi Parlimen untuk Mukhriz dan Cap Bunga seperti Permatang Pauh untuk PKR, sehingga akhirnya menawan Kedah dengan bantuan DAP dan PAN. Manakala PAS Kedah yang cuba bermufakarah daripada kepimpinan utama PAS Pusat pula sekadar dijadikan alas kaki agar PAN dan Cap Bunga lebih selesa.
Tidak diketahui sama ada benar atau tidak perkara yang dihebohkan itu. Walaupun yang menyampaikan berita tersebut adalah orang Cap Bunga sendiri yang tidak berpuas hati kerana Mukhriz 'merampas' kerja keras orang lain iaitu Ainina Saaduddin terutama dengan menggunakan bapanya, Dr. Mahathir, tetapi itu adalah masalah dalaman parti itu sendiri.
Mukhriz tidak boleh dipersalahkan kerana dia adalah Timbalan Presiden Cap Bunga. Dia juga adalah anak Dr. Mahathir. Selain itu, dia adalah bekas Menteri Besar Kedah. Dia pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO pada tahun-tahun awal dia berada di dalam UMNO walaupun akhirnya dia kalah.
Berbanding Ainina yang sekadar menjadi pemuja Mahathir, taraf dan status, bahkan pengaruh dan aura Mukhriz jauh lebih tinggi. Ainina hanya terkenal kerana 'SINDROM 4X' dan mempopularkan dirinya dengan memaki hamun Najib. Sedangkan Mukhriz pula, memajukan dirinya terlebih dahulu dengan syarikat yang mendapat kontrak mewah daripada Syarikat Telekom Malaysia menerusi kaedah runding terus ketika bapanya di hujung kuasa dalam kerajaan.
Langkawi sendiri dan penduduknya amat terhutang budi kepada bapa Mukhriz, Dr. Mahathir. Ini adalah kerana, mitos yang ada sekarang ialah, Langkawi maju kerana Dr. Mahathir. Tanpa usaha Dr. Mahathir, Langkawi hanyalah sebuah perkampungan nelayan Melayu yang bukan sahaja mundur bahkan kotor. Tanah-tanah di Langkawi tidak akan bernilai tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu, termasuklah Melayu Langkawi sendiri kalau bukan kerana usaha-usaha Mahathir memasukkan serigala-serigala korporat lapar yang kebanyakannya adalah kroninya sendiri.
Biarpun sebahagian besar tanah orang Melayu di Langkawi telah terjual kepada orang asing, sama ada menerusi tawaran harga yang tinggi sedikit daripada harga semasa Langkawi belum popular atau pun terpaksa dijual apabila dihimpit pembangunan yang bukan untuk orang Langkawi sebaliknya hanya menyediakan kerja kosong taraf rendah bergaji bawah RM1000 sebulan, tetapi jasa Mahathir kepada Langkawi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sama sekali.
Justeru khadiran Mukhriz untuk menjadikan Langkawi sebagai markas dan kubu kuatnya yang terbaharu setelah Jerlun menyaksikan penolakan kecuali di Pida 3 selain Kubang Pasu yang sudah tersedia ranjau untuknya bertapak apatah lagi Kubang Pasu sendiri adalah wilayah yang sangat asing kepadanya, merupakan sesuatu yang amat wajar dan perlu diterima baik oleh Ainina dan orang-orangnya. Langkawi adalah pilihan terbaik untuk Mukhriz membuktikan dia memang seorang jagoan, bukannya ANAK MAK ANAK DADDY sekaligus membolehkan dia melupakan jenamanya, 'BAPA SAYA KIRIM SALAM' apabila berceramah di hadapan orang ramai.
Ainina mungkin akan melalak dan menyalak kerana berasakan dia yang lebih layak di pulau tersebut. Tetapi sekadar melalak dan menyalak tanpa keupayaan politik seperti yang dimiliki oleh Mukhriz, amat merugikan Parti Cap Bunga yang memerlukan Kedah sebagai KOTA KARAnya yang pertama bagi membuktikan Mahathir dan dinastinya memang ada AURA dan PENGARUH BESAR di kalangan orang Melayu, terutama sekali di Kedah!!!
No comments:
Post a Comment