2. Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut dia mempunyai senarai bagaimana kesemua jumlah RM4.3 billion itu digunakan untuk pelaburan jangka panjang di dalam dan di luar negara.
3. "Tiada wang yang hilang. Dari RM6 bilion yang diterima semasa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, kita membelanjakan RM1.7 bilion untuk peneroka Felda bagi membayar setiap keluarga sebanyak RM15,000."
4. "Baki sebanyak RM4.3 bilion untuk pelbagai tujuan. Felda telah membuat bayaran "one-off" kepada kerajaan negeri Sabah (RM300 juta), Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan untuk peneroka Felda RM400 juta, perbelanjaan mengurus RM883 juta dan pelaburan dalam hartanah di dalam dan di luar negara, membeli saham-saham dan beberapa perkara lagi."
5. Shahrir membuat kenyataan tersebut apabila ditanya mengenai laporan oleh beberapa portal berita yang mendakwa kononnya RM6 bilion yang diterima oleh Felda selepas penyenaraian FGVH tidak dapat dikesan.
6. Katanya RM1.438 bilion dilaburkan dalam hartanah di Bukit Katil, Melaka pada nilai RM304 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86 juta), Apartmen Servis Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) dan saham Iris Corporation Berhad shares (RM110 juta).
7. Menurutnya, Felda juga membeli Felda Technoplant Sdn Bhd yang bernilai RM38 juta manakala jumlah kerugian terkumpul Felda adalah sebanyak RM108 juta, melibatkan Projek Transnovasi.
8. Menurut Shahrir, Felda juga telah membuat keputusan untuk menjual hotel yang dibeli oleh agensi tersebut di London pada harga RM548 juta pada tahun 2012. Jualan hotel ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
9. "Tugas saya adalah untuk memastikan wang yang dilaburkan oleh Felda adalah mengikut perancangan dan untuk memastikan pelaburan ini memberikan pulangan yang baik," katanya.
MASALAH BILA ADA PAKAR EKONOMI FB YANG KELUAR STATEMENT LEBIH AWAL DARI EMPUNYA DIRI.
copy paste Facebook.
5 comments:
Pasaraya Mydin sepatutnya mengutamakan produk2 IKS tempatan yang tak kurang kualitinya dan harga yang kompetitif di Pasarayanya
Kerapkali diadakan Bisness Matching dengan IKS tempatan namun semua tu wayang saja. Padanlah dengan muka mamak ni. Segala keutamaan yang di beri oleh kerajaan untuk membangunkan produk2 IKS dikianati atas sifat haloba.Harga yang diletakkan kepada produk2 IKS lebih-lebih lagi yang melibatkan bumiputra sangat rendah.
Seorang lagi Vincent Tan In The Making.
rakyat nak cerita sensasi tak kira samada ia betul atau tidak... jika duit tak hilang tak best rakyat nak dgr duit hilang baru ada sensasi... lg byk berbillion2 lg best.. walaupun kalau ikut cerita dah berapa ratus billion dah duit hilang patutnya gaji gomen pun tak blh byr tp gomen tak penah lewat sehari pun gaji mrk.. melayu suka percaya pd cerita sensasi dan dongeng..
Pemuda UMNO tak nak cadang tubuh RCI siast FELDA ke?
Aik..utjsan pun keluar mana pergi rm4.3billion dlm online?
Spin bro jgn tak spin
Betullah tu tuanpunya blog. Memang jahat malaysiakini ni. Asyik buat fitnah je. Mana ada duit felda hilang. Semua ada kat isa samad dan keluarga dia. Duit 1mdb pun tak hilang. Semua ada kat US. Berentilah fitnah kerajaan ni. Kesian shahrir. Org asyik pusing cakap dia sampai dia punya pusing pun tak boleh nak pakai.
Post a Comment