Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 10, 2017

SURAT CAMPURTANGAN DALAM FATWA TERDEDAH, MALIK KASIM BAGI ALASAN LIM GUAN ENG PRIHATIN DENGAN ORANG ISLAM!!!



Sebelum ini, Exco Agama Pulau Pinang, Malik Kassim menafikan dia pernah campurtangan dan mengeluarkan arahan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang agar akur dengan perintah Lim Guan Eng. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang juga menafikan perkara yang sama.

Dengan kata lain, konon-kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sangat bebas dan Lim Guan Eng yang bukan beragama Islam, meskipun sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak pernah campurtangan kerana sangat menghormati kedudukan agama Islam dan umat Islam di negeri itu.

Bagaimanapun, pendedahan demi pendedahan menunjukkan sebaliknya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Malik Kasim cuba mengarahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang agar mengubah fatwa berkenaan KALIMAH ALLAH menerusi sepucuk surat arahan daripada Malik Kassim.

Surat tersebut telah terdedah, sekaligus membuktikan Malik Kasim adalah seorang pembohong yang cuba menyalahgunakan agama Islam dan fatwa dalam membela Lim Guan Eng.

Di dalam surat berkenaan, Malik Kassim menyatakan kekesalan berhubung dua fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang walaupun telah ditentang oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng. 

Di dalam surat yang sama, Malik berkata, fatwa-fatwa trsebut seharusnya selari dengan pendirian Kerajaan Negeri dan bukannya menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sekaligus menyebabkan kekecohan di kalangan umat Islam Pulau Pinang. 



Surat bertarikh 26 Mei 2010 itu telah dihantar kepada mufti dan pengerusi jawatankuasa, Hassan Ahmad. Tindakan dan arahan Malik Kassim kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu sangat bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran Islam Pulau Pinang 2004.

Malik bagaimanapun, berasa tiada sebarang kesalahan baginya mengeluarkan arahan sebegitu rupa. Menurutnya, dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana merujuk kepada Ketua Menteri memandangkan Lim Guan Eng adalah pngerusi majlis eksekutif negeri. Bahkan dia menyindir Barisan Nasional yang mungkin tidak biasa mempunyai seorang Ketua Menteri yang sangat 'prihatin' kepada orang Islam di negeri itu. (RUJUK SINI)

Fatwa KALIMAH ALLAH yang tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut serta 40 kalimah lain dalam mana-mana penerbitan bukan Islam, khususnya Bible berbahasa Melayu, ditentang keras oleh DAP. Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang memutuskan bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah-kalimah berkenaan dalam apa-apa juga keadaan dan penerbitan.

Isu ini mula dibangkitkan oleh PAS Pulau Pinang yang mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng menerusi Malik Kassim cuba campurtangan dan mengucar-ngacirkan urusan dan halehwal Islam di Pulau Pinang demi survival politik DAP. Menurut PAS Pulau Pinang, kerajaan negeri telah meminta semua fatwa yang dibuat, perlu dihantar kepada majlis eksekutif negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong.


4 comments:

Anonymous said...

Budak malik itik ni sokong pluralisma murtad.. lgbt dan gay.... pengikut setia aljuboori PKR.... dah perangai pluralist mcm tu... suma hukum dan islam akan diperlecehkan...... pluralist + syiah

Anonymous said...

DOGS AND PIGS CILAKA!!!!

Dan Malik Kassim baruah cilaka!!!

Anonymous said...

kwek kwek kwek kwek....malik kasim konpius mana nak didahulukan. islam ke tembolok. kalau ikutkan imam siah mat sabu...putrajaya dulu baru islam.

Anonymous said...

Malik kassim... kamu memalukan

 
Blogger Templates