Anina yang sebelum ini melaungkan 'Anina Untuk Langkawi' langsung tidak dipandang. Bahkan ura-ura sekali lagi diketepikan sebagai calon untuk DUN atau Parlimen mewakili Cap Bunga kerana memberi laluan untuk Mukhriz Mahathir juga nampaknya, semakin benar.
Siang tadi, perlantikan Ketua Penaja untuk Bahagian-Bahagian Cap Bunga di Kedah telah pun dibuat. Bagaimanapun, terdapat beberapa Bahagian yang Ketua Penajanya tidak dilantik seperti Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Mukhriz sendiri tidak berani berkampung di Kubang Pasu walaupun Kubang Pasu merupakan bekas kubu kuat bapanya dan dikatakan pengaruh bapanya sangat kuat di Bahagian tersebut.
Eloklah tu...
Dengan terlantiknya Ketua Penaja Bahagian ini, bermakna UMNO dan PAS Kedah sudah pun dapat melihat siapa yang akan berhadapan dengan mereka pada PRU akan datang. Sama ada terancam atau sebaliknya, yang pastinya 'orang baru' yang mendapat jawatan sudah pasti akan cuba untuk membuktikan kepada bos-bos dan penaja-penaja mereka bahawa mereka sangat efektif dan relevan dalam politik tempatan.
No comments:
Post a Comment