Teresa Kok, Wong Chen dan Dr. Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama mereka, menyatakan KWSP telah mengalami kerugian besar kerana pelaburan yang dibuat di dalam 1MDB. .Kerugian itulah yang menyebabkan kadar dividen bagi tahun 2016 dibayar lebih rendah berbanding 2015 iaitu 5.7% berbanding 6.4% kata mereka.
KWSP melabur sejumlah RM1.27 bilion ke dalam 1MDB dan pecahannya adalah seperti berikut:
(b) RM1.52 bilion bon daripada Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (syarikat usaha).
KWSP melabur dalam PPSB dari tahun 2003 lagi manakala Jimah Energy pula dari tahun 2005, lama sebelum wujudnya 1MDB. 1MDB telah mengambilalih bon-bon tersebut apabila mereka membeli kesemua penjanakuasa tenaga itu dan diletakkan di bawah Edra.
Apabila Edra dijual, 1MDB sudah tidak kena-mengena dengan pulangan untuk bon-bon berkenaan lagi.
Ini bermakna pembabitan KWSP di dalam 1MDB hanyalah RM200 juta atau peratusan sebanyak 0.0274% daripada jumlah keseluruhan portfolio KWSP berjumlah RM731 bilion. Dan jumlah RM200 juta itu juga adalah di bawah jaminan kerajaan.
Dengan tekanan ekonomi suram di seluruh dunia, termasuklah di Singapura - negara yang sering dibangga-banggakan oleh DAP dan pengikut mereka - kadar dividen 5.7% yang dibayar oleh KWSP kepada pencarum-pencarum mereka, jauh lebih tinggi.
Singapura pun hanya mampu membayar kadar dividen setakat 2.5%... itu pun terpaksa kena top-up oleh Kerajaan Singapura apabila CPF (KWSP Singapura) hanya mampu membayar kurang dari 2.5%.
Tidakkah 5.7% lebih tinggi berbanding 2.5%?
Tidak seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang dikatakan kehilangan lebih RM30 bilion, tetapi langsung tidak diperkatakan, pelaburan KWSP di dalam 1MDB telah pun memberikan pulangan yang besar kepada para pencarum apabila pelaburan di dalam janakuasa tenaga telah dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang mengambilalih EDRA sekaligus menyebabkan syarikat kroni Mahathir dan juga penyalur utama kewangan untuk DAP, YTL Corporation yang menyedut banyak wang negara menerusi konsesi dan pampasan JANAKUASA, mengalami penurunan lebih 8% keuntungan mereka seperti yang dilaporkan. (RUJUK SINI)
Ketiga-tiga pemimpin BANGANG itu sebenarnya marah kerana keuntungan YTL yang merudum, bukannya kerana kadar dividen KWSP yang lebih rendah berbanding tahun lepas. Apatah lagi, sudah tentu mereka tahu, di bawah pentadbiran Najib, kadar dividen KWSP jauh lebih tinggi yang turut disertakan dengan gaji dan kadar upah yang lebih besar berbanding zaman Mahathir!!!
4 comments:
Dividen KWSP adalah dividen kucing kurap. Setakat ini 80% pencarum tak cukup dana utk bersara bab disonglap saban hari oleh UMNO.
Hallo bro lu tak pandai ckp pasal ekonomi,,
Hallo bro nilai ringgit jatuh menjunam kos sara hidup tinggi
Duit KWSP yg ada nilai dia dah macam daun getah yg gugur atau dah mcm duit jepun cap pokok pisang
Klu dapat dividen 20% pun tak guna nilai dah jadi mcm sampah,,,
Allo kwn apa lah lu ,, agak agak lah sikit
Pakcik potong getah pun dah faham pasal ekonomi serta nilai ringgit,,
Statement paling banggang pernah aku dengar..
Puak2 kau ni memang dah tak ade yg pandai2 ke..? Otak letak kat jubur mak kau ye..?
Bodoh lagi bangang punya Komen!!!!
Faham ke apa yg kau tulis¿¿¿
Buat homework dulu sebelum beri Komen!!!!!
Post a Comment