Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 23, 2017

TITAH KDYMM SULTAN JOHOR KEPADA 'ORANG LUAR' YANG NYANYUK ITU, BOLEH MEMBUATKAN JANTUNGNYA MATI BATERI!!!



Tarikh 23 Februari 1950 akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai membuktikan keperwiraan anak bangsa dalam mempertahankan negara ini walaupun terpaksa mempertaruhkan darah dan nyawa sendiri, bahkan keselamatan anak isteri. Serangan segerombolan pengganas komunis yang diketuai oleh seorang lelaki Melayu yang diiktiraf oleh pihak pembangkang sebagai perwira negara, telah mengorbankan 25 orang pejuang tanahair iaitu 19 anggota polis dan 6 orang ahli keluarga. Beberapa orang awam juga turut terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Menariknya, golongan pro-komunis yang berselindung di sebalik parti-parti politik pembangkang di negara ini, melabelkan anggota-anggota polis dan keluarga mereka serta orang awam yang dibunuh komunis itu sebagai TALIBARUT PENJAJAH manakala pengganas-pengganas komunis itu pula adalah PEJUANG NEGARA.


Alasan mereka mudah, anggota-anggota polis kononnya bekerja dengan British dan mempertahankan kepentingan British manakala komunis-komunis itu pula berusha membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Hakikatnya, apa pilihan yang ada untuk mempertahankan negara ini daripada serangan asing termasuklah komunis yang mahu menjajah negara ini dan menjadi sebahagian daripada koloni empayar Komunis China selain daripada pasukan keselamatan yang diwujudkan oleh British yang 7 tahun kemudian, menjadi asas kepada pembentukan angkatan keselamatan negara ini?

Hari ini, KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri serta jajahan takluk Johor Darul Takzim merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong sempena ulang tahun ke-67 tragedi berdarah tersebut.


Dalam titah ucapan, baginda menekuni jerih payah anggota-anggota polis tersebut termasuklah ketua mereka, Allahyarham Sarjan Jamil Md. Shah yang mengungkapkan ayat yang cukup terkenal, "KAMI ORANG-ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH" dan itulah yang dilakukan oleh kesemua mereka biarpun akhirnya mereka mati dimamah peluru komunis.

Baginda juga berharap, sejarah hitam itu menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan kepada semua anggota polis untuk setia berkhidmat dan sedia berkorban demi mempertahankan maruah dan kedaulatan tanahair.

Galeri Darurat Bukit Kepong diharap menjadi satu mercu tanda sejarah dan sebagai ingatan kepada generasi akan datang tentang perjuangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anggota keselamatan pada masa dahulu. Apatah lagi, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia amat tinggi dan mereka sentiasa dihormati serta dianggap sebagai tulang belakang kepada ketenteraman tanahair.

Selain itu, baginda turut bertitah dan mengucapkan syabas kepada Peguam Negara serta pasukannya yang telah berjaya menemui bukti-bukti baru yang amat penting dalam kes TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH selain telah menfailkan semakan semula penghakiman kepada Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ). Pulau Batu Putih walaupun bersaiz kecil, namun setiap inci tanah Negeri Johor wajib dipertahankan kerana itu adalah lambang kedaulatan negeri Johor dan menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara Malaysia, titah baginda. 

Baginda turut menegur ramai pemimpin politik yang mula memainkan pelbagai isu sekaligus menggambarkan PRU sudah semakin hampir. Baginda memberi amaran kepada orang politik dari luar Johor supaya tidak sesekali mencampuri urusan negeri Johor selain jangan cuba mengelirukan rakyat Johor apatah lagi memecah belahkan perpaduan rakyat Johor.

Titah baginda, rakyat Johor tidak memerlukan ORANG LUAR untuk mengajar apa yang patut dibuat oleh rakyat Johor, mahupun menakut-nakutkan mereka dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.

"Mungkin ORANG LUAR ini telah lupa yang zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa. Namun hari ini, dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya. Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat tetapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat. Dulu dia kata media Barat suka buat cerita, tetapi sekarang, cerita media Barat dikatakannya fakta," titah baginda lagi.


Secara sinis, baginda bertitah, ORANG LUAR itu mungkin bukan seorang pelupa, tetapi besar kemungkinan telah diserang PENYAKIT NYANYUK akibat faktor usia.

"Nasihat saya kepadanya, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam. Bukan boleh siang berterusan. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak."

Baginda turut bertitah, sekarang, di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Kerajaan Negeri Johor mempunyai lebihan hasil berbilion ringgit, berbanding dua Menteri Besar terdahulu yang pernah menyebabkan Negeri Johor tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan. Kejayaan yang dicapai hari ini adalah kerana adanya hubungan baik antara baginda dengan Menteri Besar, tidak seperti dua Menteri Besar terdahulu yang bersikap angkuhd an sombong dan hanya mengikut telunjuk Kerajaan Pusat.

 Ada yang panas telinga ni... ada juga yang terbakar punggung...

ORANG LUAR?

Rasa-rasanya ORANG LUAR yang dimaksudkan oleh KDYMM Sultan Johor itu mudah ditelah!


No comments:

 
Blogger Templates