Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

AFIF BAHARDIN ANGGAP PAS PULAU PINANG SEBAGAI SI PANDIR WALAUPUN PKR MENANG KERANA BANTUAN PAS!!!



AFIF BAHARDIN adalah pemimpin PKR paling biadap dan kurang ajar, malah cukup terkenal sebagai PENJILAT LIM GUAN ENG paling wahid dengan balasan jawatan Exco yang disandangnya.

Dia juga merupakan antara pemimpin PKR yang sebenarnya tidak ada apa-apa, tidak mempunyai sokongan tetapi sangat bergantung harap kepada sokongan Pemuda PAS dan PAS Pulau Pinang untuk menang jawatannya sekarang. 

Dia adalah ADUN Seberang Jaya. 

Dari PRU-12 sehinggalah PRU-13, bahkan PRK Permatang Pauh, PKR Pulau Pinang hanyalah anjing yang ekornya terselit di celah paha kalau bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada PAS Pulau Pinang dan Permatang Pauh. Hampir kesemua undi Melayu yang dimenangi oleh Afif Bahardin mahupun Wan Azizah serta calon-calon PKR lain, datangnya daripada undi-undi Melayu PAS Pulau Pinang. 

Kenyataan sombong dan biadap yang dikeluarkan oleh Afif Bahardin, seolah-olah mahu menunjukkan dan membuktikan betapa BODOHNYA PAS kerana telah membantu memenangkan calon-calon PKR termasuklah Afif dan Wan Azizah di Pulau Pinang. Jentera PAS yang telah mengorbankan segala-galanya, titik peluh mahupun tahan muka dicaci maki, sekarang ini dianggap sebagai PAK PANDIR oleh orang yang telah mereka tolong.


Bila dah menang dua penggal, cakap bukan main besar lagi. Pertolongan orang langsung tidak dihargai, bahkan dipandang sebagai anjing kurap! Malah dikatakan pun, Pemuda PAS tidak membantu tetapi PKR menang besar dalam PRK Permatang Pauh... satu tindakan sombong yang jelas menunjukkan pembohongan!

Dia lupa bagaimana pada 29 April 2015, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akhirnya membuat keputusan untuk membantu jentera kempen Pakatan Rakyat yagn menyokong dan berkempen untuk Wan Azizah setelah dipujuk dan dirayu berkali-kali oleh PKR. 

“Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat dengan membantu jentera Pakatan untuk memastikan Umno-BN (Barisan Nasional) terus tewas di Permatang Pauh." (RUJUK SINI)


2 comments:

Anonymous said...

Biarlah..dia nak ckp apa pun sbb sebenarnya dia pun dah tahu ini lah penggal terakhir utk dia so dia nak gumbirakan hatinya yang sedang gundah gelana tu dia buat post mcm tu..mcm kita tak tahu

Anonymous said...

Jangan angkuh...pru akan datang belum tentu pkr boleh menang di permatang pauh.

 
Blogger Templates