Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 2, 2017

DAP ATUR CAP BUNGA DAN PAN UNTUK BERPERANG DENGAN PAS DI SELANGOR UNTUK TERUS JADI HERO!!!



Kewujudan PAN dan Cap Bunga sebagai parti sekongkol baru DAP-PKR menyebabkan kehadiran PAS yang telah membantu Pakatan Rakyat menguasai Selangor menerusi 15 kerusi DUN bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi 44 daripada 56 kerusi DUN pada PRU lalu, dianggap sebagai malukut tepian gantang. 

PAS yang enggan bekerjasama dan berada di bawah DAP kini dikempenkan sebagai musuh utama Pakatan. Bahkan PAS juga dikatakan goyah dan tidak sekuat PRU lepas. 

Kononnya daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS, 8 daripadanya iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaraas, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat dimenangi dengan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu-Islam. 

Bagaimanapun, DAP tidak pula mengambil kira kemenangan 14 kerusi PKR yang dimenangi kerana pengundi-pengundi Melayu-Islam. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN DAP termasuklah di Teratai yang dimenangi dengan bantuan undi-undi Melayu-Islam.

Akhbar Oriental Daily yang berbahasa Cina berkata, tanpa kerjasama pengundi-pengundi Cina, PAS diramalkan kehilangan 8 kerusi berkenaan. Selain itu, PAS juga bakal berhadapan dengan risiko kehilangan dua kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat.

Beberapa bulan lalu, Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor berkata, DAP akan 'merampas' kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan dari PAS untuk mereka sendiri bertanding. Beberapa orang figura Melayu yang lebih muda, mempunyai perwatakan menarik dan sudah tentunya amat menyanjungi Lim Anak-Beranak telah dipilih sebagai calon mereka. Antaranya termasuklah Rara Othman yang dikatakan bakal dipertandingkan di DUN Dusun Tua.

Begitu juga dengan untuk kerusi DUN Chempaka dan Lembah Jaya, DAP juga akan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun untuk dua kerusi ini, PAN dan Cap Bunga turut mengintai peluang memandangkan jumlah pengundi Melayu yang lebih ramai apatah lagi, kedua-dua kerusi berkenaan pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN.

DAP dengan kerjasama PKR sebenarnya sedang cuba mewujudkan rasa takut dan ragu-ragu di kalangan PAS Selangor walaupun sebenarnya mereka yang sangat takut sekiranya PAS Selangor terus berpegang kepada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU-14 akan datang. 

Kedudukan PAN dan Cap Bunga yang sangat lemah serta tidak menarik banyak sokongan, tidak mungkin akan dapat membantu DAP dan PKR walaupun PRK Sungai Besar yang lepas, DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAN yang akhirnya memberikan kemenangan besar kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Menjelang April, DAP dan PKR sedang berusaha memberikan tekanan sekuat-kuatnya ke atas PAS dengan cerita 'PENGUNDI-PENGUNDI CINA DAN BUKAN ISLAM' walaupun pada masa yang sama, sebenarnya mereka yang mengharapkan undi-undi Melayu-Islam dari PAS!

Ini adalah kerana, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hasan berkata, PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor semasa muktamar April ini. Selain membincangkan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, Nasruddin berkata, PAS juga akan membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama Kerajaan Negeri atau sebaliknya.

Bererti, jikalau PAS mengambil keputusan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor, tidak ada pilihan lain melainkan Azmin Ali terpaksa membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri lebih awal - sesuatu yang amat cuba dijauhi oleh PKR dan DAP!

Tekanan demi tekanan terus diberikan kepada PAS demi kelangsungan PAN dan Cap Bunga. Kejayaan meletakkan PAN dan Cap Bunga di mana-mana kerusi yang pernah disandang oleh PAS sebelum ini, sebenarnya akan lebih memantapkan DAP, bukannya Pakatan Rakyat sebagaimana yang difikirkan oleh PKR.


3 comments:

Anonymous said...

PAS perlu menjauhi pakatan DAP ini. Tujuan mereka mahu mengkudakan PAS untuk kepentingan mereka, bukannya kepentingan rakyat dan malah menindas Melayu/Islam. Pemimpin mereka juga terdiri dari mereka2 yg tak boleh dipercayai, berbohong dan memfitnah. Cukup2lah pengalaman pahit yg lalu itu wahai PAS...harap tiada lagi pusingan u.

Anonymous said...

kalau dah memang spesis yang di katakan ... anjing yang di tolong apabila tersepit...

Anonymous said...

Dap buat perang saraf nak lemahkan Pas. Sebenarnya Dap yg takut kalah pru akan datang.

 
Blogger Templates