Kemelut ini mula berlaku apabila pegawai khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor menamakannya sebagai orang yang tidak layak kalau berdasarkan kepada kelulusan, latarbelakang pendidikan mahupun kelayakan untuk menjadi Pengerusi PBAPP selepas ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin mempertikaikan kelayakan Rosmah Mansor sebagai PENAUNG PERMATA.
Kata Lim Guan Eng, dia lebih daripada layak kerana dia telah dipilih oleh rakyat. (RUJUK SINI) Justeru sebagai orang yang dipilih oleh rakyat, dia berhak dan boleh memilih apa-apa sahaja jawatan termasuklah enggan meletakkan jawatan atau bercuti apabila terbabit dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan kini berhadapan dengan proses mahkamah. Manakala orang yang tidak dipilih oleh rakyat pula perlu meletakkan jawatan dan tidak layak untuk mengisi apa-apa sahaja jawatan penting.
Kiasu Cina-DAP terserlah utuh di dalam kes ini!
Barangkali Lim Guan Eng juga boleh memberikan sebab yang sama, mengapa isterinya Betty Chew terlibat dalam sektor hartanah dan konsultansi hartanah yang turut melibatkan Phang Li Koon sebagai rakan kongsi terutama dalam syarikat yang bernama Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. (RUJUK SINI)
Begitu juga dengan perlantikan Betty Chew oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang untuk mengetuai jawatankuasa hartanah menerusi kaitan rapat antara Lim Guan Eng dengan Tan Sri Tan Kok Ping (RUJUK SINI).
Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng diberi jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, lapor R Ed MikaelBetty Chew adalah isteri Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka.
“Dan suami Betty Chew iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri.
“Kini isu tanah dimonopoli sepenuhnya oleh keluarga Lim Guan Eng. Jika ini dilakukan oleh pemimpin BN, maka namanya nepotisme. Jika ini dilakukan oleh PR, namanya entah apa, saya pun tidak tahu,’ ulas R Ed Mikael.
Menurut R Ed Mikael, Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang (PCCC) adalah sekutu rapat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
“Pengerusi PCCC adalah Tan Sri Tan Kok Ping, salah seorang Pengarah syarikat yang bertanggungjawab dalam soal pembersihan tanah haram atau skandal “Botak Hill” yang juga merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng,”ulasnya lagi. (RUJUK SINI)
Apa kelayakan Betty Chew? Apakah alasan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng apabila memperkatakan tentang isterinya itu ialah, "DIA ISTERI SAYA. SAYA DIPILIH RAKYAT. JADI ISTERI SAYA LAYAK?"
3 comments:
Bini najib pun sama daaa...
Betul juga Rosmah layak menjadi Pengerusi Permata bab dia suka curi batu permata dan sudah pun mencipta nama pada peringkat global manakala Lim Guan Eng masih mentah dan kena belajar dari penyamun tersohor ini.
Pedasnya.
Post a Comment