Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 22, 2017

PENGARAH STRATEGIK PKR BERTERUS-TERANG NAK SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA KALAU PAKATAN TAK DIBENARKAN BUAT FITNAH DI INTERNET!!!



Pensabotaj ekonomi negara banyak menggunakan media sosial selain media konvensional dan ceramah-ceramah serta kempen-kempen road-tour. Persepsi dan fitnah dibuat sesuka hati seperti Lynas, Rapid Pengerang, 1MDB dan sebagainya. 

Sokongan daripada jentera propaganda melibatkan media akhirnya membiakkan masyarakat yang berfikiran negatif sepanjang masa tetapi sentiasa berasakan mereka sangat bijak. Golongan ini kemudiannya menggunakan media-media sosial seperti FB untuk memanjangkan tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pensabotaj ekonomi negara tanpa sedar, mereka sebenarnya sedang mengancam kelangsungan hidup mereka sendiri.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina telah digunakan oleh DAP sebagai medium utama untuk mencipta panik di kalangan masyarakat Cina dengan tujuan mengekalkan kebencian kepada Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Melayu-Bumiputera.

Namun kini apabila beberapa akhbar utama berbahasa Cina mengambil pendekatan tidak lagi mesra dengan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan kepimpinannya, pergantungan penuh kepada road-tour dan media-media sosial melibatkan Internet semakin bertambah. 

Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta toleransi dan keterbukaan keterlaluan yang ditunjukkan oleh kepimpinan negara, telah digunakan dan dimanipulasikan sepenuhnya oleh golongan pensabotaj ekonomi negara itu. 

Dan menariknya, mereka langsung tidak berasa bersalah dan malu walaupun telah didedahkan sebagai pensabotaj ekonomi negara menerusi pembabitan serius mereka menggunakan Internet. 

Oleh sebab itulah, Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dalam kenyataan rasminya pada 7 Ogos 2015 (RUJUK SINI) menyatakan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mensabotaj ekonomi Malaysia menerusi penghantaran petisyen kepada semua syarikat Fortune 500 sekiranya Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mengenakan sekatan terhadap pensabotaj negara yang menyalahgunakan kemudahan Internet.

Selain itu, menurutnya lagi, pihaknya juga akan menghantar MSC International Advisory Panel termasuklah Bill Gates bagi membolehkan komuniti perniagaan dunia akan memulaukan Malaysia. Apabila komuniti perniagaan dunia memulaukan Malaysia, negara ini akan muflis. 

Sim Tze Tzin berterus-terang tentang kecenderungannya untuk memusnahkan negara ini sekiranya segala fitnah, tohmahan, pembohongan dan sabotaj yang mereka usahakan menerusi Internet disekat oleh Kerajaan. 

Sudah sewajarnya Kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pensabotaj ekonomi negara tanpa sebarang tolak ansur seperti yang ditunjukkan sekarang. Tolak ansur dan toleransi atau keterbukaan keterlaluan seperti yang diamalkan sekarang, tidak akan mengurangkan bahkan semakin memberi semangat kepada mereka untuk melihat negara ini musnah dan hancur bagi membolehkan mereka berkuasa. 


4 comments:

Anonymous said...

Secara rasmi...Terserlah apa yang mereka sembunyikan selama ini?

( 3:118 )   Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.

Anonymous said...

Nak kudakan pas gagal, ppbm pula tidak cukup berpengaruh, akhirnya guna kuasa syarikat fortune 500?

Mereka ada didalam dap pkr ...mca?

Anonymous said...

Sekiranya ada bukti mereka berbohong atau membuat fitnah mereka hendaklah didakwa dan dijatuhkan hukuman yang berat. Apatah lagi sekiranya ianya melibat sabotaj ekonomi negara.

Anonymous said...

So..apalagi..halau jer cina tonyok ni..sekarang agenda mereka..nak mufliskan Malaysia.. Ni pengkhianat paling bahaya..sbb pengkhianat bukan angkat senjata tapi melalui ekonomi

 
Blogger Templates