Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

SELEPAS HINA PAS, LIM GUAN ENG TUKAR TAKTIK... PUJUK PAS SUPAYA BERADA DI BAWAH KUKUNYA DEMI TUMBANGKAN BN PADA PRU-14 NANTI!!!




Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus membentuk pakatan baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kegagalan parti itu menyatakan pendirian mereka boleh menyebabkan pengundi hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan.

Tambahnya, tindakan Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR di Pulau Pinang baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu seolah-olah mahu bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Malah Guan Eng berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku satu pakatan baharu iaitu BN+1 dalam PRU14 kelak.

“Saya rasa apabila mereka bersama UMNO, mereka akan berpisah dengan PKR. Itu kemungkinan yang kita jangka akan berlaku, dan sekiranya Pas berlengah dalam membuat keputusan, ia akan menjejaskan keyakinan dalam kalangan pengundi.

"Pengundi akan tertanya-tanya di manakah pendirian Pas dan memang tidak masuk akal kerana Pas perlu memberi hala tuju yang jelas. Sejak Pas akan bekerjasama dengan UMNO, biarkanlah mereka dengan BN, dan bentuk BN + 1 dan kita perlu memperkasa Pakatan Harapan untuk menewaskan pakatan BN itu nanti.

Setiausaha Agung DAP itu turut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pas kawasan Bayan Baru yang mengusulkan mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR di kawasan tersebut.

Turut berpendiran sama, Pas Permatang Pauh menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin antara mereka.

Guan Eng berkata, rundingan kerjasama Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkemungkinan tidak akan berlaku .

Ujarnya, ia sangat jelas Pas tidak mahu bekerjasama dengan PPBM selepas parti itu sah menyertai Pakatan Harapan.

“Mereka berkata tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan masih berbincang dengan PKR Bayan Baru dan Permatang Pauh namun pendirian di Selangor jelas, tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP,” kata Guan Eng dalam satu sidang media di pejabatnya di Menara Komtar di sini, hari ini.

“Masa akan menjadi penentuan bila parti tersebut akan mengabaikan PKR untuk bekerjasama dengan BN. Saya merasakan kesemua yang berada di dalam pakatan sepatutnya patuh pada yang satu … jika kita hendak menewaskan UMNO dan BN, kita perlu bekerjasama.



4 comments:

Anonymous said...

Masih laparkan sokongan Pas tpi tetap kutuk Pas. Ini manusia jenis putar alam.

Anonymous said...

Suka hati Pas lah..yang kauborang kalut sangat kenapa..sbb dah tahu nak.kalah..dulu Pas..boleh kau gula gulakan..sbb ada nik aziz yng mmg benci sgt ngn Umno tp kini Pas dah nampak dah Umno ni sebenarnya bagaimana..ni semua kehendak Allah...kalau geng dgn pembangkang Islam dikotakkatikkan tapi kalau ngn Umno dan Bn.... Islam dipelihara dan dikembangkan...so..bodoh lah kalau Pas masih nak bersama pembangkang.. Sekali dua kena hentam kaw kaw dgn Dap ok lagi tp kalau dah berkali kali..ahli diculik..Yb..dirampas...ada akal fikir sendirilah.

Anonymous said...

Pura2 bimbang kedudukan Pas... atau mula bimbang pan tidak sekuat pas?
Batu api.

nur jannah said...

Pura-pura bimbang akan kedudukan PAS kah atau bimbang akan kedudukan kerusi ketua menteri? Apek lu sudah tahu lu punya kes mahu kasi u bungukus. KM pulau pinang yang dituduh rasuah..hahahahaha

 
Blogger Templates