Pagi tadi, jam 10:20 pagi, Jamal membuat dua laporan polis di Balai Polis Sekinchan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang didakwa dilakukan oleh ADUN Sekinchan itu.
Turut bersama-samanya adalah Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong. Seramai 200 orang penyokongnya turut mengiringinya.
Menurut Jamal, dia mempunyai bukti-bukti kukuh menerusi dokumen setebal 78 muka surat yang mendedahkan skim khairat kematian yang diberikan kepada waris yang telah meninggal dunia sebanyak RM2500 untuk rakyat Selangor telah disalahguna. (RUJUK SINI)
Perkara tersebut telah berlaku semenjak 9 tahun lalu.
"Ini bukanlah fitnah dan andaian semata-mata. Kami buat laporan berdasarkan dokumen termasuklah laporan buku aliran tunai," katanya.
Menurut Jamal, terdapat pengeluaran berjumlah puluhan ribu dari Mesin Juruwang Automatik (ATM) pada setiap bulan. Dia turut mendakwa, selama ini dia sering mendapat laporan dan aduan tetapi tidak mempunyai bukti.
"Mereka mengadu menandatangani borang RM1,000 tetapi mereka hanya mendapat RM500... kita ada senarai tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, terdapat puluhan waris yang layak membuat tuntutan tetapi tidak memperolehi manfaat di DUN berkenaan.
"Saya sendiri menghubungi penama-penama berkenaan dan membawa mereka yang telah disenaraikan namanya untuk membuat laporan polis."
Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.
"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).
"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya. (RUJUK SINI)
Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.
Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Jamal berkata, dijangkakan lebih daripada 100 laporan polis akan dibuat di balai polis berhubung penyelewengan yang berlaku di Dun itu dalam waktu terdekat ini.
3 comments:
Harap siasatan dibuat secara telus.
Yang dedah itu cam mana boleh beli resort?????
Bukan Belilah,dia buat
Post a Comment