Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 19, 2017

TAK TENTU ARAH JADINYA KIT SIANG... PAS SELANGOR PUN BERANI SELAR DAN KECAM DIA!!!



Seminggu dua ini, DAP khususnya Lim Kit Siang memang kelihatan seperti cacing kepanasan. Apa-apa sahaja isu, akan membuatkan Lim Kit Siang tidak senang duduk. Di sebalik bala tenteranya menyerang Rosmah Mansor dan Lim Kit Siang sendiri melaung-laungkan 'Selamatkan Malaysia', pemimpin tertinggi dan teragung DAP sekaligus merupakan pemimpin politik paling lama dalam Parlimen di dunia ini, tidak dapat menyembunyikan keresahan dan kebimbangannya. 

Rancangannya yang diharapkan akan membuatkan PAS semakin takut kepadanya, sekaligus tunduk sujud kepada DAP, seperti tidak berjalan lancar. Bukan sahaja PAS semakin menjauhkan diri, bahkan PAS sendiri memberi amaran kepada PKR, akan memutuskan hubungan dengan parti Anwar Ibrahim itu sekiranya berterusan bekerjasama dengan DAP, termasuklah di Selangor di mana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP sendiri.

Menggunakan Dr. Mahathir sebagai umpan juga nampaknya tidak mampu melemahkan pendirian PAS. Bahkan PAS menerusi Presidennya menyatakan, hubungan dengan Cap Bunga telah ditamatkan oleh PAS kerana Cap Bunga tetap mahu bekerjasama dengan DAP. 

Mungkin kerana itulah, Lim Kit Siang mengubah taktik. Katanya, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) perlu melupakan Abdul Hadi Awang yang merupkan Presiden PAS sebaliknya lebih menumpukan perhatian bagi mendapatkan sokongan akar umbi untuk pakatan yang diterajuinya.

Saranan Lim Kit Siang itu telah ditempelak oleh Setiausaha PAS Selangor merangkap ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman yang sangat sedar, Lim Kit Siang sebenarnya menyarankan agar Pakatan Harapan menggunakan apa sahaja cara untuk memecah belahkan PAS demi kelangsungan hidup DAP dan dia sendiri menjelang perbicaraan rasuah dan salahguna kuasa anaknya, Lim Guan Eng yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi. 

Kata Khairuddin, lebih baik Kit Siang jaga partinya sendiri yang sedang berpecah belah kerana kebencian akar umbi terhadap penguasaan kepimpinan dan dinastinya di dalam parti. 

Selain Kit Siang, Guan Eng dan salah seorang anak perempuannya merupakan pemimpin tertinggi DAP. Segala urusan DAP adalah berkisar tentang Lim Kit Siang dan keluarganya sahaja.

"Lebih baik Kit Siang memberi tumpuan kepada ahli-ahli DAP yang berbondong-bodong keluar meninggalkan DAP daripada membuang masa memujuk ahli-ahli PAS," kata Khairuddin. 

Lim Kit Siang dan DAP dilihat sangat terdesak memandangkan mereka mulai sedar, sokongan orang Melayu yang mereka nikmati dari tahun 2008 sehingga 2013 menerusi pembabitan PAS, kini berkurangan secara drastik. Bahkan kekuatan DAP iaitu sokongan daripada masyarakat Cina juga, dilihat mulai susut terutama apabila wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina mulai memboikot Lim Guan Eng dan DAP dengan memakai baju hitam sebagai tanda berkabung dalam sidang-sidang media Lim Guan Eng. Malahan sudah semakin ramai masyarakat Cina yang berani memberikan tentangan secara terbuka terhadap DAP dan Lim Kit Siang-Guan Eng berbanding pada tahun 2008 dan 2013 lalu.

Kerjasama antara DAP dengan bekas musuh utama mereka, Dr. Mahathir semakin menyaksikan penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Lim Kit Siang. 

Dua hari lepas, Kit Siang dilaporkan sebagai berkata, dia berkeyakinan Pakatannya masih mampu menawan Putrajaya pada PRU-14 nanti menerusi sokongan akar umbi PAS tanpa Presiden PAS.

Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac 2013 yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi dikatakan keputusan autokratik Lim Kit Siang. Hasilnya, dalam PRK Teluk Intan menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya kalah walaupun kerusi Parlimen Teluk Intan telah disandangkan oleh DAP selama dua penggal.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Lim Guan Eng, DAP mendakwa CEC telah membuat keputusan ‘sebulat suara’ untuk memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi bukan dengan akar umbi PAS.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

“DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” kenyataan Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dipetik.

Usaha memecahbelahkan PAS tidak berjaya walaupun DAP banyak melabur sehingga tertubuhnya PAN, parti serpihan PAS yang diterajui oleh Mat Sabu. Harapan yang PAN akan mendapat sokongan daripada akar umbi, bagaimanapun semakin malap walaupun Husam Musa bersungguh-sungguh cuba menggambarkan kekuatan PAN di Kelantan.


No comments:

 
Blogger Templates