Rafizi Ramli cukup terkenal dengan pembohongannya memandangkan hampir semua dakwaan sensasinya termasuklah melibatkan 1MDB, bukan sahaja tidak tepat bahkan fitnah semata-mata. Antara sensasi paling terkenal dan masih lagi digunapakai oleh para penyokong Pakatan adalah CINCIN RM24 JUTA walaupun Rafizi Ramli ketika di mahkamah memberitahu, DIA HANYA BERGURAU dan Perdana Menteri serta isteri perlu menerima gurauan. (RUJUK SINI)
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Rafizi seperti biasa, mencabar Presiden PAS untuk menjawab perkara yang dibangkitkannya.
"Saya hendak tanya Hadi, sama ada dia yakin tiada... wang dari akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS," katanya.
Tidak sahaja penafian, tetapi siasatan oleh pelbagai agensi termasuklah SPRM, PDRM, PAC, Ketua Audit Negara bahkan agensi-agensi dari luar negara termasuklah Peguam Negara Switzerland tidak menemui sebarang bukti atau fakta dana awam (1MDB) telah digunakan untuk kepentingan peribadi.
Sebelum Rafizi, bekas Naib Presiden PAS yang kini merupakan ADUN Salor, Husam Musa mendakwa berlaku pemindahan dana sebanyak RM90 juta dari akaun Najib di Affin Bank kepada PAS.
Dakwaan Rafizi Ramli itu, dinafikan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Menurutnya, sekiranya ada dana-dana luar yang disalurkan kepada parti itu, sudah tentu dia mengetahuinya. Setakat yang diketahuinya, PAS tidak menerima sebarang dana daripada sesiapa.
"Saya tidak ada maklumat dan tidak apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB)," kata Takiyuddin.
Menurut Takiyuddin, Rafizi tidak perlu membuat cabaran tersebut, sebaliknya lebih baik baginya membuat laporan terus kepada SPRM untuk siasatan yang lebih berintegriti dan kredibel.
"Rafizi tidak perlu cabar, jalan terbaik adalah dia membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti yang didakwanya untuk disiasat," kata Takiyuddin.
"Rafizi tidak perlu cabar, jalan terbaik adalah dia membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti yang didakwanya untuk disiasat," kata Takiyuddin.
Takiyuddin berkata, PAS akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat.
"Kalau kita ada maklumat, kita akan siasatlah dan kalau ada kes, kita akan serah kepada pihak berkuasa," kata Takiyuddin lagi.
Hanya kerana RUU355, Rafizi Ramli terpaksa mengkreatifkan otak penipunya untuk menipu dan memburuk-burukkan orang lain dengan harapan, tindakannya itu akan menakutkan pihak sasarannya dan RUU355 tidak akan dibentangkan.
Hanya kerana RUU355, Rafizi Ramli terpaksa mengkreatifkan otak penipunya untuk menipu dan memburuk-burukkan orang lain dengan harapan, tindakannya itu akan menakutkan pihak sasarannya dan RUU355 tidak akan dibentangkan.
5 comments:
Ye ke rekaan? Blm tunjuk bukti pun dah kata rekaan?
Bandingkan pula dengan derma billion2 yang guna air liur saja...itu boleh pula hang percaya. Aduhai
bikin police report la piji.. baru official
baru la ko tu orang panggil jantan
ko tak bole lari.. suspek pun senang hati jumpa ko di mahkamah
ada berani ka ...
PAS dah makan duit UMNO.
Fizi ni memang tak boleh percaya. Dia sebar fitnah sana sini. Bila tersepit dia boleh kata saya hanya bergurau..
Kat polis dan mahkamah UMNO pelapur akan dikenakan hukuman penjara kerana menghina Nabi2 Melayu yg korup.
Post a Comment