"Sekiranya pekerja saya mempunyai kekayaan hebat, seperti 10 buah rumah, 20 buah kereta, sudah tentu saya mempunyai kekayaan lebih dari itu. Jadi, mengapa kita tidak mengesyakinya," kata Jamal ketika sidang media selepas menghantar dokumen-dokumen berkaitan Ketua Wanita PKR di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Menurut Jamal, dokumen-dokumen tersebut mengandungi bukti-bukti pembabitan adik-adik Zuraidah dalam syarikat yang menerima pelbagai jenis projek di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
"Kita tidak mahu kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor, disalahgunakan untuk kepentingan sesetengah individu," kata Jamal.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, umum sudah mengetahui yang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly adalah pegawai khas Zuraidah, malahan Adam sendiri mencetak jawatan tersebut pada kad namanya.
Adam yang berusia 29 tahun telah direman ketika dia ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk merakamkan keterangannya. Remannya telah disambung empat hari lagi hari ini.
Adam disiasat di bawah Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Zuraidah, dua hari lepas mencabar Jamal agar membuat laporan SPRM dan mengatakan, dia tidak gentar disiasat oleh SPRM bagi membuktikan segala tuduhan Jamal adalah palsu dan fitnah semata-mata. Alasan yang sama pernah digunakan oleh Adam Rosly yang akhirnya menyaksikan dia menyarung baju T berwarna oren yang tertulis 'LOKAP SPRM'.
Kekayaan Adam Rosly menjadi perhatian selepas Jamal Md Yunos mempersoalkan bagaimana dia mampu memiliki sebuah rumah gaya istana di Ampang pada usianya.
Kekayaan Adam Rosly menjadi perhatian selepas Jamal Md Yunos mempersoalkan bagaimana dia mampu memiliki sebuah rumah gaya istana di Ampang pada usianya.
Jamal bagaimanapun berkata, Adam adalah mangsa keadaan dan menawarkan bantuannya untuk membayar fi guaman Adam. Sebelum itu, Jamal mendakwa rumah banglo gaya istana Adam itu bernilai RM7 juta bagaimanapun, dinafikan oleh Adam. Adam sebaliknya berkata, rumah itu hanya bernilai RM1 juta.
Adam juga berkata, dia memperolehi kekayaannya daripada perniagaan dan warisan harta pusaka keluarganya.
2 comments:
Macam mana dgn kekayaan Jamal???
Harap siasat dgn telus..
Post a Comment