Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 11, 2017

GUNA TAKTIK NURUL IZZAH TIPU ORANG KAMPUNG KERINCHI DAPAT RUMAH LEBIH BAIK, MAHFUZ SERBU DUN TENTANG PROJEK AMAN LAUT KUALA KEDAH!!!



Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena yang masih ahli PAS tetapi tidak lagi dikehendaki oleh PAS, bahkan telah berulangkali disaran agar keluar dari parti itu, cuba mencari populariti murahan dan pada masa yang sama, mahu membuktikan kepada Mukhriz Mahathir sebelum dia menyertai Cap Bunga, dia adalah seorang pemimpin yang hebat, telah menceroboh Dewan Undangan Negeri Kedah selepas sidang DUN.

Lebih kurang jam 10:30 pagi, sebaik-baik sahaja Sidang DUN ditangguhkan dan ketika Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah masih berada di dalam Dewan, Mahfuz telah membawa sekumpulan orang dari Aman Laut, sebuah projek di Kuala Kedah yang dimulakan oleh Mukhriz tetapi dijayakan dan disempurnakan oleh pentadbiran Ahmad Bashah. Kononnya Mahfuz mahu menyerahkan memorandum kepada Ahmad Bashah.


Projek Aman Laut Kuala Kedah ini telah dicetuskan oleh Mukhriz Mahathir semasa dia masih menjadi Menteri Besar Kedah. Tetapi seperti biasa, Mukhriz hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menepati janji-janji yang dibuatnya kerana dia adalah 'pengantin'. Apabila didesak, Mukhriz seringkali menyalahkan Persekutuan yang tidak membantu.

Bagaimanapun, selepas pentadbiran Kedah beralih ke tangan Ahmad Bashah, projek Aman Laut Kuala Kedah mula dibangunkan. Perlantikan kontraktor untuk pembangunan bercampur di Kuala Kedah termasuklah Aman Laut, telah dibuat pada Disember 2016 dan projek memulakan pembinaan pada Mac 2017. (RUJUK SINI)


Mahfuz Omar cuba mengulangi kejayaan PEMBOHONGAN DAN PEMERDAYAAN NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM ke atas segelintir penduduk Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur yang akhirnya berputih mata apabila mereka bukan sahaja kerugian besar kerana tidak dapat memiliki kediaman yang lebih selesa, bahkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.

Nurul Izzah bagaimanapun cuci tangan dan langsung tidak meminta maaf kepada penduduk Kampung Kerinchi yang berjaya diperdaya dan ditipunya!

Majoriti nelayan dan masyarakat yang berasaskan laut di Kuala Kedah bersetuju dengan projek Aman Laut yang akan memberikan mereka kediaman yang lebih selesa, serta kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun, sama seperti projek-projek pembangunan yang lain, terutama yang menguntungkan orang Melayu, terdapat segelintir penentang tegar yang akan menentang apa-apa sahaja pembangunan untuk mereka kerana seringkali dimomok-momokkan dengan apa yang telah dilakukan pada zaman pentadbiran Mahathir dahulu. Kesukaran mereka untuk menerima sebarang penjelasan bahawa projek yang dibuat untuk mereka itu, lebih banyak mendatangkan kemudahan berbanding kesenangan. Dan mereka mudah dijolok dengan harga seunit kediaman yang akan membuatkan mereka berhutang dengan bank walaupun pada masa yang sama, pelbagai insentif diberikan oleh pentadbiran-pentadbiran selepas era Mahathir.

Kes dalam Projek Aman Laut juga mempunyai persamaan yang serupa dengan kes Kampung Kerinchi apabila segelintir penduduk membuat bantahan terhadap projek Aman Laut di KUALA KEDAH dan Pengambilan Tanah di Kampung Baru, BUKIT PINANG yang tiada penyelesaian dicapai oleh kedua pihak iaitu penduduk dan pihak berkuasa.



Justeru, tindakan biadap Mahfuz Omar itu mudah dibaca sebabnya. Dalang sebenar 'projek bawa memorandum ini' sebenarnya adalah Ketua PAN Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris yang sedang mencari-cari nama dan kedudukan sebagai calon di Kuala Kedah pada PRU akan datang.

Mohd Asmirul Anuar Aris adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah dan bekas Pengerusi PASTI Kuala Kedah.

Sehubungan dengan kebiadapan dan cubaan meperdayakan golongan miskin Kuala Kedah, satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Kedah yang diketuai oleh Shaiful Hazizy Zainol Abidin di Balai Polis Alor Star.

Seramai lebih kurang 30 orang telah hadir bersama pengadu yang terdiri daripada AJK dan Ahli Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Kedah serta parti-parti komponen BN Kedah.

Laporan tersebut bertujuan bagi membolehkan PDRM membuat siasatan dan mengambil tindakan wajar berdasarkan peruntukan sedia ada ke atas Mahfuz Omar yang telah menceroboh selain menggunakan hasutan kekerasan dengan merempuh pintu utama DUN Kedah pada tangga 10 April 2017.

Tindakan Mahfuz Omar itu merupakan satu cubaan merusuh dan mempengaruhi pihak lain untuk ikut sama merusuh. Pada September 2014, beberapa orang Ahli Pemuda UMNO Pulau Pinang telah diseret ke mahkamah kerana menceroboh DUN Pulau Pinang kerana tidak berpuas hati dengan ADUN Seri Delima SN Rayer yang mengungkapkan ayat, "UMNO Celaka! Reezal Merican celaka! Melayu2 yg sertai himpunan Mendaulatkan Islam & Mempertahankan Melayu di Bandar Sunway Celaka!" 

No comments:

 
Blogger Templates