Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 27, 2017

HADI SAMAN SARAWAK REPORT... HUSAM DAN RAFIZI, KORANG SIAP-SIAP... GILIRAN KORANG PULA LEPAS NIH!!!



Husam Musa dan Rafizi Ramli sudah boleh bersiap-siap untuk berhadapan dengan saman fitnah daripada PAS dan Presiden PAS sendiri. Sekaligus gelak tawa kononnya, PAS dan Abdul Hadi Awang hanya temberang dan bercakap kosong tentang saman ke atas mereka, sudah bolehlah dihentikan. 

Ini adalah kerana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun menfailkan saman fitnah ke atas Claire Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report yang juga merupakan orang upahan Tony Pua dan Dr. Mahathir - berdasarkan transkrip WhatsApp Xavier Justo.

Abdul Hadi menfailkan saman tersebut di Mahkamah London pada 21 April lalu, menuntut kerugian dan pampasan selain perintah injuksi berhubung artikel yang disiarkan oleh Sarawak Report pada Ogos tahun lalu. 

Di dalam artikel tersebut, Abdul Hadi Awang telah dituduh menerima sejumlah besar wang tunai daripada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sebagai tukaran kompromi antara PAS dengan UMNO dalam beberapa isu-isu politik.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memberitahu, semua tuduhan tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata. 

"Kesemua tuduhan dan dakwaan rasuah tersebut adalah tidak benar, malah jelas bertujuan untuk memusnahkan reputasi seseorang seperti Presiden PAS," kata Takiyuddin.

Saman fitnah tersebut telah difailkan selepas surat yang dihantar oleh Abdul Hadi Awang kepada Rewcastle Brown pada penghujung tahun lepas menuntut agar artikel tersebut ditarik dan Sarawak Report serta Rewcastle Brown sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka, tidak diendahkan. 

"Rewcastle Brown gagal memberikan reaksi berhubung komplen berkenaan, bahkan telah membuat beberapa kenyataan lain yang menambah sulitkan lagi keadaan," katanya.

Abdul Hadi telah melantik firma guaman yang berpangkalan di London, Carter-Ruck untuk memulakan prosiding perundangan terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.
"Melihatnya sebagai tuduhan yang berat, Presiden PAS enggan membenarkan tuduhan tersebut tidak dicabar dan tidak ada pilihan tetapi memulakan prosiding perundangan untuk membersihkan namanya," kata Takiyuddin sambil menambah, mereka belum menerima sebarang kenyataan pembelaan daripada pengasas Sarawak Report itu. 

Sebelum itu, ketika merasmikan muktamar Pemuda PAS, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan pelancaran tabung derma untuk mengumpulkan dana bagi kes perundangan ke atas Sarawak Report. 

Menurutnya, kos perundangan akan mencecah hampir RM200,000.

"Sekalipun kita tidak kaya dan mewah, kita akan berkorban untuk mempertahankan maruah parti. Demi nama baik parti, kita akan bersama-sama berjuang," katanya kepada delegasi. 

Fasa pertama di London sudah pun bermula. 

Husam Musa dan Rafizi Ramli jelas menggunakan laporan Sarawak Report untuk mencipta fitnah ke atas PAS. Jadi, kita tunggu fasa di Malaysia pula. 

Yang pasti, Husam Musa sudah boleh mengelap peluh di dahinya!


2 comments:

Anonymous said...

Di mahkamah UMNO atau di London.

Anonymous said...

Golongan pemfitnah perlu diberi hukuman setimpal di dunia dn hukuman yg pastinya setimpal akan diterima di akhirat nanti.

 
Blogger Templates