Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 5, 2017

KESIAN MAHFUZ! SAMPAIKAN MUKTAMAR DI ALOR STAR HUJUNG BULAN NI PUN, DIA TAK TAHU... TAKKANLAH DIA TAK FAHAM-FAHAM LAGI?!!!



Kesian Mahfuz Omar!

Walaupun dia masih lagi Ahli Parlimen PAS untuk Pokok Sena, bahkan dia pernah menjawat pelbagai jawatan dalam PAS, keberadaannya sekarang langsung tidak dipandang penting. Malah, walaupun dia telah disarankan agar keluar dari PAS untuk menyertai PAN atau Cap Bunga yang dilihat sangat menarik minatnya, Mahfuz Omar yang barangkali tersekat kerana 'takliq cerai talak tiga', terus kekal di dalam PAS.

Sedangkan PAS pula tidak mengambil sebarang tindakan tatatertib termasuklah menyingkirkannya dari parti itu sebagaimana yang diharapkan oleh Mahfuz Omar.

Tetapi sebagai 'orang bijak', Mahfuz Omar sepatutnya faham kedudukannya sekarang. Dia patut faham mengapa dia tidak tahu tentang muktamar PAS yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

PAS dijadual mengadakan muktamar tahunannya yang Ke-63 di Alor Star bermula 29 April sehingga 1 Mei.

Menurutnya, dia tidak dimaklumkan walaupun dia masih anggota PAS yang sah. Malah dia adalah Ahli Parlimen Pokok Sena mewakili PAS dan juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah. Mahfuz juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat.

Selepas ramai kawan-kawan sekepalanya dalam PAS, keluar beramai-ramai dan menyertai PAN, Mahfuz kelihatan bersendirian dan tidak berani melanggar pantang cerai talak tiga. Bagaimanapun, semenjak Muktamar Ke-61 PAS, Mahfuz cuba menggunakan pendekatan sinikal dan tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan dengan harapan dia akan disingkirkan dari parti dan dia terselamat daripada sumpah cerai talak tiga itu.

Dia merupakan satu-satunya Ahli Parlimen PAS yang sering hadir menyertai ceramai PAN yang sangat memusuhi dan dimusuhi oleh PAS. Selain itu, Mahfuz kerap menyebelahi pucuk pimpinan Cap Bunga dan DAP dalam kemelut antara parti-parti berkenaan dengan PAS.

Ini menyebabkan pada pertengahan Februari lalu, Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan menyarankan agar Mahfuz meninggalkan PAS.

"Seelok-eloknya dia yang keluar daripada jadi macam sekarang, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS. Baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS," kata Nik Amar yang juga merupakan Naib Presiden PAS ketika ini.

Dengan isyarat-isyarat besar seperti ini, 'orang bijak' seperti Mahfuz Omar patut faham yang dia sebenarnya sudah dilupakan oleh PAS. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, dia TIDAK LAGI DIPERLUKAN, malah dialu-alukan untuk meninggalkan PAS bagi membolehkan dia menyertai PAN atau CAP BUNGA yang diminatinya kalau tidak pun menjadi macai Lim Guan Eng seperti Mat Sabu, rakan sekongkol lamanya.


No comments:

 
Blogger Templates