Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 24, 2017

KETIKA GUAN ENG BUAT 'PEMBERSIHAN ETNIK' KE ATAS ORANG MISKIN, DI KEDAH, MENTERI BESARNYA ARAHKAN PENYEGERAAN PROJEK RUMAH UNTUK MARHEIN DAN SERAHAN SEBELUM RAMADHAN!!!



Bekalan air mentah Pulau Pinang, datangnya dari Kedah. Bagaimanapun, tidak sesen pun wang dibayar kepada Kedah oleh Pulau Pinang dengan alasan, tiada perjanjian air antara Kedah dan Pulau Pinang, walaupun pembekalan tersebut asalnya adalah kerana Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah dahulu.

Geran dan bantuan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membina Empangan Mengkuang selain penyelenggaraan empangan tersebut, seharusnya menjadikan tarif air di Pulau Pinang jauh lebih murah kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan modal walau satu sen pun.

Itulah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika berada di bawah Barisan Nasional sebelum tahun 2008. Perbelanjaan besar untuk pembekalan air, telah digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan rumah-rumah murah buat penduduk dan rakyat Pulau Pinang.


Namun apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang beralih tangan kepada DAP dan Lim Guan Eng, tiada rumah murah yang dirancang dan dibina. Satu-satunya projek perumahan murah pada zaman Guan Eng hanyalah di Jalan SP Chelliah yang merupakan projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru apabila Pergerakan Pemuda GERAKAN mencabar Guan Eng dan DAP menyenaraikan nama projek-projek perumahan mampu milik dan rumah murah, mereka terkial-kial sehingga menyebutkan projek-projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri terdahulu. (RUJUK SINI)



Persoalan tentang pembinaan rumah mampu milik di Pulau Pinang tidak pernah dijawab dengan baik. Malahan projek perumahan mampu milik yang mahu dibangunkan oleh PERDA yang merupakan salah satu agensi Kerajaan Pusat, turut dihalang oleh Kerajaan Guan Eng.

Dengan kata lain, tiada tempat di Pulau Pinang untuk rakyatnya yang berstatus marhein. Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri hanya berminat dengan kediaman-kediaman mewah yang hanya bertujuan untuk dijual kepada orang asing. Itu merupakan salah satu sebab mengapa, harga kediaman di Pulau Pinang meroket tingginya kerana antara syarat bagi warga asing membeli kediaman di Malaysia adalah harga kediaman yang melebihi RM500,000.

Rata-rata rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang berharga lebih RM300,000! Harga yang tidak mungkin boleh dibeli melainkan untuk dipandang.

Berbeza dengan negeri jirannya iaitu Kedah.


Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah Hanipah, perumahan dan kediaman untuk rakyat marhein diberikan perhatian khusus. Malahan menjadi keutamaan berbanding di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah yang digantikan oleh Ahmad Bashah.

Pada 23 April 2017, atas arahan Ahmad Bashah sendiri seramai 60 orang hadir melawat projek Taman Muafakat Dulang Kechil, Yan. Mereka terdiri daripada kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah, Jawatankuasa UMNO dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Jerai, Jawatankuasa MIC, IPF dan MCA Bahagian Jerai, kakitangan kerajaan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Sungai Limau serta penduduk setempat.

Ahmad Bashah turut serta dalam lawatan tersebut. Turut bersama-sama Ahmad Bashah adalah Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Jerai, Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Badrul Hisham Hashim yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Aminuddin Omar juga seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohd Suhaimi Abdullah yang merupakan Pengerusi PEMADAM MALAYSIA.


Taklimat tentang projek perumahan tersebut telah disampaikan oleh Haji Yusri Daud yang merupakan Pegawai Daerah Yan.

Menurutnya, 41 orang telah layak menerima projek perumahan tersebut. Mereka terdiri daripada 23 orang lelaki dan 7 orang wanita dari golongan miskin.

Projek perumahan Taman Muafakat Dulang Kechil Yan merupakan projek perumahan untuk pemindahan orang yang terlibat dengan bencana tsunami. Projek tersebut terbengkalai sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir. Sebaik-baik memegang jawatan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah telah memberikan perhatian dan berusaha mempercepatkan projek tersebut bagi membolehkan mereka yang tinggal di pusat pemindahan sementara berpindah ke rumah kekal.


Sebanyak 100 unit rumah telah diperuntukkan di mana 40 orang pemilik telah dikenalpasti. Lebihan unit kediaman berkenaan akan diagihkan kepada orang miskin dari kalangan penduduk di Daerah Yan sahaja.

Secara peribadi, ketika lawatan itu juga, Ahmad Bashah Hanipah telah mengarahkan agar Pegawai Daerah mempercepatkan proses kelulusan menduduki serta menyegerakan penyerahan rumah tersebut ekoran sudah terlewat terlalu lama.

Penyerahan bakal dibuat sebelum Ramadhan ini.


Perhatikan perbezaan antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Bashah... seorang yang dilabelkan sebagai bijak, hebat tetapi mengambilalih negeri yang sudah sedia dibangunkan dan segala-galanya telah tersedia, tetapi sepanjang berada di bawah pentadbirannya, rakyat negeri ditekan dalam pelbagai segi, terutama sekali dari segi harga kediaman dan cukai selain tarif air yang dinaikkan. Manakala seorang lagi yang dilabelkan sebagai 'tidur', sentiasa berusaha dan memastikan rakyat negeri, terutama golongan marhein, mempunyai kediaman selesa.

Beza antara kedua-duanya ialah, SEORANG LEBIH MEMENTINGKAN KANTUNG SENDIRI, MANAKALA SEORANG LAGI LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT!!!


3 comments:

Anonymous said...

Karangan di atas masih tidak menyakinkan kerana Kerajaan DAP ambe Pulau Pinang hanya selepas bandar2 di Malaysia menjadi mahal akibat dari aktiviti spekulasi dan rasuah UMNO. Pendek kata UMNO sudah jadi 'world class' dlm rasuah kerana politik rakus di Malaysia iaitu hanya satu parti yg memerintah sekian lama diperingkat persekutuan.

Anonymous said...

Kat sini pun ade hanjing menyalak..kahkahkah

Anonymous said...

Anonymous Anonymous April 25, 2017 at 1:21 PM

alamak....budak baru nak besaq dok sembang...

 
Blogger Templates