Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 17, 2017

KU NAN TEGUR PASAL HARGA MELAMPAU RESTORAN MAMAK, PRESIDEN KIMMA PULA MELENTING!!!



Cerita tentang kenaikan harga melampau di restoran-restoran mamak bukan cerita baru. Harga-harga yang dicaj kepada pelanggan, adakalanya tidak munasabah. Teguran demi teguran telah dibuat. Bahkan penguatkuasaan yang bermusim oleh KPDNKK juga telah dibuat, tetapi keadaan tetap tidak berubah.

Restoran mamak kekal kebal dan tersangat kebal sehinggakan langsung tidak boleh disentuh!


Itulah yang berlaku apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor menegur dan melahirkan kekecewaan terhadap pengusaha-pengusaha restoran mamak yang langsung tidak berhati perut dan seiring dengan usaha kerajaan bagi mengekang kenaikan melampau harga barang.

Presiden KIMMA, Senator Syed Ibrahim Kader telah memuatnaikkan rasa tidak puas hatinya dengan kenyataan Ku Nan itu menerusi Facebook rasmi KIMMA. Ibrahim Abdul Kader menafikan bahawa restoran-restoran mamak menaikkan harga atau 'profiteering' secara berleluasa kesan daripada penarikan kembali subsidi oleh kerajaan. Sebaliknya Ibrahim Abdul Kader tersinggung apabila Ku Nan menyatakan, dia rasa seperti mahu menghempuk gelas itu kepada mamak kedai.




Apa nak dinafikan, memang harga makanan di restoran-restoran mamak melampau cajnya. Anda boleh mencuba sendiri. Ambil seekor ketam yang kita tahu, harganya paling tinggi adalah RM30 sekilo dan dalam sekilo, kita akan perolehi dalam empat atau lima ekor. Kemudian tengok harga caj yang dikenakan kepada kita oleh restoran berkenaan. Itu belum lagi sotong atau daging atau udang.

Menghalusi video ucapan Ku Nan, tiada salahnya untuk dia menegur dengan keras tentang pengusaha-pengusaha restoran mamak yang berkali-kali menyatakan mereka tidak akan menaikkan harga walaupun sebenarnya, harga telah lama ditinggikan oleh mereka.

Justeru, apabila contoh diberikan, iaitu apabila kerajaan menarik balik subsidi gula RM0.20 sekilo, tidak munasabah pengusaha restoran mamak menaikkan harga teh tarik atau apa juga bentuk minuman sehingga RM0.20 segelas. Bukankah dengan kenaikan kos RM0.20 bagi setiap gelas, memberikan keuntungan berpuluh kali ganda kepada pengusaha-pengusaha restoran mamak?



Tidak salah membuat keuntungan, tetapi benar seperti teguran Ku Nan, janganlah melampau-lampau membuat keuntungan dan kemudian mengisytiharkan, 'Kami tidak pernah menaikkan harga'.

Seharusnya KIMMA dan PRESMA melihat dan menerima teguran Ku Nan secara positif dan mencari kaedah menang-menang dalam usaha membendung kenaikan harga barang. Rakyat bukannya bodoh. Rakyat juga memerhatikan dan walaupun kedai mamak mungkin ramai pengunjung, tetapi pada masa yang sama, rakyat juga sentiasa memerhatikan harga yang dicaj kepada mereka.

5 comments:

Anonymous said...

Isu kedai mamak ni sudah lama laa.
Kenapa baru sekarang KuNan baru sedar???
Kenapa baru sekarang KuNan dengar keluhan pelanggan???
Kenapa baru sekarang KuNan dapat merasa kesusahan rakyat???
Apa.....PRU14 dah dekat ke???

Johan said...

Mamak tanpa belas kesihan cekik darah. At least ada le discount...

mshameem said...

Kenapa anda tidak register.com? Blogspot percuma dan laman web kena bayar.kan? Ada beza kedai dan restoran ,gerai tu macam blogspot takda sewa, restoran kena bayar sewa. Cuba anda buka restoran sebelah kawasan restoran insaf tu dan jual teh dengan harga RM 1.00 .
Blog memang senang dan murah, cuba Sahut cabaran saya

Anonymous said...

Sori..aku baru beli ketam pagi tadk rm35 sekilo..beli dlm 1.5kg dpt 5 ketul je..

Mmg barang mahal bukan sebab mamak naik harga..nak masak ketam cost mcm2..bukan main boleh beli seekor je..

Pada aku adnan ni main belasah je apa dia cakap..mcm fyingkick bukan ada pun kat konvensyen kimma..so mcmana kau nak defend adnan pu dah terlambat sebab kata katanadnan dah terlajak..jadi jgn sslahkan mamak sebab terlajak kata..

Kalau tahu kedai tu mahl..kau pegi makan buat apa..ramai lagi mamak yg murah dan sedap..

Malik Deenar Restaurant said...

hello... kalau tk tau, nk ckp apa, kt mana, xpy jadi menteri laaah.. Dia di jemput rasmikan mesyurat, bukan jemput utk talk pasal harga pasaran.. u di jemput ke umaaah kita, dan u mau kutuk kita di umaah kita sendiri.. tk masuk akal man!!!

 
Blogger Templates