Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 22, 2017

MAHATHIR KENA SEDAR DIRI, DIALAH BAPA PERPECAHAN MELAYU, KATA IDRIS AHMAD!!!!



TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun.

Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan.

Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat. Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990.

Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu?

Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib.

Apakah ini lambang perpaduan Melayu? Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu.

Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu? Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri.

PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN.

PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN.

Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

 Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru.

Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa.

Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri.

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS. 

6 comments:

Anonymous said...

Musibat ni juga mesti sedar. PAS lah parti paling hipokrit dslam Malaysia.

Meperalatkan Islam dan memecah belahkan Melayu dan perasuah!!

Anonymous said...

Sembahyang 2 imam lagi bahaya drp pecat anwar inrahim.

Sembelihan org umno lagi bahaya drp semangat 46

Apa lagi?...aku rasa sekarang flyingkick dah jadi juru cakap pas..

Lupa ke?

Anonymous said...

Betul...masa madey banyak berlaku perpecahan akibat tindakan keras trhadap pembangkang. Hingga kini keyakinan rakyat trhadap kerajaan sukar dipulihkan.

Anonymous said...

Macam mana dgn dana utk Memali...

Anonymous said...

Nak sedarkan org melayu dicap pecahbelah. Terima duit haram rm90 juta macam mana pulak ustad deris ????

Anonymous said...

oiii ustat deris , nk curah minyak dalam api ke ?

siapa yg ckp sembelihan org umno haram ?

siapa yg mulakan konsep 2 imam ?

siapa yg bodoh berkawan dengan peliwat ?

siapa yg tolol bersahabat bertahluf siyasi dengan komunis dap ?

siapa ? siapa ? siapa ?

belajar terima hakikat . perjuangan menentang kerajaan pilihan majoriti rakyat adalah kerja sia-sia !

 
Blogger Templates